Monday, September 17, 2007

Bisnes Buku Training: Surat Tuan Mohd Nadzrin Wahab

Assalamualaikum Sifu,

Sudah lama rasanya tidak ketemu di sini. Saya pernah mengikuti kursus penyuntingan dan rekaletak bagi editor sambilan di PTS Janda Baik pada tahun 2005. Ilmu yang sifu (dan saudara Fauzul) berikan cukup berguna hingga hari ini, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan PTS.

Kini saya bertugas sebagai Jurulatih Korporat dalam bidang penulisan dokumen piawai dan kami gunakan kaedah ProWriting yang didasari kaedah antarabangsa Information Mapping hasil kajian Robert E. Horn.

Daripada pemerhatian saya dalam dunia latihan korporat, rata-ratanya syarikat latihan hard skills menerbitkan buku kerja atau manualnya sendiri. Difotostat dengan muka depan berwarna, dilapis plastik dan dijilid secara ‘comb’ atau ‘ring’. Kebiasaannya kualiti isi manual ini terlalu rendah, walaupun muka depan dicetak laserjet.

Berlainan daripada kursus soft skills yang membolehkan jurulatih menjual buku terbitannya, kursus ‘hard skills’ tidak memerlukan perubahan drastik cara pemikiran atau emosi, hanya sebagai penaiktarafan cara kerja sahaja.

Pendapat saya, jika satu hari nanti PTS ingin mengolahkan buku-buku teknikal terbitan anda yang sedia ada kepada buku kerja latihan korporat, ini satu Laut Biru yang belum diceburri, kerana banyak syarikat latihan korporat hard skills yang walaupun cerdik dari segi melatih, tapi lemah dari segi penyusunan bahan. Kadang kala dikepil ala kadar daripada sumber-sumber berlainan dengan format yang tidak konsisten. Hasilnya, selepas pulang ke pejabat masing-masing, buku-buku itu dicampak, dibiar berkerak, ataupun duduk di rak sebagai bukti kepandaian, never to be opened again!

PTS boleh bekerjasama dengan syarikat latihan untuk menerbitkan buku-buku kerja itu berdasarkan kaedah kebolehbacaan dan ‘kebolehcarian’ maklumat supaya rentak laju dalam kursus itu dapat ditandingi buku kerjanya sendiri! Jika tidak, kebanyakan masa habis dengan peserta tercari-cari padanan percakapan jurulatih dengan konten buku.

Disebabkan jumlah cetakan yang rendah, mungkin mahal sedikit, tetapi syarikat latihan tetap mengenakan caj mahal dan boleh disediakan bajet untuk penerbitan buku-buku ini secara kustom. Pendek kata, nama PTS akan turut dikenali dalam bidang teknikal.

Ramadan Mubarak!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Patutkan Penulis Menerbitkan Bukunya Sendiri: Surat Dr. Tengku Asmadi Previous entry: Buku Pendidikan Seks

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.