Thursday, December 31, 2009

Blogger WebSutera Menegur PTS

Selain membaca beberapa buah buku dewasa dalam satu masa, saya juga cuba membaca dan meneliti buku kategori kanak-kanak dan remaja. Buat masa ini saya tumpukan kepada pembacaan buku atau fiksyen yang diterbitkan oleh rangkaian syarikat PTS.
 
Salah satu buku yang sudah dibaca ialah fiksyen siri Usahawan Cilik berjudul Taman Botani Harapan yang diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Plot okey, jalan cerita mudah dan sesuai bagi pembaca sasaran, iaitu remaja sekolah. Banyak unsur motivasi diterapkan oleh penulis A. Razak Adam. Ciri pengajaran, usaha, bersifat rajin, yakin diri, dan bertawakal diolah baik oleh penulis. Ciri-ciri masyarakat Malaysia pelbagai ras juga dijalin dan dipersembahkan secara bersahaja, tetapi penuh bermakna.


Harapan menggun
ung Azlan disaring oleh nenek menerusi nasihat dan tamsil ibarat. Pengalaman hidup nenek yang sudah tua itu dinarasikan melalui bait-bait nasihat berbaur cinta dan sayang terhadap seorang cucu lelaki tunggal.

Dalam pada itu, untuk kesekian kalinya, PTS gagal mengotakan prinsip yang lantang dilaungkan, iaitu penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT). Di sana-sini hampir di semua sub-plot Bahasa Melayu Rendah (BMR) mencemari keindahan akhlak yang diperjuangkan oleh penulis.


Penggunaan perk
ataan kontot yang amat ketara ialah ‘tu’, ‘ni’ dan ‘tak’. Selain itu, beberapa kata ‘ke’ digunakan. Satu lagi ada ketika sub-plot melompat tanpa ada ruang atau tanda peralihan.

Inilah kegagalan ketara dalam fiksyen ini. Saya bukan suka-suka mencari kesalahan. Justeru buku ini ditujukan k
epada pelajar sekolah, maka penggunaan perkataan kontot menggambarkan bahawa itulah yang betul.

Sekali lagi saya bertanya, “Editor PTS, adakah ajaran dan wawasan Puan Ainon bagaikan melepas batuk di tangga sahaja?


Saudara editor perlu membaca buku sains-fiksyen (sai-fai) Ahmad Patria Abdullah.
Salah satu novel sai-fai beliau yang saya baca ialah Kota Arialun. Inilah salah satu buku fiksyen terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menggunakan sepenuhnya BMT. Tiada satu pun kesalahan nahu dan ejaan. Walaupun novel ini diterbitkan tahun 1988, namun ternyata bahawa Ahmad Patria Abdullah sudah terkehadapan mengamalkan BMT.
 
Tulisan original beliau dapat di baca di sini WEB SUTERA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Mengendalikan Bengkel yang Menerangkan Ilmu dalam Buku-buku Terkenal Previous entry: Universiti Malaya Tidak Mengizinkan Tesis Ditulis Menggunakan Bahasa Melayu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  04:17 PM

Saya sangat bersetuju dengan WebSutera.
Editor di PTS seolah-oleh membelakangkan bos mereka
dalam isu BMT ini.

Contoh-contoh lain yang sempat saya ingati :

Alan Alone : “Saya suka minum milo.”
Bukankah sepatutnya “Saya suka minum coklat panas”?
ataupun “Saya suka minum Milo”? (dengan M huruf besar)
Ganggang atau gagang? Saya percaya ejaan sebenarnya ialah gagang.

Tunnels : Ada satu perenggan yang ditulis 2 kali!
Ada juga beberapa mukasurat yang hilang (tetapi saya
percaya telah diperbetulkan dalam cetakan terbaru)

King Of Torts : Ada beberapa BMR seperti ‘tak’ ‘ni’
dan kalau tidak silap saya, ada juga perkataan bahasa
pasar seperti ‘blah’ (mungkin lain perkataannya, tapi
you get the idea)

Banyak lagi sebenarnya novel-novel yang mempunyai masalah
sebegini sehinggakan saya kadang-kadang hairan dengan tugas sebenar editor di PTS.

