Calon UMNO Gagal Mendapatkan Undi Golongan Muda Disebabkan Isu PPSMI
Calon PAS berjanji kepada para perwakilan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang datang ke Kuala Terengganu bagi menyampaikan memorandum membantah PPSMI bahawa beliau akan bercakap dalam parlimen berkenaan isu PPSMI.
BN kalah kepada PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu disebabkan BN gagal mendapatkan undi orang muda.
Banyak pelajar IPT yang pulang mengundi menolak calon BN disebabkan mereka menentang penggunaan bahasa Inggeris di IPT. Mereka adalah golongan yang paling terkesan oleh dasar itu, maka tidak hairan mereka membenci BN.
Ratusan anak-anak muda anggota Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berkerja bertungkus-lumus bagi memenangkan calon PAS dengan menggunakan isu PPSMI bagi meyakinkan para pengundi muda.
UMNO tidak mahu mengakui bahawa salah satu isu yang menyebabkan calonnya kalah adalah isu PPSMI.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kalau sudah macam itu, Hishamuddin tak sedar juga, tunggulah selepas ini akan ada pilihanraya parlimen lagi!
Aku berdendam dengan mereka yang berbuat khianat terhadap bahasa sendiri dan menyusahkan anak-anak orang pedalaman yang bersekolah.
Aku benci dan sakit hati dengan orang yang memperkenalkan PPSMI. Aku benci dan sakit hati dengan orang yang terus mempertahankan PPSMI. Setiap kali aku lihat wajah Hishamuddin itu, aku rasa marah. Tetapi apa nak dibuat, dia pun manusia juga. Manusia mana yang tidak buat silap?
Seumur hidupku aku akan membenci dia kerana menyebabkan ramai anak-anak pedalaman menderita, hilang masa depan yang lebih baik, terpaksa belanja lebih, pembaziran kertas dan dakwat hitam.
Tapi apa yang aku boleh buat selain meluahkan isi hati aku di sini. Aku cuma sekadar rakyat biasa.
Tapi, aku boleh berbuat sesuatu. Aku boleh menyokong perjuangan orang-orang yang menentang PPSMI.
Walaupun hatiku terluka dengan perbuatan orang-orang yang memperkenalkan PPSMI, dan sakit hati dengan orang yang mempertahankan PPSMI, tetapi kehadiranmu pejuang-pejuang bahasa Ibunda, adalah orang-orang yang membantu mengubati luka di hatiku.
Assalamualaikum Puan,
Semoga Puan dan semua pembaca berada dalam peliharaan Allah hendaknya.
Saya merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Namun saya tidak pula pernah gagal dalam matapelajaran Bahasa Inggaeris dalam semua peperiksaan utama semenjak sekolah rendah hingga ke menara gading.
Saya ingin berkongsi pengalaman tentang bahananya pengajaran matapelajaran teras di sekolah dan universiti menggunakan Bahasa Inggeris.
Suatu ketika saya pernah melanjutkan pelajaran di IPTA yang seratus peratus menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantarnya. Bagi subjek undang-undang, pengurusan dan sains politik, ilmu yang disampaikannya mudah saya faham.
Namun masalah yang paling besar ialah ketika mahu menjawab soalan peperiksaan yang memerlukan kupasan dan ulasan. Olahan dan penjelasan yang yang ditulis sering tersangkut-sangkut disebabkan saya tidak mahir berbahasa Inggeris walaupun saya tahu jawapannya.
Saya benar-benar gagal untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Ada satu kejadian, setelah menjawab tiga soalan daripada empat soalan yang wajib dijawab dari lapan soalan, saya tercari-cari satu soalan lagi yang paling sesuai. Pada satu soalan yang nampak mudah, terdapat satu perkataan yang saya tidak faham di situ.
Akhirnya saya tebalkan muka dan beranikan diri bertanya kepada pengawas peperiksaan tentnag apakah makna perkataan yang saya tidak faham itu. Sesudah makna itu diberikan, saya terus menjawab soalan itu.
Keputusan bagi subjek itu saya perolehi sekadar cukup makan di mana saya pasti sekiranya masalah perkataan yang saya tidak faham itu tidak diselesaikan, saya pasti gagal dalam subjet itu.
Atas faktor-faktor lain yang lebih utama, saya menarik diri dari IPTA itu. Seterusnya beberapa tahun kemudian saya meneruskan pengajian di IPTA lain yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Untuk makluman Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian dengan baik di sana. Sepanjang pengajian dua kali saya menerima ‘Anugerah Dekan’ apabila berjaya mencapai GPA melebihi 3.50.
Untuk matapelajaran Penggunaan Komputer Sebagai Pengurus, saya memperolehi A- berbanding F atau gagal di IPTA sebelumnya walaupun kandungan yang diajarkan itu sama sahaja.
Bezanya saya memahami sepenuhnya apa istilah yang disampaikan di IPTA yang baru berkenaan dengan komputer berbanding tidak faham hujung pangkal istilah yang digunakan semasa di IPTA sebelumnya.
Syukur juga kepada Tuahn kerana ilmu komputer yang diajrkan boleh saya menafaatkan dan diajarkan pula kepada orang lain.
Agak-agaknya, testimoni yang bagaimanakah yang mahu dilihat oleh Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia untuk dijadikan bukti bahawa PPSMI ini tidak berapa berguna kepada Bangsa Melayu.
Setelah membaca cerita Encik Nyaris Menjadi Mangsa di atas, saya berasa sedih sekali.
Cuba tengok struktur ejaan Encik Nyaris Menjadi Mangsa. Bak kata, angkara orang-orang kerajaan BN, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Kerana didera dengan ajaran PPSMI, daya mengeja Encik Nyaris Menjadi Mangsa nampaknya sudah merosot. Banyak kesalahan ejaan yang saya dapati dalam tulisan Encik Nyaris Menjadi Mangsa di atas.
Mari, mari kita hentikan PPSMI sebelum ramai lagi anak-anak muda kita menjadi mangsa kekejaman PPSMI.
Kita harus selamatkan anak-anak bangsa kita, lidah kita, ejaan kita, bahasa ibunda kita, ibunda kita di kampung juga, dan marilah kita sama-sama berkumpul di SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman, menentang PPSMI.
Ayuh, bangsaku! Ayuh!
Pet! Pot! Pet! Trompet pejuang-pejuang bahasa berbunyi!
Post a comment