Tuesday, March 30, 2010

Brand adalah Kepercayaan

Brand bukan logo.

Banyak logo dikenal orang, tetapi logo itu dibenci oleh banyak yang mengenalnya, contohnya logo 'dacing'. Banyak logo yang dahulu sinonimus dengan brand tetapi sekarang sudah menjadi liabiliti.

Brand bukan nama produk.

Banyak nama produk dikenal orang, tetapi produk itu tidak dibeli oleh banyak orang. Banyak nama produk yang dahulu digemari orang sekarang sudah tidak lagi digemari orang, contohnya brand 'Kia'.

Brand bukan nama syarikat.

Banyak nama syarikat dikenal orang, tetapi bisnes syarikat itu tidak disukai oleh banyak orang.

Brand adalah kepercayaan orang. Logo yang dipercayai orang. Produk yang dipercayai orang. Nama syarikat yang dipercayai orang.

Aktiviti branding bukan mengiklankan logo, nama produk ataupun nama syarikat. Aktiviti branding adalah melakukan semua perkara yang menyebabkan pelanggan menaruh kepercayaan kepada logo, produk dan syarikat kita.

Adakah "PTS" sudah mendapatkan kepercayaan orang?

Seorang ibu dan Fan-PTS yang bernama Afidah Mohd Ali menulis komen begini dalam FaceBook: "....dengan terbitnya novel kanak-kanak dan komik PTS, sebagai ibu, saya rasa memudahkan saya untuk memilih bahan bacaan untuk anak-anak. Kalau dulu, saya perlu membaca, menapis segala bahan yang hendak dibeli tetapi sekarang saya minta mereka memilih terbitan PTS. Mereka memang sukakannya dan sudah memiliki novel kanak-kanak dan komik PTS hampir 100 buah..."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bajet RM30 Ribu bagi PTS Melancarkan Kempen Melebarkan Pengedaran Buku-buku Agamanya Previous entry: Update Kedai Buku Pustaka Munirah Kemaman
Web Sutera  on  03/31  at  05:42 AM

Assalamualaikum, Sifu Ainon dan warga PTS. Saya setuju dengan ayat “Brand adalah Kepercayaan.” Justeru kepercayaan, maka saya borong buku-buku PTS di PBAKL 2010. Justeru brand PTS, maka selepas PBAKL 2010 (Isnin, 29 Mac) saya ke kedai buku menemani anak dara saya untuk membeli buku-bukunya.

Justeru “Brand adalah Kepercayaan”, maka saya telah mengkritik buku-buku terbitan PTS, walaupun ada orang yang kurang menyenanginya.

Buku apa saya borong di PBAKL 2010? Lihat sini http://pasalbuku.blogspot.com/2010/03/pesta-buku-antarabangsa-kuala-lumpur.html

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.