Tuesday, July 24, 2007

Brand Penulis: Product-Line dan Lead-product

Penulis yang berjaya hidup sebagai penulis sepenuh masa perlu mempunyai product-line, atau barisan-produk. Antara barisan produk itu, perlu ada sebuah yang menjadi lead-product, atau raja-produk.

Syarikat F&N mengeluarkan berbelas jenis minuman bergas. Product-line F&N adalah pelbagai minuman bergas. Lead-productnya adalah "Coca-Cola".

Sarikat Ramly mengeluarkan beberapa jenis makanan segera. Product-line beliau adalah makan berproses berasaskan daging ayam dan lembu. Lead-productnya adalah "burger" Ramly.

Peter Drucker menulis banyak buku pengurusan, justeru product-line beliau adalah buku-buku pengurusan. Antara buku-buku beliau yang banyak itu, bukunya yang menjadi lead-product adalah "Management by Objective". Buku ini sudah bertaraf modern-classic sekarang.

SN Shanon Ahmad menulis banyak novel. Novelnya yang menjadi lead-product adalah novel "Ranjau Sepanjang Jalan".

SN A Samad Said menulis banyak novel, cerpen, drama dan puisi. Bukunya yang menjadi lead-product adalah novel "Salina".

Imam Ghazali menulis banyak kitab. Kitabnya yang menjadi lead-product adalah "Ihya Ulumuddin".

Imam Nawawi menulis banyak kitab. Kitabnya yang menjadi lead-product adalah "Riadhus-Solihin".

Ahmad Fadzli Yusof menulis banyak buku tip-tip kejayaan. Bukunya yang menjadi lead- product adalah "55 Petua Orang Berjaya".

Raja-produk memainkan peranan penting pada kejayaan branding. Ia menjadi pembawa bendera saudara. Sebut tajuk buku itu, orang terus percaya pada kualiti buku-buku saudara yang lain.

Apabila saudara menulis banyak buku, fikirkan buku yang mana yang saudara mahu ia menjadi raja-produk saudara.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fenomena "dunia aneh" dalam Fiksyen Spekulatif Previous entry: Meratap-ratap Mahukan Hadiah Lebih Besar
Saifuddin  on  07/24  at  12:30 PM

Puan Ainon,

Saya berpendapat, bagi ulama’ besar seperti Imam Nawawi, Imam Ghazali dan sebagainya. Mempunyai Lead Product masing-masing dalam bidang yang berbeza. Bagi orang fiqh, Lead Product bagi Imam Nawawi adalah al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, bagi hadith, mungkin Riyadh al-Salihin dan Syarh Sahih Muslim.

Manakala Imam Ghazali pula, kitab Ihya’ Ulumuddin mungkin Lead Product bagi golongan sufi dan awam, tetapi bagi ahli falsafah, Tahafut Falasifah dan Munqiz Min al-Dhalal adalah Lead Product beliau.

Apa pandangan Puan? Saya cuma memberi pandangan sahaja, mungkin juga tersalah.

.

Lead-product memang berbeza-beza bagi kategori target pengguna yang berbeza.
——-

Riduan Khairi  on  07/24  at  12:50 PM

Saya baca tulisan Nik Nazmi. Dia guna istilah ‘magnum opus’ untuk ‘product lead’ bagi buku. Betulkah istilah itu Puan Sifu?

Fable Fox  on  07/24  at  01:58 PM

Hmm… lead product saya mungkin dalam bahasa inggeris… mungkin kerana marketnya tidak besar sangat di Malaysia… mungkin akan dijual sebagai ebook / pdf secara download. Entahlah… susah juga jika menjadi lain dari yang lain ini…

Kang  on  07/24  at  03:09 PM

Di dalam jualan langsung berasaskan MLM, ia selalu disebut sebagai “killer product”. Dari mana agaknya mereka memperoleh istilah begitu…

Saifuddin  on  07/24  at  04:04 PM

Puan Ainon, jika seseorang penulis itu mempunyai pelbagai ilmu seperti ulama’ silam seperti Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Syafie dan sebagainya. Adakah dia cuma perlu menulis untuk satu-satu bidang sahaja, seperti tulisan Puan sebelum ini. Bagaimana? Saya cuma bertanya…

Terima kasih.

.

Tulis dalam satu bidang dahulu. Sesudah nama saudara dipercayai orang, tulis dalam bidang lain, lepas satu bidang, satu bidang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/24  at  11:52 PM

Puan,

Assalamu’alaikum.  Adakah ‘lead product’ itu merupakan buku pertama seseorang penulis itu?

Dan adakah ‘lead product’ berdasarkan tema atau genre?

Contohnya (maafkan saya kerana mengambil contoh diri sendiri) saya telah menulis sebuah buku panduan fasilitator.  Kemudian saya ingin menulis jibunsyi yang turut menyelitkan bagaimana saya boleh terlibat dalam bidang pemudahcaraan semasa di universiti, dan kemudiannya saya ingin menulis novel bersiri (ala Harry Potter dan Naruto - yang mempunyai ‘establishment’ berdasarkan tema mereka - magic dan ninja) berkisarkan organisasi fasilitator.  Adakah boleh ia dianggap sebagai lead product?

.

Lazimnya lead-product itu adalah buku pertama yang ditulis. Tetapi itu “lazimnya”. Ia menjadi lead product disebabkan buku itu mempelopori bidangnya.

Buku “55 Petua Orang Berjaya” oleh Fadzli Yusof menjadi lead product buku-buku beliau disebabkan sebelum itu tidak ada buku panduan seperti itu.

Buku “Rahsia Kejayaan Bisnes Orang Cina” oeh Ann Wan Seng menjadi lead product buku-buku beliau, disebabkan sebelum itu belum ada buku bertemakan rahsia bisnes.

Fadzli Yusof  on  07/25  at  07:33 AM

Assalamualaikum,

Saya rasa sesuatu produk boleh menjadi ‘lead product’ apabila ia mengena dengan fitrah ‘positioning + branding + marketing’ yang sedia wujud.

Adakalanya ia dirancang dengan baik, adakalanya tidak sengaja. ‘Lead product’ untuk Akademi Fantasia ialah Mawi, dan apabila saya meneliti buku Blue Ocean Strategy, Mawi boleh dijadikan contoh untuk ‘Canvas Strategy’ dalam buku Blue Ocean tersebut.

Mawi boleh menjadi tsumawi kerana industri AF belum ada produk seperti itu. Kalau selepas ini ada peserta yang ada ‘value’ yang sama seperti Mawi, sukar untuk menjadi ‘lead product’ kerana sudah ada Mawi.

Sdr Irfan Khairi mencadangkan saya membaca buku Jack Trout dan Al Rice tentang perkara ini. Saya juga dengan rendah hati ingin mencadangkan cadangan beliau itu kepada rakan-rakan semua.

Semoga memberi manfaat kepada semua smile

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: