Golongan Berpendapat Bebal, Baca Surat Ini


Asalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, puan.
Saya mempunyai room-mate yang berkerja sebagai pegawai di bahagian IT di KPM. Sejak Jumaat lepas sehingga hari ini, dia bertugas memantau kerja-kerja jurutekniknya mencetak slip keputusan SPM yang akan keluar pada 12hb Mac nanti.
Dia menceritakan kepada saya, apabila dia melihat serba sedikit slip-slip keputusan SPM tahun ini, hatinya yakin bahawa perjuangan GMP memang bukan perjuangan yang bodoh dan dibuat-buat, kerana dia telah benar-benar melihat keputusan sains dan matematik di sekolah-sekolah (sekolah bukan bandar terutamanya), gred bagi sujek itu kebanyakannya hanya bergilir-gilir dengan 3 jenis angka sahaja, iaitu sama ada gred 7, 8, ataupun 9.
Mungkin markah mereka sebenarnya gagal terus, tetapi disebabkan ada gosip tersebar bahawa menteri mengarahkan supaya menaikkan graf peratusan keputusan, maka keputusan tersebut dapatlah juga bernyawa-nyawa ikan. Malah, pelajar-pelajar Cina dan India juga ada yang lebih kurang sama juga keputusannya. Kasihan anak-anak Malaysia!
Rakan saya itu mengajak saya mengikut perhimpunan GMP, tetapi saya tidak dapat menyertai. Beliau agak keras dan agresif, dan dia mengatakan saya penakut, tetapi saya tidak kisah.
Pekerja kerajaan seperti saya, sangat berisiko tinggi jika ditangkap. Namun, sokongan saya tetap jitu kepada GMP dan Pakatan Rakyat. Sumbangan saya akan diteruskan melalui kertas undi!
Selamat berjuang demi agama, bahasa, dan bangsa!
M Zahar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Saya sertai perarakan Sabtu lepas. Saya nak kongsi artikel ni kepada semua.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/jeremiahmahadevan/19956-the-politics-of-language
Sdr. M. Zahar,
Kalau ada sepuluh ribu orang seperti anda pun jadilah. Tak berani ke hadapan, tapi sekadar mahu bersama-sama kami dalam hati sudah lebih daripada cukup. Apa lagi kalau mengaku mahu menggunakan kertas undi sebagai senjata sulit anda bagi turut memprotes PPSMI.
Gerakan GMP bukan sia-sia. Bukannya didalangi sesiapa. Tak mana-mana parti boleh cucuk hidung kami dan kami tak rela dipergunakan. Apa yang anda lihat dalam TV itu, kerana mereka (orang politik kiri) ikut sama dalam perhimpunan semata-mata. Jadi kami tak memanggil danm tak disuruh sesiapa. Kami ada otak. Kami ada hati dan perasaan. kami punya sikap penuh kesedaran. Jadi tindakan kami ini adalah suatu kesedaran bangsa yang bergelar Melayu.
Nampaknya kalaulah saudara dapat mengembangkan idea ini, bahawa menuntut kembali penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik adalah jihad bangsa yang saudara patut bersama-sama kami. Kita minta apa yang kita punyai dan miliki selama inikerana ia telah dirampas dan diperkosa sewenang-wenangnya!
Ingatlah, kalau tak ada kita semua, siapakah yang nanti akan memperjuangkan bahasa Melayu ini? nak harapkan pemimpin Melayu, semuanya sudah kena kasi. Tak berani merengak, takut dirotan ketuanya. Jadilah sesetengah YB sahabat kita itu macam kucing dibawakan lidi. Kitalah orangnya! Kita orang bebas dan berhak bersuara demi mewakili rakyat jelata. kalau bapak menteri pelajaran tak dengar sebab keuliannya, maka jangan ingat dia boleh senang tidur nyenyak. Suara rakyat akan terus berkumandang selagi egonya tak meluntur turun!
Kita cukup tersinggung atas ketakburan,kesombongan dan keangkuhannya yang tak mahu peduli dengan apa yang kita bantah. Dia masih juga berkeras mahu melaksanakan PPSMI terus! Jadi adalah tugas kami juga akan terus mendesak sehingga kerajaan bersedia menerima demi kebahagiaan anak cucu kita di akhir zaman nanti. Jikalau sekarang kita tak bertindak, mungkin cucu cicit kita lalai dan tak mempedulikannya langsung dan akhirnya bahasa Melayu akan jadi bahasa Latin yang hanya tinggal namanya sahaja.
Jadi Wak Semar tetap teguh berdiri bersama-sama gerakan GMP bagi menyuarakan rasa terki;an atas tindakan kerajaan yang sewenang-wenangnya mengubah-ubah dasar pendidikan negara sehingga membelakangkan perlembagaan negara kita.
Assalamualaikum Puan,
Walaupun tidak ada izin daripada puan untuk saya catatkan peristiwa anak saya dijadikan tebusan oleh pihak polis, Insya Allah, atas nama perjuangan memartabatkan dan mendaulatkan Bahasa Melayu untuk membina tamaddun Melayu yang unggul, saya akan dedahkan di UNIKA ini.
Ketua UMNO Cawangan ini yang isterinya sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Cawangan akan memberikan isyarat yang jelas kepada Hishamuddin bahawa gerakan pada hari Sabtu lepas bukanlah didalangi oleh mana-mana parti. Kenyataan tidak bertanggungjawab oleh beliau itu hanya lahir dari pemimpin pengecut yang ada hati mahu jadi Perdana Menteri.
Saya akan selitkan catatan pengalaman itu di mana-mana ruangan komen entri terbaru UNIKA.
Salaam,
Tiga hari lepas, saya ada menelefon presiden PAGE. Tujuannya untuk mengundang beliau ke debat bahasa (PPSMI). Lawannya adalah Dr. Shaharir Mohammad Zain. Semasa dalam telefon, dia mohon masa untuk berfikir.
Tetapi, semalam saya dapat sms, dia tolak pelawaan tersebut. Katanya, dia bukan orang akademik untuk bercakap soal PPSMI.
Anak A. Samad Said tak sokong bapanya :
http://nursamad.blogspot.com/2009/03/i-am-all-for-use-of-english-for-maths.html
mengatakan pembangkang menggunakan GMP adalah sangat bodoh!!!
dari pemerhatian, GMP lah yang menggunakan pembangkang.
kalau melalui GMP semata, sukar juga nak mengumpulkan begitu ramai orang, dan menyusun strategi yang baik dan hebahan yang berkesan.
Tetapi, dengan bantuan dari pihak pembangkang yang menghebahkan ke segenap pelosok negara, maka perhipunan GMP mendapat lebih sambutan.
Rangkaian perhubungan pembangkang yang sudah banyak kali berhimpun dan berarak sudah tentu jauh lebih baik dari orang-orang dalam GMP, dan sudah tentu lebih mudah untuk menarik sokongan ramai.
Suara-suara dalam pembangkang yang banyak mengadakan ceramah-ceramah ke pihak akar umbi banyak membantu menyampaikan maklumat sebenar tentang kegagalan PPSMI, bukan seperti yang tertera pada keputusan peperiksaan PMR, SPM, STPM. Itu semua keputusan yang sudah ditambahbaik demi kelangsungan PPSMI, atau mungkin ada agenda lain.
Hasil sebenar, harus dilihat dari kualiti graduan yang dihasilkan oleh universiti tempatan.
mafizah… nuraina bukan anak samad said… dia anak samad ismail… harap maklum!!
ironinya… word verification untuk komen ini.. said97, hehe…
Mafizah,
Jangan keliru A. Samad Said, Sasterawan Negara dengan
Tokoh Kewartawanan Negara Tan Sri Abdul Samad Ismail.
Insan berbeza.
Salam.
Kak Nuraina adalah anak Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail. Pendirian/sikap anak Pak Samad ada di blog saya. Harap maklum.
Saya juga seperti M Zahar akan tunjuk di kertas undi! Atas sebab-sebab tertentu tidak dapat turut serta dalam perarakan
Begitukah rupanya santun seorang melayu Islam? ayat-ayat seperti bebal dan celaka?
memaki hamun mereka yang tak sependapat dengan anda.gaya orang melayukah itu?
ternyata Puan hanyalah pejuang hipokrit.Orang tua yang sudah menopaus tapi tidak tahu menjaga mulut
patutlah anak melayu semakin kurang ajar.apa boleh buat,golongan tuanya sendiri kencing berdiri
Bukan kurang ajar, tetapi itulah bahasa yang selayaknya. Dalam al-Quran pun ada ujaran ‘calakalah Abu Lahab…’. Sayang kena sedari ini semua dan bukan tujuan suka-suka untuk gunakan satu-satu perkataan.
Saya orang muda,
Saya minat Bahasa melayu
Saya lupa sudah berbahasa.
Jika saya tidak menggunakannya.
Saya boleh berbahasa tiga bahasa.
Tetapi saya masih berbahasa melayu.
Walaupun dengan bangsa-bangsa yang lain.
Post a comment