Bisnes Penerbitan: Semakin Sedikit Jumlah Penulis dan Jumlah Judul, Itu adalah Lebih Baik
Jikalau dengan menerbitkan 3 judul sebulan sesebuah syarikat penerbit buku sudah dapat menjual 100 ribu naskhah sebulan, itu adalah lebih baik daripada ia menerbitkan 10 judul sebulan dengan menjual 100 ribu naskhah sebulan.
Mengapa?
Kerana menerbitkan 10 judul sebulan bermakna kita perlu mengambil bekerja lebih banyak editor dan artid grafik. Bermakna kos pengurusan kita lebih tinggi, oleh itu margin keuntungan kita lebih nipis.
Begitu juga halnya dengan jumlah penulis. Jikalau dengan mempunyai 20 orang penulis yang menghasilkan 36 judul setahun kita dapat menjual RM10 juta buku setahun, itu adalah lebih baik daripada mempunyai 50 orang penulis yang membawa jualan RM10 juta setahun.
Mengapa?
Menguruskan 20 orang penulis adalah lebih mudah dan lebih murah daripada menguruskan 50 orang penulis.
Ini adalah logik bisnes yang sangat asas, yakni selagi boleh, turunkan kos, turunkan kos, turunkan kos. Sebab bagi setiap ringgit kos yang diturunkan bermakna kita sudah menaikkan profit.
Logik inilah yang dijadikan rasional mengapa penerbit suka pengarang yang mengarang banyak buku. Pengarang seperti itu juga mempunyai banyak peminat. Jumlah peminat yang banyak membolehkan jumlah cetakan setiap judul dinaikkan. Jumlah cetak yang besar menurunkan kos percetakan bagi setiap naskhah. Kos cetak yang lebih rendah bermakna margin keuntungan yang lebih tebal.
Dengan menurunnya kos pengurusan dan percetakan, ditambah lagi dengan kerja-kerja pemasaran dan jualan yang berjaya dipermudahkan, maka hasilnya bisnes menjadi lebih efisien dan menguntungkan.
Justeru, kunci bisnes penerbitan yang menguntungkan adalah: (i) Kurangkan jumlah penulis, (iii) Naikkan jumlah cetakan setiap judul. Contoh penerbit yang mengamalkan strategi ini dengan jayanya adalah ALAF21.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bergitu pantas masa terasa berlalu.
Setelah gagal kali pertama menerbitkan manuskrip di PTS dan menyedari gagal adalah proses mencapai kejayaan maka saya terus berusaha untuk mendapat peluang bersama merasakan kejayaan puan khasnya di bidang penerbitan.
Menyedari belum berkemampuan menghasilkan manuskrip sendiri maka saya telah berusaha mencari kenalan yang mempunyai manuskrip yang boleh dicadangkan kepada pihak PTS untuk diterbitkan.
Saya akan bertemu pihak editorial PTS untuk perbincangan perkara tersebut dan yakin ada ruang untuk penulis baru baru bernaung di PTS.
Post a comment