Tetapi saya tidak menyalahkan editor seratus-peratus.
Polisi PTS yang membenarkan mereka menyemak manusrip
secara softcopy juga sebenarnya adalah salah satu faktor
kesilapan-kesilapan ini tidak dapat dikesan.

Menyemak ejaan berpandukan skrin monitor dan cetakan kertas sangat besar perbezaannya.

Web Sutera  on  12/31  at  08:36 PM

Saya amat kagum dengan usaha dan teknik mazhab Surah Yusuf yang dipelopori oleh PTS. Lantaran sokongan saya terhadap usaha PTS, maka saya menjadi pemerhati dan pembaca yang kritikal.

Ada seorang penulis pernah menghantar emel kepada saya, katanya beliau ‘takut’ bila membaca beberapa kritikan saya.

Contoh terbaik dari kategori novel/fiksyen sebagai rujukan BMT ialah buku-buku saudara Abdul Latip Talib terbitan PTS sendiri.

Ulasan ringkas saya terhadap novel sejarah Sultan Muhammad al-Fateh begini:

“Novel sejarah ini tidak pernah menjemukan saya di sepanjang pembacaan. Dari satu sudut, sejarah Islam sentiasa menjadi minat saya untuk mendalaminya. Namun bila saudara Abdul Latip Talib menarasikan secara teknik Surah Yusuf dengan diserikan bersama bahasa Melayu tinggi, ia menjadi semakin indah.”

Baca penuh di sini http://pasalbuku.blogspot.com/2009/12/sultan-muhammad-al-fateh-seorang-ketua.html

Sdr J.Jendrix, berkenaan novel terjemahan John Grisham terbitan PTS, ada beberapa perkara yang harus diteliti oleh penerbit. InsyaAllah, saya akan kemukakan di lain masa dan ruang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  04:13 PM

sudah sampai masanya pts menghalalkan perkataan tak. dlm pepatah melayu pun byk kata tak digunakan spt ‘tak tumbuh tak melata, tak sungguh org tak kata’.
bahasa melayu yg baik ialah yg tepat dan padat dan tolong kurangkan penggunaan imbuhan yg tak perlu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/01  at  10:27 PM

Saya menyokong usaha Puan Ainon dan PTS memperjuangkan BMT dalam buku-buku terbitannya. Namun usaha itu perlu diperkemaskan lagi seperti yang ditegur oleh saudara Web Sutera. Setakat pembacaan saya terhadap novel-novel fiksyen terbitan PTS, hanya novel Pendeta Gua Khayalan nukilan Masdalifadzlie M Saaid sahaja yang benar-benar menggunakan BMT. Tidak menghairankan kerana beliau merupakan anak didik Ahmad Patria yang Web Sutera katakan sudah terkehadapan dalam menggunakan BMT.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/02  at  12:53 AM

Syabas Web Sutera. Kasi gegar sikit editor PTS, biar derang tau langit tinggi rendah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/02  at  08:56 AM

Salam,

Saya sudah hadiri bengkel puan. Malah beberapa kali untuk beberapa program yang sama. Pada pendapat saya kita boleh ambil pengajaran dari ‘sejarah perkembangan fiqh’ untuk mentakrifkan cara guna BMT yang praktikal.

Harusnya BMT dikembangkan pada mazhab2 tersendiri. Mazhab Fortuna, Mazhab PTSOne, Mazhab Litera, dan sebagainya. Ia bukan memperlekehkan, tetapi lebih sebagai ruksah. (Mungkin penyokong tegar salafi, wahabi dan anti hadith bakal menyangkal. Haha!) Ini kerana setiap satu cabang anak syarikat punya sasaran sendiri. Ayat untuk bayi harus berbeza berbanding dewasa. 

Kepercayaan harus diberi pada editor. Mereka pakar dalam aliran mereka. Terlalu menyekat boleh menyebabkan pengurusan terjerumus di dalam perangkap ‘mikro manage’. Letih orang bawah bila bos terlalu mengongkong.

‘Milo’ digantikan ‘coklat pekat’? (Saya tidak suka Milo, tetapi lebih kerana kampeni mereka ada kaitan dengan zionis… hehehe). Hmm… Haruskah kita gantikan juga kata ‘radio’ dengan ‘tetuang udara’, ‘spreadsheet’ dengan ‘program hamparan’, ‘basikal’ dengan ‘kuda besi’? Puan Sifu ada menulis tentang topik ini. Mungkin saudara Hendrix terlepas pandang. Bukankah bahasa itu dinamik sifatnya.

WaAllahu a’lam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  12:42 AM

dulu aku follow jugak ulasan web sutra ni. Tapi lepas dia ulas buku Zaid Akhtar pastu cakap, buku Zaid Akhtar tak bagus sebab guna BMT. tak, ni, blabla, (wattehack) aku dah start annoying. Antara buku Zaid Akhtar dengan RAM (dia peminat tegar RAM), BMT (wattehack) Zaid jauh lebih bagus.

Antara Zaid Akhtar dan Web, aku nak percaya tulisan siapa? U get the idea.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/03  at  04:53 PM

Pembaca Buku, kamu sebenarnya yang terlepas pandang.
Maksud saya ialah penggunaan nama ‘Jenama’ adalah
tidak boleh menggantikan kata sebenar benda itu.
Kalau terdesak, gunakanlah dengan ‘huruf besar’
di depan perkataan itu.

Contoh yang biasa kita guna :
Saya suka makan maggi (satu jenama dari nestle)
saya suka minum nescafe (juga jenama nestle)

Radio, spreadsheet dan basikal bukannya jenama.
Tetapi benda. Kenapa mahu bersusah payah?

Wah! beginikah calon-calon penulis di UNIKA ini?

Web Sutera  on  01/03  at  08:41 PM

Sdr Wattehack, marah nampak? Salahkah saya menjadi peminat tegar Ramlee Awang Murshid? Dan salahkah saya menegur penggunaan BMT dan mengkritik novel saudara Zaid Akhtar? Bukankah itu juga perjuangan PTS dalam memartabatkan BMT?.

Teguran saya justeru kerana sayangkan PTS. Nasib baik saya tidak menjadi penulis PTS. Jika tidak, mungkin saya bias. Saudara bebas mengkririk, begitu juga saya. Kritikan saya menjurus kepada kebaikan, insyaAllah.

Kita semua bebas memilih, bebas mengundi dan bebas bersuara. Selagi bukan dengan niat memusnahkan, saya kira dibolehkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/04  at  01:16 PM

Mereka di dalam kelas ini memang begitu Web Sutera,
cetek ilmunya tetapi dalam bodeknya.

Mereka sepatutnya menjadi ahli politik, bukan penulis.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/06  at  11:09 PM

sy tak setuju sikap pts yg terlalu skema. hingga perkataan tak pun dilarang. semua org tau tak ialah kependekan tidak. sepatutnya ada sedikit kelonggaran. masalah utama bm pada saya ialah bahasa rojak dan perkataan inggeris yg dimelayukan. selain drp itu byk pihak suka menambah-nambah imbuhan sehingga ayat menjadi pjg dan kelakar. sy cadangkan kita cipta kosa kata baru atau iktiraf perkataan yg baru muncul spt ‘kantoi’. kalau takut keliru gunakan font miring utk bezakan. macam mana, ada berani?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/10  at  02:17 AM

baru ingat nak cuba beli buku pts. cancel.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11  at  04:44 PM

Minta maaf, saya tidak setuju dengan ‘tetamu’. Cadangan kamu itu lari dari konsep asal untuk memandaikan bangsa.

Zindik, jangan begitu. Saya percaya kesilapan yang disebutkan tadi adalah kes-kes terpencil sahaja. Kita menegur untuk memperbaiki. Bukan untuk memboikot terus.

Web Sutera  on  01/11  at  10:09 PM

Sdr J.Hendrix, saya sokong. Seperti yang saya kata, teguran demi kebaikan dan sokongan saya kepada PTS, bukannya bertujuan memunahkan. Walaupun teguran demi teguran saya terhadap buku-buku PTS, tidak pula saya memboikotnya. Malah saban hari, minggu dan bulan rak buku saya terus dipenuhi oleh buku-buku PTS; fiksyen dan non-fiksyen. Kalau boleh dikatakan begini: “Saya harus membeli rak buku baru hanya bagi menempatkan buku-buku PTS sahaja.”

Sdr Tetamu, penggunaan kata rojak adalah salah penerbit yang banyak menggunakannya dalam penerbitan mereka (bukan PTS). Kata rojaklah yang merosakkan keindahan bahasa Melayu.

Perkataan BI yang dimelayukan merupakan salah satu kaedah menambah kosa kata. Adakah saudara lupa sejarah bahawa bahasa Melayu banyak mengadaptasi perkatakan Arab, Portugis, Hindi dan lain-lain?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/12  at  12:03 AM

perkataan tidak yg boleh diringkaskan kpd tak boleh menyedapkan ayat. ia juga menyubur kreativiti tidaklah bosan dan kaku. saya tidak sokong penggunaan kata serapan inggeris yg terlalu byk. bahasa melayu harus semampu boleh mengekalkan keasliannya. kenapa kita tak mahu cipta kosa kata? bila ada kosa kata baru dlm bahasa inggeris cepat2 kita ambil. kosa kata yg dicipta oleh anak tempatan kita tolak mentah2. lagi sekali sy suka kalau pts bersikap terbuka. musuh utama bahasa melayu ialah bahasa rojak dan serapan kata dari bahasa inggeris secara berlebihan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/17  at  12:50 PM

Rasanya saya bersetuju dengan Tetamu. Tujuan membaca novel ialah untuk berhibur. Walaupun penyampaian bahasa slanga atau bahasa pasar adalah tidak digalakkan perlu diingat yang ia membolehkan pembaca menjiwai watak yang ditampilkan. Mungkin penggunaannya harus terhad tapi untuk menidakkannya secara total adalah kurang tepat.

Sekurang-kurangnya benarkanlah penggunaan perkataan seperti itu (dalam keadaan yang terkawal) pada barisan dialog watak. Lagipun realitinya mana ada orang yang bertutur sehari-hari dalam bentuk bahasa yang sempurna.

Novel-novel berbahasa Inggeris sekalipun membenarkan penggunaan bahasa slanga ini. Malah Kamus bahasa Inggeris juga turut mengiktiraf banyak bahasa-bahasa slanga yang mereka dapati telah digunakan secara meluas (atau tidak terdapat perkataan lain yang menepati maksud sesuatu perkataan itu kecuali perkataan slanga yang digunakan).

Contoh terbaik ialah perkataan ‘jiggy’ yang telah dimasukkan ke dalam kamus dan diisytihar sebagai satu perkataan rasmi dan bukannya slanga.

Dan secara jujurnya dalam diskusi ini seolah-olah wujud pergeseran diantara peminat PTS dan peminat dari sebuah lagi syarikat penerbitan yang menerbitkan buku-buku Remlee Awang Murshid. Satu budaya yang tidak sihat! Sokong sesuatu buku kerana kualitinya bukan kerana emosi dan ego. Barulah dunia penulisan boleh berkembang dengan baik.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: