Bisnes Buku, Bisnes Majalah
Banyak juga kita menerima cadangan dan pertanyaan mengapa PTS sendiri tidak menerbitkan majalah.
Untuk makluman saudara, bisnes buku dan bisnes majalah macam epal dengan oren bezanya.
Mindset orang buku tidak serupa dengan mindset orang majalah.
Cara kerja orang buku amat berlainan daripada cara orang majalah bekerja. Buku memerlukan editor perolehan. Majalah memerlukan wartawan.
Buku tidak perlukan iklan. Majalah tidak dapat hidup tanpa iklan.
Pengedar buku mengedarkan buku sahaja. Pengedar majalah mengedarkan majalah sahaja.
Desainer kulit buku tidak pandai desain kulit majalah. Desainer kulit majalah tidak pandai desain kulit buku.
Pencetak buku tidak mencetak majalah. Pencetak majalah tidak mencetak buku.
Pembeli buku belum tentu membaca majalah. Pembaca majalah belum tentu membaca buku.
.
.
Untuk makluman saudara, bisnes buku dan bisnes majalah macam epal dengan oren bezanya.
Mindset orang buku tidak serupa dengan mindset orang majalah.
Cara kerja orang buku amat berlainan daripada cara orang majalah bekerja. Buku memerlukan editor perolehan. Majalah memerlukan wartawan.
Buku tidak perlukan iklan. Majalah tidak dapat hidup tanpa iklan.
Pengedar buku mengedarkan buku sahaja. Pengedar majalah mengedarkan majalah sahaja.
Desainer kulit buku tidak pandai desain kulit majalah. Desainer kulit majalah tidak pandai desain kulit buku.
Pencetak buku tidak mencetak majalah. Pencetak majalah tidak mencetak buku.
Pembeli buku belum tentu membaca majalah. Pembaca majalah belum tentu membaca buku.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tambah sedikit:
1. Surat khabar umurnya sehari.
2. Majalah umurnya sebulan
3. Buku umurnya selagi masih ada bulan dan bintang.
——-
Sifu,
Kalau ada majalah dari PTS seronok juga. Sekurang-kurangnya ada platform “off line”.
Assalamualaikum.
Pn sifu,
Izinkanlah saya berpantun untuk respon entri Sifu yang indah itu :
Anak dara memakai gelinya
Anak cik Rama memakan gula
Entri ini berirama bunyinya
Intonasi bagai bersajak pula.
Anak cik Rama memakan gula
Gula dibeli di kedai nyonya
Intonasi bagai bersajak pula
Menjawab soalan siswa-siswinya
Gula dibeli di kedai nyonya
Kedai di pekan Sungai Pencala
Menjawab soalan siswa-siswinya
Terbit majalah bilakah pula
Kedai di pekan Sungai Pencala
Jalannya sesak dengan kereta
Terbit majalah bila pula
Nampak gayanya terkulatlah kita.
wassalam.
.
Huh! Berpantun-pantun pula si dia ini!
Saya suka majalah berkenaan motorsikal .
Assalamualaikum Puan Ainon,
Buku dan majalah seperti langit dengan bumi. Pengalaman saya dahulu, pernah tertidur sambil memeluk buku (kerana terlalu kagum dengan gaya bahasa si pengarang) tetapi belum pernah tertidur sambil memeluk majalah.
Tiada majalah yang boleh dipeluk kerana masih tiada majalah sehebat buku yang dipeluk itu. Bukan begitu?
.
Mana buku saudara yang begitu bagus sampai dipeluk orang? Jangan bising-bising! Tulis buku itu!
Memeluk buku ataupun majalah adalah perbuatan luar tabii. :-d
.
Yang dalam tabii itu maka bukunya?
Tidakkah jawapan sifu itu lebih kepada alasan… kerana karangkraf menerbitkan buku, suratkhabar dan juga majalah. Begitu juga utusan… begitu juga dewan bahasa?
.
Alaf21 Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku sahaja bukan anak syarikat Karangkraf, cuma sahamnya dimiliki oleh pemilik saham Karangkraf.
Utusan Publiscations and Distributors Sdn. Bhd. yang menerbit buku-buku adalah anak syarikat Kumpulan Utusan. Utusan Karya Sdn. Bhd. hanya menerbitkan majalah-majalah sahaja.
Bahagian Majalah DBP hanya menerbitkan majalah sahaja.
Petik : “Mindset orang buku tidak serupa dengan mindset orang majalah.”
Assalamualaikum wbt. Pn. Sifu yang dihormati.
Setuju sangat saya dengan kenyataan di atas. Pandangan saya, orang buku lebih kepada menyampaikan ilmu tetapi orang majalah mencari keuntungan materi segera.
Orang buku lebih berpandangan jauh dari orang majalah. Sebab itu pada saya orang buku lebih lama bertahan berbanding dengan orang majalah.
Secara peribadi saya lebih ingin melihat PTS kekal sebagai orang buku. Tidak tahu kenapa tetapi itulah harapan saya.
Macam oren dengan limau. Seninya amat berbeza. Akan-akan datanglah. Selepas PTS sudah terbit ribu-ribuan judul setahun. Dan majalah itu kita terbit untuk promosi buku-buku PTS dan dunia buku.
Selalunya kalau saya baca buku (kecuali buku teks) pasti saya tidak boleh tidur - tidak kiralah samada novel atau buku ilmiah.
Tetapi, kalau tidak boleh tidur, saya akan baca majalah atau komik, sekejap saja dah mengantuk.
PTS jangan terbitkankan majalah atau surat perkhabaran!!!!
Assalamualaikum wm.
Mungkinkah PTS ada perancangan untuk menggabungkan majalah dan buku sepertimana novel dan komik (NOMIK)?.
Wallahua’lam.
Post a comment