Wednesday, May 30, 2007

Bisnes Buku Apabila Tiba Musim Cuti Sekolah

Dua minggu sebelum tiba musim cuti sekolah, Tim Setor PTS bekerja sampai malam dan hujung minggu kerana banyaknya buku-buku PTS ONE yang perlu dihantar ke kedai-kedai buku seluruh negara.

PTS ONE menerbitkan buku bacaan remaja dan remaja awal, yakni buku-buku bacaan budak-budak yang masih bersekolah.

Sebelum cuti sekolah bermula, buku-buku PTS ONE mesti sudah ada di rak kedai-kedai buku, sebab banyak anak middle-class di bandar-bandar besar mahu membeli bekalan buku-buku yang akan mereka baca semasa dalam perjalanan berkereta balik kampung!

Abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja di bandar-bandar besar pula perlu membeli buku-buku PTS ONE sebagai buah tangan untuk adik-adik, apabila mereka pulang bercuti di kampung. Ini mereka lakukan sebagai usaha mendorong adik-adik mereka supaya suka membaca.

Bagi adik-adik yang datang dari kampung bercuti di bandar di rumah abang dan kakak, mereka juga dibawa ke mall-mall. Sambil itu mereka dibawa masuk kedai-kedai buku besar seperti MPH dan POPULAR bagi membeli buku-buku PTS ONE, sambil dibelanja makan di restoran makanan segera.

Musim cuti sekolah adalah musim PTS ONE 'menuai' apa yang mereka semai! Semenjak 2 tahun ini, data jualan buku-buku terbitan PTS ONE menunjukkan lonjakan yang luar biasa.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Mencari Penulis Fiksyen Sains dan Fiksyen Sejarah Previous entry: Apa Misi Buku Travelogue Melayu
embun  on  05/30  at  11:44 PM

Salam,
Saya teringat zaman kanak-kanak. Masa cuti sekolah, saya akan baca buku-buku cerita yang ada berulang kali hingga hampir lekat setiap ayat dalam buku tersebut di minda.
——-

mohamadkholid  on  05/31  at  01:41 AM

Kita dulu tidak ada sangat buku kanak-kanak.  Umur 10 tahun sudah baca Hikayat Hang Tuah, baca Rontok (Arenawati) - sekarang sudah banyak pilihan-pilihan yang elok dan yang tidak elok. 

Walau bagaimana pun terpulang pada ibu bapa - ada yang sokong beli buku dan ada yang lebih rela belikan playstation.  Lepas itu bila sudah dekat UPSR salahkan anak kerana liat baca buku…

Kang  on  05/31  at  03:40 AM

Saudara Mohd Kholid,

Rontok? Kenapa saya juga membaca buku yang sama? Dan ada bab dalam buku tersebut yang tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak (di zaman itu). Adegan merogol kanak-kanak yang sedang haid diterangkan dengan agak teliti.

Aduh! Malunya… (sambil tutup muka dengan tapak tangan)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.