Monday, January 14, 2008

Blog Surah Yusuf

Bagi pengunjung baru UNIKA, semua nota tentang teori dan teknik surah Yusuf ada di sini.

Teori dan teknik surah Yusuf adalah mazhab rasmi bagi semua kategori penulisan kreatif di PTS, sama ada buku cerita kanak-kanak, novel remaja mahupun dewasa.

Antara perbezaan paling penting antara teknik penulisan dalam teori-teori sastera konvensional dengan teknik penulisan dalam surah Yusuf adalah pada sifat pengarang.

Dalam teknik surah Yusuf, pengarang tidak bersifat omnipotent, manakala dalam teknik penulisan sastera konvensional pengarang adalah omnipotent.

Istilah omnipotent datang daripada kata akar potent, yang menerbitkan potential, impotent dan lain-lain. Imbuhan omni bermakna "maha". Jadi omnipotent bermakna "maha berdaya" ataupun "maha berkuasa".

Sifat omnipotent adalah sifat keTuhanan. Antara sifat-sifat Tuhan adalah keupayaan mengetahui apa yang ada dalam hati dan fikiran manusia.

Disebabkan pengarang bukan seperti Tuhan yang omnipotent, maka dalam teknik surah Yusuf perkataan katasifat emotif (seperti sedih, risau, kecewa, marah, suka, rindu, hampa, lucu dan lain-lain)  tidak digunakan dalam teks naratif, sebaliknya ia hanya digunakan dalam teks dialog. 

Dalam teori-teori sastera konvensional pengarang adalah omnipotent, justeru dia maha berdaya.

Pengarang mempunyai kuasa memasuki hati dan otak manusia sampai ke bawah-sedarnya, lalu pengarang melaporkan kepada pembaca apa yang tersimpan dalam otak dan hati watak-wataknya.

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, pengarang hanya menerangkan unsur-unsur yang dapat dilihat dengan mata kepala kasar dan kata-kata watak yang dapat didengari oleh sepasang telinga, tanpa memberi komen dan tafsiran. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novelis PTS Menitiskan Air Mata Menerima RM50,000-00 daripada Pembelian PNM Previous entry: Hubungan Penulis dan Peminat
 on  01/12  at  04:32 PM

Assalammualaikum w.b.t,

Cover untuk buku “Dari Kepala Batas ...” itu sungguh ‘trendy’ dan ‘classy’ begitu juga dengan buku-buku yang lain.

Saya amat menyukai cover buku yang ‘mampu bercerita’ dengan bakal pembeli.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: