Monday, November 17, 2008

Blue Ocean Buku Berdakwah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemampuan meneroka dan membuka sektor Blue Ocean adalah sangat kritikal dalam bisnes yang matang. Industri penerbitan buku adalah industri yang sudah matang, oleh itu mana-mana penerbit yang mahu survive perlu mencari sektor-sektor baru yang berpotensi dibangunkan pasarannya.

Sebagai contoh, CESB berjaya membuka Laut Biru sektor novel popular. Manakala ALAF21 berjaya membuka sektor Laut Biru dalam sektor novel cinta popular.

Bagi kita di PTS pula, PTS MILLENIA berjaya membuka laut biru dalam sektor buku-buku motivasi Islami.

PTS ONE berjaya membuka sektor novel remaja Islami.

PTS PROFESSIONAL berjaya membuka laut biru sektor buku bisnes dan pengurusan Islami.

PTS ISLAMIKA berjaya membuka laut biru sektor buku-buku agama untuk pasaran dami-agama.

PTS sedang berjuang membuka laut-laut biru dalam sektor-sektor lain:

(i) Novel Islami

(ii) Novel cinta Islami

(iii) Novel sai-fai dan fantasi Islami

(iv) Komik Malaysia Islami

Sehingga kini konsep Blue Ocean digunakan bagi mengenal pasti peluang-peluang membuat keuntungan daripada sektor-sektor baru dalam dunia bisnes.

Bagi kumpulan syarikat PTS, perjuangannya bukanlah mencari peluang membuat keuntungan bisnes daripada laut-laut biru itu, sebaliknya PTS komited pada misi mahu menerokai peluang laut biru dalam sektor buku-buku yang memandaikan bangsa dan buku-buku berdakwah. Itulah sebabnya buku-buku PTS mempunyai ciri syariah-cxompliant.

Kita percaya duit adalah kerja Tuhan, manakala menerbitkan buku-buku dakwah adalah kerja penerbit.  Justeru PTS akan terus meneroka laut-laut biru di mana dalam sektor itu belum ada buku-buku versi Islaminya. Dengan izin Tuhan, dengan membuka laut-laut biru sektor buku Islami, duitnya datang sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Durian Runtuh dari PNM untuk Penulis PTS Bertuah Previous entry: Novel-novel Cinta Evergreen
arrantaui  on  11/17  at  11:37 AM

Petik: Kita percaya duit adalah kerja Tuhan, manakala menerbitkan buku-buku dakwah adalah kerja penerbit.  Justeru PTS akan terus meneroka laut-laut biru di mana dalam sektor itu belum ada buku-buku versi Islaminya. Dengan izin Tuhan, dengan membuka laut-laut biru sektor buku Islami, duitnya datang sendiri.

Puan Ainon yang dihormati.

CANTIK SEKALI, MENDALAM SEKALI. MUDAH-MUDAHAN DIBERKATI.

 on  11/17  at  12:09 PM

Tuan Arrantaui,

Isu ‘Laut Biru’ ini isu kritikal dalam strategi bisnes. Kalau kita tidak mahu berlawan dengan gergasi-gergasi yang sedia ada, berlawan sampai berdarah-darah, sampai air laut menjadi merah, kita mesti masuk ke kawasan Laut Biru, di mana di situ tidak ada gergasi.

Di kalangan orang yang baru hendak membuka bisnes, mereka kurang faham bagaimana hendak mengenal pasti produk yang bagaimana sebaiknya mereka tawarkan kepada pelanggan.

Lazimnya mereka percaya mereka perlukan produk yang sangat berbeza daripada produk-produk yang sudah sedia ada dalam pasaran. Ini disebut dengan istilah ‘product differentiation’. Jadi, mereka mahu memperkenalkan produk yang belum ada sama sekali.

Di kalangan penulis pun begitu juga. Banyak penulis yang mahu menulis buku yang belum ada sama sekali dalam pasaran.

Sebenarnya pembeli mahukan produk yang serupa dengan produk-produk yang sudah popular dalam pasaran, cuma ada kelainan sedikit sahaja!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: