Sunday, November 28, 2010

Book Cafe Naik Taraf Menjadi Anak Syarikat

Tuan Arief Rahmat, Pengarah Urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, memberitahu bahawa unit Book Cafe, kedai online PTS, sedang dalam proses dinaikkan tarafnya menjadi syarikat sendirian berhad.

Kerja-kerja pendaftaran anak syarikat PTS Book Cafe Sdn. Bhd. sedang dijalankan oleh jabatan kewangan PTS.

Langkah ini bertujuan membolehkan Book Cafe berkembang dengan lebih tangkas dalam zaman serba internet ini.

Pada saat ini jualan Book Cafe adalah antara RM80 - RM100 ribu sebulan.

Dari sudut pengurusan korporat PTS, Book Cafe berada dalam Unit Internet Marketing yang diketuai oleh Tn. Nazrul Samsuddin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kusyi Hirdan Memenangi Hadiah Sastera Perdana (ke-19) Previous entry: Tahun 2011 AinMaisarah akan Memperkenalkan Siri Baru Bagi Melebarkan Asas Pasarannya

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.