Book Talk: Rugi Tetapi Tetap Diteruskan
Dalam suatu perbualan dengan pakar pengurusan kewangan peribadi, Tuan Shamsuddin Abd. Kadir, beliau memberitahu jualan buku-bukunya hasil book-talk di pesta buku Thai Kuang, Malacca Parade, yang lalu, tidaklah banyak. Tidak sampai 20 naskhah, katanya.
Beliau bertanya-tanya kepada dirinya sendiri, mengapakah beliau sanggup bekerjasama dengan mengeluarkan perbelanjaan pergi ke Melaka dari Shah Alam, demi menyampaikan book-talknya.
Seperti penulis-penulis PTS lain yang muncul dalam pesta buku itu, Puan Norlela Zubir, Tuan Amar Mahmood, Tuan Zamri Mohamed, Tuan Abd. Latip Talib, Tuan Mohd. Faisal, jualan buku-buku mereka juga tidaklah banyak.
Jika dibandingkan dengan kos yang ditanggung pergi ke Melaka, memang tidak berbaloi, malah rugi semata-mata.
Semua penulis PTS yang muncul di pesta buku Thai Kuang itu mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Tidak seorang pun yang jualan bukunya dapat membayar balik kos yang mereka sudah keluarkan.
Bagi PTS sendiri, kita menugaskan Tuan Roslan Isa, pegawai pemasaran, bertugas di sana sepanjang tempoh acara penulis-penulis PTS itu. Dibandingkan dengan jualan buku-buku mereka, memang tidak berbaloi.
Jika demikian, mengapakah kita komited dengan acara book-talk?
Jangan diharapkan jualan book-talk dapat mencatatkan keuntungan pada hari book-talk itu berlangsung.
Book-talk bukan aktiviti menjual buku. Kalau kebetulan ada buku terjual pada majlis book-talk itu, maka kita bersyukur, ia adalah bonus.
Book-talk adalah aktiviti mempromosi, atau memperkenalkan, atau mengiklankan (i) wajah pengarang, (ii) brand penerbit, dan (iii) buku.
Nilai sebenar book-talk adalah pada liputan-liputan berita dalam media hasil book-talk itu. Dengan adanya berita-berita itu maka diharapkan jualan buku akan naik.
Nota: Foto disalin dari blog Tuan Zamri Mohamad.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Izinkan saya menambah.
Pemilihan program juga penting kepada para penulis. Maksudnya, bagi mengawal risiko rugi yang besar, penerbit telah mengenalpasti pendekatan berikut.
1. Menjemput penulis yang berada di kawasan tersebut bagi tujuan book-talk.
2. Menjemput penulis sekitar yang dapat menghadiri book-talk. Penulis sekitar merujuk kepada lokasi yang membolehkan penulis bergerak pada masa yang singkat dari rumah ke kediaman. Misalnya, Kuala Lumpur- Negeri Sembilan, Selangor-Melaka, Kelantan-Terengganu dan lain-lain.
3. Menjemput penulis secara terbuka bagi mereka yang jauh daripada kawasan. Penerbit akan memaklumkan bahawa kos di bawah tanggungan penulis.
Ada beberapa lagi, kemudian saya akan fikirkan.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Acara Book Talk ini ibarat suatu pelaburan. Seperti artis yang memerlukan media untuk memperkenalkannya namun bagi penulis acara ini maha penting. Majlis ilmu serta book talk ini dapat mendekatkan penulis kepada khalayak pembaca.Peluang menyertai acara book talk ini harus jangan dilepaskan kerana inilah peluang keemasan ibarat iklan percuma bagi penulis memperagakan diri serta hasil penulisannya. Jangan pandang kepada 20 naskah yang laku tetapi pandanglah kepada jualan yang berkodi-kodi nanti. Jika tidak esok mungkin lusa atau tulat hasilnya akan bergolek nanti.
Kesan dan impak Book Talk perlu dilihat sebagai usaha untuk menjadikan membaca itu lebih menarik dan bermakna. Kesannya mungkin bukan hari ini tetapi esok-esok.
Budaya membaca dan industri buku akan lebih meriah dengan adanya aktiviti seperti ini.
Kalau dulu kedai-kedai buku susun atur dalamannya hanya dipenuhi dengan rak-rak buku. Ada ruang cuma cukup untuk bergerak, kadang-kadang untuk memusingkan badan pun tidak muat. Ini kerana ruang tersebut amat berharga dan mampu memberi pulangan yang lumayan untuk mereka.
Namun kini kedai-kedai buku sanggup menyediakan ruang khas untuk aktiviti berkaitan dengan buku seperti Book Talk, bercerita dan membaca untuk kanak-kanak, sesi tandatangan penulis buku, sesi penulis bertemu peminat dan sebagainya.Kenapa? Sedangkan ruang tersebut amat mahal sewa bulanannya dan mampu memberi hasil jualan yang lumayan. Apatah lagi ruangan tersebut terletak di kawasan yang dianggap sebagai ‘prime area’ atau lubuk emas.
Ini adalah kerana landskap dunia buku dan pembacaan sudah berubah. Peminat buku mahu lebih daripada hanya membeli dan membaca buku. Pembaca-pembaca buku muda kanak-kanak dan remaja malah lebih tinggi kemahuannya. Trend, persekitaran dan media mampu menarik minat mereka kepada buku. Contohnya seperti gelombang Harry Potter. Kini ia diikuti oleh buku-buku lain terbaru gelombang Christoper Paulini,peminatnya tidak sabar menunggu karya terbaru Brisingr yang akan terbit September ini. Inilah realiti dunia buku kini, walaupun di Malaysia mungkin tidak sehebat di barat. Namun ia akan berlaku di sini tidak esok, lusa.
Book Talk juga boleh menjadi satu jenama, ikutan dan panduan bagi pembaca dalam memilih bahan bacaan. Sebagai contohnya The Oprah Book Club di Amerika dan Richard & Judy Book Club di Britain. Kedua-dua ini hanya bermula dengan Book Talk, asalnya. Namun sekarang ia sudah menjadi jenama yang mana menjadi ikutan dan panduan peminat buku dalam mendapatkan buku yang mereka minati tanpa perlukan mengambil masa panjang untuk itu.
Dengan adanya jenama ini mudah bagi mereka kerana jika mereka memasuki kedai-kedai buku terdapat beribu-ribu tajuk di situ. Di sini mereka amat memerlukan sesuatu yang boleh membantu mereka membuat pilihan tepat dan cepat sebelum ke kedai buku. Informasi yang mereka perolehi daripada book talk membantu mereka meletakkan sasaran buku mana yang akan dicapai nanti.
Manakala bagi mereka yang kurang minat membaca pula, ini boleh menarik minat mereka untuk ke kedai buku dan mendapatkan buku yang dibincangkan dalam book talk. Ini mungkin kerana topik yang terdapat dalam buku tersebut ada kena mengenanya dengan kehidupannya atau menarik minatnya.
Lebih menarik lagi kini program-program yang asalnya hanya bermula dengan book talk itu kini telah mengadakan anugerah tertentu terhadap buku yang berkualiti.
Kesanggupan saya berpunca dari sokongan berterusan dari wargakerja PTS yang membantu saya sejak dari buku pertama, itu yang pertama.
Yang kedua, saya cukup gembira setiap kali melakukan booktalk bersama Tuan Zamri Mohamad. Beliau seorang yang komited kepada semangat berpasukan sejak saya mengenalinya.
Yang ketiga, saya cukup terharu di atas keperihatinan Puan Sifu yang sanggup turun dari Janda Baik semata-mata untuk melihat saya berjaya.
Itu adalah sebahagian daripada sebab saya sanggup turun ke hampir semua program bersama PTS.
Mungkinkah kita boleh usahakan kerjasama ulasan buku di kedai-kedai buku yang dijadikan rakaman televisyen mengikut formula Oprah.
1. Ada isu (contoh: Isu Kepimpinan Muda)
2. Panel dengan nisbah 1:1:1 iaitu 1 penulis: 1 pengamal atau pakar bidang : 1 individu yang baru melibatkan diri
3. Peranan moderator menggerakkan perbincangan dari satu pihak ke satu pihak.
4. Lokasi: Kedai Buku rangkaian, di MPH Mid Valley sendiri sudah mempunyai ruang khas di tengah yang boleh digunakan. Di Borders dapat gunakan pentas kecil atau di mana-mana kedai buku dapatlah digunakan rak-rak buku sebagai props
5. Durasi: Versi internet 30 minit dipecah tiga bahagian video.
6. Bahagian penutup video, disiarkan iklan di mana hendak mendapatkan buku ini (kulit buku dan logo kedai buku terbabit)
7. Penyiaran: Youtube, jika sesuai (setelah dihasilkan sekitar 10 siri) dibawa kepada media. Jika tidak silap, siri contoh ini juga dipanggil pilot… (hmm sudah lupa)
8. Edaran offline. Pihak penerbit jadikan rakaman dalam bentuk DVD dan diberikan kepada kedai buku terbabit sebagai rakaman promosi jika ia bersesuaian. Semestinya, promosi kedai buku dan logonya diberi penekanan lebih dalam rakaman.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com
Post a comment