Monday, July 09, 2007

Bersaing Semasa Kecil

Orang yang belum masuk bisnes kerap menyangka, mahu survive semasa kecil adalah amat susah.

Tidak, semasa saudara masih kecil, halangan besar saudara adalah faktor-faktor yang ada pada syarikat saudara sendiri - faktor tidak cukup modal pusingan, tenaga kerja mahir, kutipan hutang dan lain-lain isu rutin.

Tidak ada sesiapa mahu ketuk bisnes orang kecil. Budak-budak besar tidak pandang sebelah mata semasa saudara kecil, sebab mereka tahu 93% bisnes akan tutup dalam tempoh 3 tahun selepas ia membuka operasi. Mereka tidak perlu ketuk saudara, hukum angka yang akan buat kerja itu.

Sifir bisnes semasa syarikat masih kecil, lain. Sifir bisnes semasa syarikat mula membesar, amat lain. Bersaing sesama syarikat kecil, lain. Bersaing dengan syarikat besar, amat lain.

Syarikat kecil yang menjadi pesaing kita tidak mampu menyediakan grant penyelidikan untuk diberikan kepada makmal-makmal supaya mereka menjalankan kajian ke atas produk kita dan kemudian mengeluarkan laporan yang dikarang khusus bagi memburuk-burukkan produk kita.

Syarikat kecil yang menjadi pesaing kita tidak mampu membiayai kos perang media bagi merosakkan kepercayaan pengguna produk kita dan merosakkan nama baik produk kita.

Masihkah kita ingat tidak lama dulu, ada perang media yang dilancarkan oleh sebuah kilang roti terhadap kilang roti lain yang sedang semakin membesar?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ular Besar dalam Pasaran Buku Melayu Previous entry: Edisi Paperback PTS: Bersaing ataupun Flanking
Kang  on  07/09  at  02:56 PM

Walaupun Nothing Last Forever tetapi sehingga kini kilang roti tersebut masih terkial-kial untuk membersihkan imejnya. Bahkan di setengah tempat peruncit tidak mahu mengambil atau mempamerkan produk dari kilang tersebut ‘lurus dengan mata’. Kalau diambil, diletakkan di bawah atau atas, tidak lurus dengan mata orang dewasa.

Masih terbayang gambaran menjijikkan kotornya kilang tersebut di samping gambaran pekerja-pekerja asing yang pengotor tidak memakai sarung tangan bekerja di kilang tersebut. Hasilnya, itulah roti yang dimakan masuk ke dalam perut kita.

Kilang roti tersebut perlu memperuntukkan belanja yang begitu banyak untuk membuktikan kilang roti mereka bersih, rotinya selamat untuk dimakan, dibuat oleh tangan-tangan rakyat tempatan, disokong oleh tokoh-tokoh agama. Gambaran dan bukti yang berulang-ulang dan kerap itu diharap mampu menghapuskan gambaran buruk yang sudah tertanam di fikiran.

Peribahasa yang sesuai:

1. Paku yang menonjol akan diketuk. Bersedialah.
2. Gali telaga sebelum kehausan. Bersedialah.
-----

mp  on  07/09  at  04:25 PM

Mampukah pemain bersaing mengikut adab ugama dalam padang kapitalis?

Abu Marwan  on  07/09  at  05:49 PM

Dalam satu sesi ceramah bisnes di UIA, Bapak Dr Haidar Bagir (Chairman Mizan Group - Indon) memetik sepotong ayat Quran dari surah Saf (barisan) yang bermaksud: “Besarlah kebencian Allah kerana kamu mengatakan apa-apa yang kamu tidak kerjakan.”

Oleh itu, kata bapak Haidar lagi, ramai orang bisnes sentiasa dalam kebencian Allah kerana mereka berkata apa yang mereka tidak buat. Mereka juga tidak buat apa yang mereka kata.

Bisnes mengikut adab-adab Islam selain dari mematuhi undang-undang Islam adalah antaranya buat apa yang dikata, dan berkata apa yang dibuat.

Allah lebih mengetahui…

 on  07/09  at  07:58 PM

Salam Puan Sifu,

Sungguh menarik isu ini. Pengalaman saya sebagai pekerja pula berlainan. Selama lebih 15 tahun saya makan gaji. Hampir kesemua syarikat besar dimana saya pernah bekerja, sama ada telah tutup kedai atau telah diambilalih oleh syarikat luar negara atau syarikat yang lebih besar.

Berlainan pula beberapa syarikat yang dimiliki penuh oleh individu, walaupun kecil atau sederhana besar tetapi masih boleh bertahan selama lebih 10 tahun, sehingga ke hari ini.

Bagi saya salah satu faktor utama ialah syarikat kecil lebih ‘anjal’ atau ‘flexible’. Apabila pemiliknya menukar strategi, keseluruhan bahagian melaksanakan strategi baru itu segera.

Berlainan halnya dengan syarikat besar, ada ramai pemain politik dalaman yang mungkin akan cuba menentang arus strategi baru ini demi kepentingan peribadi masing-masing.

Bagus juga kalau hal ini dibuat bahan bagi kajian tesis sarjana perniagaan.

Sekian,
Azila

Kaya Ilmu  on  07/10  at  09:38 PM

10 Ogos 2007 pada 9.25 malam

Puan Sifu,

Semoga puan berada di dalam lindungan Allah selalu.

Terlebih dahulu saya mohon ampun dan maaf jika ada perkataan- perkataan yang akan menyinggung mana-mana pihak.
Semua yang Puan Sifu katakan adalah benar belaka.

Ini adalah kerana saya sudah menjadi usahawan dalam bidang training sejak tahun 1999.

Sehingga ke hari ini, perniagaan saya tidak besar dan saya bermula dari bawah. Tiada unsur politik, kerana sahabat saya mengatakan bisnes dengan ahli potilik ini tidak ikhlas, hasilnya selalu (100%) hampa. Tetapi semangatnya berkobar-kobar.

Pernah juga sahabat usahawan saya tidak mendapat bayaran dari hasil kerja mereka. Nasib baik kerja “development” kiranya dari segi akaun tiada bahan mentah (cost of good sold) yang usahawan itu berhutang dengan pembekalnya. Jika tidak jadilah seperti kata Puan Sifu pada kelas yang saya hadiri-"Penulis PTS berhutang sebanyak RM15,000.00 dengan PTS gara-gara ahli politik.

Sebenarnya Puan Sifu, sejak saya mula menghadiri kelas Puan pada hari Sabtu atau Ahad, saya mendapat suatu aura dalaman yang saya cari-cari selama ini.

Puan adalah idola saya dan tempat saya merujuk, mendapat ilmu, tunjuk ajar dan segala-galanya.

Sekian, saya akan menyambung lagi.

Kaya Ilmu  on  07/11  at  01:00 AM

Puan Sifu,

Ampun Maaf kerana saya baru perasan tarikh saya taip adalah
10 Ogos 2007 pada 9.25 malam sepatutnya 10 Julai 2007.
Ini adalah kerana saya sedang membuat jadual kursus bagi Ogos 2207. Jadi otak saya cenderung menaip Ogos dari Julai.
Ampun sekali lagi dipohon.

Kaya Ilmu lebih baik dari kaya harta.
Kaya Ilmu akan ada ramai sahabat. (Hendak berpantun tiada idea)

Emio  on  07/11  at  09:07 AM

Salam.

Maaf! hehehe..
Saudara KI betul-betul pengembara zaman. Jauh lagi jadual kursus itu rupanya, 2207.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: