Friday, December 22, 2006

Bestseller Kekal Bestseller

Hasil kajian pasaran buku yang kita lakukan di kedai-kedai elit sekitar Lembah Kelang menunjukkan suatu pola menarik.

Apabila sesebuah judul itu naik sebagai bestseller, judul itu kekal lama berada dalam carta TOP 10. Sebagai contoh, buku DaVinci Code sudah hampir 2 tahun berada dalam carta.

Ini berlaku bukan hanya pada judul Inggeris tetapi judul Melayu juga. Rekod jualan judul-judul PTS juga menunjukkan trend yang serupa. Buku TOP 10 PTS cenderung lama berada dalam carta itu.

Dalam rekod PTS, judul 55 PETUA ORANG BERJAYA oleh Ahmad Fadzli Yusof sudah 4 tahun berada dalam carta. Buku ini juga sudah diterbitkan di Indonesia oleh MIZAN.

Trend begini mempunyai implikasi penting:

1. Bagi penulis, apabila judul buku saudara berjaya masuk dalam carta TOP 10, itu adalah antara tanda-tanda awal buku itu berpeluang menjadi evergreen.

Kita meramalkan buku 55 PETUA akan menjadi evergreen dalam pasaran minimum 10 tahun lagi, ataupun mungkin lebih lama. Ia mungkin menjadi buku klasik seperti How To Win Friends and Influence People oleh Dale Carnegie.

2. Buku yang masuk dalam carta menjadikan nama penulis terkenal, dan ini mendorong jualan judul-judul lain oleh penulis yang sama. Apabila ada judul saudara masuk carta, jaga kualiti setiap buku saudara yang berikutnya.

Ada penulis novel cinta yang melakukan kesilapan di mana apabila bukunya masuk carta, dia mula menulis judul-judul baru dengan prolifik sekali, sehingga dia menerbitkan 3 judul baru dalam tempoh setahun, dengan sangkaan jualan setiap judul barunya akan serupa dengan jualan judul dalam carta.

Pada hari ini, judul-judul barunya gagal masuk carta, malah nama baiknya sudah cedera kerana judul-judul barunya tidak bermutu tinggi.

3. Bagi penerbit, isu yang penting adalah bagaimana hendak mempromosi judul-judul terbitannya sampai masuk carta. Judul-judul yang masuk carta adalah lombong emas penerbit.

Apabila ada pengarang saudara yang bukunya masuk carta, jaga hubungan baik dengan pengarang itu ibarat menatang minyak yang penuh, jangan sampai pengarang itu lari ke penerbit lain, ataupun merajuk lalu menerbitkan karyanya sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: LAN dan "Dr." Palsu Previous entry: Novel Cinta Melayu: Dapatkah Diulang-kitar?
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/22  at  08:53 AM

Apakah langkah terbaik sifu?
1. Menulis satu novel agung setahun sekali untuk mengekalkan mutu yang baik? Penulis akan mengambil masa setahun lagi barulah karya keduanya masuk pasaran. Kadangkala semasa karya pertama sedang ‘enak’ ditulis idea untuk manuskrip kedua juga datang serentak. Namun syarikat penerbitan itu hanya menerbitkan satu judul novelnya setahun (ramai penulis lain menunggu giliran).
2. Bagaimana pula jika penulis itu menjadikan menulis novel sebagai kerjayanya? Perlu menulis dalam genre yang berbeza? Bukan hanya novel popular sahaja?
3.Apakah implikasinya menulis satu novel setahun tetapi untuk beberapa penerbit?
4.Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan reputasi yang baik antara penerbit dan penulis. Saya pasti setiap penerbit dan editor mempunyai ‘anak emas’nya.
5. Saya ingin bertanya, perjanjian yang dilakukan antara penerbit dan penulis keatas manuskripnya perlu ditandatangani semasa penyerahan manuskrip atau setelah buku siap dicetak?

Sekian terima kasih.
KBS
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/23  at  09:23 PM

Puan bagaimana dengan kedudukan buku yang keluar masuk dalam top 10 sesebuah kedai buku. Adakah ia berhadapan dengan situasi yang sama?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: