Sunday, September 28, 2008

Bilakah Perempuan Berhenti Membaca Novel Cinta

Buat masa ini buku untuk perempuan yang paling banyak diterbitkan dan paling besar jumlah jualannya adalah novel-novel cinta.

Sebuah rangkaian kedai buku terkenal negara ini menjual purata antara 4,500 hingga 5,000 naskhah novel-novel Melayu per bulan di setiap outletnya. Sebaliknya rangkaian itu hanya menjual antara 600 hingga 700 naskhah novel-novel Inggeris di setiap kedainya.

Penulis-penulis perempuan sekarang menguasai pasaran novel cinta kerana mereka lebih mahir mencipta cerita-cerita cinta. Trend ini begitu mendominasi pasaran sehingga ada penulis lelaki yang menggunakan nama samaran perempuan.

Maklumat yang dikumpulkan oleh Bahagian Pemasaran PTS mendapati perempuan mula membaca novel cinta sejak usia 13 tahun dan mula mengalami rasa muak pada usia 26 tahun.

Pada usia 26 perempun mula mahu berpindah kepada bahan-bahan bacaan yang lebih serius daripada tema 'boy meets girl' kerana pada usia itu lazimnya mereka mula memasuki alam berumahtangga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ke Angkasa dengan Bahasa Cina Previous entry: Surat Pilihan: Saiz Novel Sejarah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  07:39 AM

Bila wanita berhenti baca novel cinta?

Wanita membaca novel cinta kerana mahukan cinta. Membaca novel cinta, menjadikan wanita seolah-olah memperolehi cinta.

Bila wanita benar-benar menjumpai cinta, dia berhenti membaca novel cinta. Barangkali ketika itu, cinta adalah perkara yang dirisaukan bukan lagi yang dimahukan. Barangkali.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  07:49 AM

Tuan Arrantaui,

Emosi adalah benda yang amat penting bagi perempuan, justeru emosi sering kali menjadi faktor penentu (suka ataupun benci) apabila perempuan membuat keputusan.

Hehehe….

Seorang jurujual kereta pernah bercerita kepada saya seorang perempuan membeli keretanya disebabkan dia suka bentuk lampu belakang kereta itu!

Justeru, novel-novel cinta yang pandai membuai-buai emosi perempuan amat digemari oleh pembaca peremopuan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  07:58 AM

Betul Puan Sifu, emosi itulah kekuatan wanita. Tuhan memberi wanita kekuatan melalui emosi. Dengan emosi, wanita mampu menanggung kesakitan mendapatkan anak.

Lelaki, kalaulah, kalaulah, mereka mampu dari segi biologi melahirkan anak, mereka tidak sanggup melahirkan anak. Paling sanggup pun cukup untuk seorang. Kemampuan tidak semestinya memungkinkan kesanggupan. Dengan emosi, wanita sanggup melahirkan ramai anak untuk suaminya, juga untuk dirinya sendiri.

Kekuatan pula bila diletakkan pada tempat yang salah, bakal menjadi titik kelemahan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  08:06 AM

Tuhan, lalu menguji wanita melalui emosinya. Wanita punya sejarah hubungan emosi paling kuat dengan ibubapanya. Kerisauan tentang hubungan menjadi perkara penting dalam pertimbangan wanita.

Tuhan yang mencipta wanita mahu menguji wanita; bila sahaja wanita berkahwin, Tuhan mahu memindahkan ketaatan wanita daripada kedua ibubapanya yang dia punyai sejarah emosi kepada suaminya yang dia belum lagi punya sejarah ikatan emosi yang panjang. Untuk menghormati dan mentaati suami, yang diperlukan adalah kekuatan akal. Bila wanita itu berjaya dalam hal itu, mereka sudah punya keseimbangan dalam hal kekuatan emosi dan kekuatan akal.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  08:10 AM

Betul Puan Ainon, bila bercakapnya perkumpulan wanita, mereka berkongsikan perasaan emosi mereka. Bila berumpulnya lelaki, mereka berkongsikan pendapat mereka. Opps, tidak, mereka melagakan pendapat mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/29  at  08:11 AM

Tuan Arrantaui,

Petik: Kekuatan pula bila diletakkan pada tempat yang salah, bakal menjadi titik kelemahan.

Saya setuju benar dengan apa yang tuan tuliskan. Dalam kisah hidup Nabi Yusuf, Siti Zulaikha adalah contoh bagaimana seorang wanita telah meletakkan kekuatan pada tempat yang salah.

Dalam zaman moderen sekarang, banyak sekali contoh bagaimana perempuan-perempuan meletakkan kekuatan mereka pada tempat yang salah, sehingga di satu sisi kita berjaya manakala di sisi-sisi lain kita gagal, dan harus membayar kesannya dengan parah sekali - yakni harus menjalani kehidupan emosional dan psikologikal yang tidak terpenuhi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/05  at  11:51 PM

Wanita membaca novel cinta ketika belum menemui cinta. Kekhuatiran ketika itu, ialah andai tidak bertemu cinta. Setelah bertemu cinta, wanita berhenti membaca novel cinta. Ketika itu, kekhuatiran wanita adalah terhadap kehilangan ‘cinta’.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: