Bisnes Buku Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah
Dua minggu sebelum tiba musim cuti sekolah, Tim Setor PTS bekerja sampai malam dan hujung minggu kerana banyaknya buku-buku PTS ONE yang perlu dihantar ke kedai-kedai buku seluruh negara.PTS ONE menerbitkan buku bacaan remaja dan remaja awal, yakni buku-buku bacaan budak-budak yang masih bersekolah.
Sebelum cuti sekolah bermula, buku-buku PTS ONE mesti sudah ada di rak kedai-kedai buku, sebab banyak anak middle-class di bandar-bandar besar mahu membeli bekalan buku-buku yang akan mereka baca semasa dalam perjalanan berkereta balik kampung!
Abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja di bandar-bandar besar pula perlu membeli buku-buku PTS ONE sebagai buah tangan untuk adik-adik, apabila mereka pulang bercuti di kampung. Ini mereka lakukan sebagai usaha mendorong adik-adik mereka supaya suka membaca.
Bagi adik-adik yang datang dari kampung bercuti di bandar di rumah abang dan kakak, mereka juga dibawa ke mall-mall. Sambil itu mereka dibawa masuk kedai-kedai buku besar seperti MPH dan POPULAR bagi membeli buku-buku PTS ONE, sambil dibelanja makan di restoran makanan segera.
Musim cuti sekolah adalah musim PTS ONE 'menuai' apa yang mereka semai! Semenjak 2 tahun ini, data jualan buku-buku terbitan PTS ONE menunjukkan lonjakan yang luar biasa.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
Saya teringat zaman kanak-kanak. Masa cuti sekolah, saya akan baca buku-buku cerita yang ada berulang kali hingga hampir lekat setiap ayat dalam buku tersebut di minda.
-----
Kita dulu tidak ada sangat buku kanak-kanak. Umur 10 tahun sudah baca Hikayat Hang Tuah, baca Rontok (Arenawati) - sekarang sudah banyak pilihan-pilihan yang elok dan yang tidak elok.
Walau bagaimana pun terpulang pada ibu bapa - ada yang sokong beli buku dan ada yang lebih rela belikan playstation. Lepas itu bila sudah dekat UPSR salahkan anak kerana liat baca buku…
Saudara Mohd Kholid,
Rontok? Kenapa saya juga membaca buku yang sama? Dan ada bab dalam buku tersebut yang tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak (di zaman itu). Adegan merogol kanak-kanak yang sedang haid diterangkan dengan agak teliti.
Aduh! Malunya… (sambil tutup muka dengan tapak tangan)
Post a comment