Tuesday, November 21, 2006

Branding dan Surah Yusuf: Mengapa Novel Saudara Perlu Masuk Sekolah

Nama saudara dapat dijadikan BRAND. Nama penulis menjadi BRAND apabila orang membeli sesuatu buku itu disebabkan dia menghargai nama pengarangnya.

Brand mempunyai tempoh hayatnya. Brand yang dikenali oleh suatu generasi belum tentu dikenali oleh generasi berikutnya.

Ambil kes ini sebagai contoh: Nama Azizi Hj. Abdullah adalah salah satu nama besar dalam sastera Melayu moden. Bagi generasi SifuPTS, siapa yang tidak kenal nama itu. Beliau banyak menerima anugerah.

Pada suatu masa pengetua sebuah sekolah mengundang beliau memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolahnya.

Apabila Azizi bertanya kepada pelajar-pelajar yang hadir, siapa kenal karya-karyanya, tidak seorang pun yang kenal. Tidak ada yang pernah mendengar nama 'Azizi Hj. Abdullah' sebagai nama seorang sasterawan. Pengetua sekolah itu kenal nama beliau, tetapi pelajar-pelajar itu tidak kenal.

Kes Azizi Hj. Abdullah bukan kes yang unik. Majoriti nama-nama sasterawan seangkatan dengan Azizi mengalami nasib yang serupa. Pelajar-pelajar sekolah hari ini tidak kenal mereka.

Faktor utama yang menimbulkan situasi ini adalah disebabkan karya-karya mereka tidak ada di dalam perpustakaan sekolah. Inilah yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak kenal dan tidak dapat membaca karya-karya mereka.

Walaupun Azizi Hj. Abdullah mempunyai banyak karya, karya-karya beliau tidak lagi diulangcetak dan dipasarkan ke perpustakaan sekolah.

Suatu hari nanti sudara mungkin mengalami nasib seperti sasterawan Azizi Hj. Abdullah. Pada hari ini novel saudara mungkin laku keras, tetapi 10 tahun dari sekarang, pelajar-pelajar sekolah menengah mungkin tidak kenal nama saudara.

Sepuluh tahun dari sekarang, bagaimanakah caranya hendak menjual novel saudara kepada pembeli yang tidak kenal nama saudara? Sedangkan 10 tahun dari sekarang sudah banyak nama-nama kontemporari yang terkenal, yang menguasai pasaran semasa.

Sebagai penulis, saudara perlu memilih penerbit yang buku-bukunya mendapat kepercayaan guru-guru, dan dengan demikian buku-buku penerbit itu banyak dijual ke perpustakaan sekolah, supaya karya saudara dibaca oleh pelajar.

Lebih awal kanak-kanak membaca buku-buku saudara, itu adalah lebih baik.

Pelajar yang sudah kenal nama saudara sejak di bangku sekolah menengah atas, apabila mereka sudah bekerja, mereka akan membeli karya-karya terbaru saudara. Nama saudara sudah menjadi BRAND dalam memorinya.

Apabila mereka mempunyai anak kecil yang sudah pandai membaca, mereka akan membelikan buku-buku yang pernah dibacanya sewaktu mereka masih di sekolah rendah! Nama saudara sudah menjadi BRAND dalam memorinya.

Apabila dia mempunyai cucu, dia akan membelikan buku saudara sebagai hadiah untuk bacaan cucu-cucunya. Pendeknya, seorang nenek yang membaca buku "Cinderela" sewaktu dia kecil, dia akan membelikan buku cerita itu untuk anaknya, dan kemudian untuk cucunya.

Tulislah buku-buku evergreen bagi pasaran perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Dengan cara ini saudara sudah mencipta nama saudara sebagai BRAND dalam otak peminat saudara sejak mereka masih kecil lagi.

Sejak di sekolah rendah mereka sudah membaca buku cerita karangan saudara. Apabila naik ke sekolah menengah, buku saudara pun ada dalam perpustakaan dan mereka membaca karya saudara.

Apabila mereka keluar sekolah dan memasuki alam pekerjaan, apabila mereka pergi ke kedai buku, percayalah mereka akan beli karya-karya saudara yang ada dalam kedai buku. Tingkah laku ini disebut dengan istilah 'brand loyalti'.

Ini adalah strategi kerja jangka masa panjang. Ini adalah vision yang mendorong saudara menulis buku-buku cerita evergreen, yang dapat diulang cetak setiap tahun, selama berpuluh-puluh tahun.

Banyak buku hayat jualannya amat singkat. Ia cuma dapat dijual semusim. Habis musim ia menjadi 'buku lama'. Selepas 10 tahun ia menjadi 'buku buruk'. Buku-buku seperti itu adalah buku yang tidak bertaraf harta intelek.

Buku-buku yang evergreen akan dapat dijual kepada beberapa generasi. Buku jenis inilah yang disebut harta intelek.

Sebagai harta buku-buku itu membawa pulangan yang berpanjangan, malah royaltinya dapat diwariskan kepada anak cucu. Justeru, jangan terpilih penerbit yang membeli ataupun 'merampas' hakcipta karya saudara.

Strategi kerja bagaimana menghasilkan karya untuk pasaran dewasa dan remaja sekaligus dan serentak sudah diterangkan kepada mentee-mentee Sifu yang mengikuti bengkel jibunsyi.

(a) Ikut model kisah Nabi Yusuf, yang plot ceritanya bermula sejak beliau 8 tahun.

(b) Tulis novel jibunsyi saudara menggunakan KJ Method.

(c) Tiru gaya bahasa tinggi seperti yang digunakan dalam Surah Yusuf, sebab Bahasa Tinggi itu mempunyai hayat evergreen.

Jangan menulis dengan mengikuti prinsip-prinsip, teknik serta gaya bahasa ciptaan akal manusia semata-mata, dan menolak model yang Allah sudah tunjukkan dalam Quran.

Allah lebih mengetahui strategi dan cara kerja yang menghasilkan karya hasanah yang evergreen. Kita ikut sahaja strategi dan teknik-teknik ciptaan Allah itu.
.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(21) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menulis adalah Menulis Semula Previous entry: Arahan Sifu! Mesti Hadir Kelas Tambahan
alang kelana  on  11/22  at  12:38 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Alangkah gembiranya cucu-cicit kita bila dia masuk sekolah nanti dan dia jumpa buku yang datuk dan moyang dia tulis di dalam perpustakaan sekolah:

(1) “Wow, ini buku Komunikasi Intim nenek saya yang tulis..”
(2) “Buku Travelogue ini banyak yang atuk saya tulis..”
(3) “Eh, buku jibunsyi banyak yang atuk & moyang saya yang tulis..”
——-

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  01:13 AM

Sheikh Alang,

Betulkan buku “Komunikasi Intim” ada dalam perpustakaan sekolah rendah? Itu barangkali dibeli dengan menggunakan peruntukan membeli buku2 pelajar, tetapi untuk bacaan guru-guru perempuan. Itu penyalahgunaan duit sekolah tuh!

ez  on  11/22  at  02:41 AM

Semakin banyak saya menulis menggunakan prinsip Surah Yusuf semakin terasa keindahannya. lebih-lebih lagi menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  05:51 AM

Puan EZ,

Apabila saya ulang baca jibunsyi Mohd Rasul, semakin menusuk kalbu novel itu. Setiap orang wataknya begitu hidup, macam saya nampak mereka di depan mata saya!

Zamri Mohamad  on  11/22  at  08:13 AM

Saya suka dengan ayat ini)

“Jangan menulis dengan mengikuti prinsip-prinsip, teknik serta gaya bahasa ciptaan akal manusia semata-mata, dan menolak model yang Allah sudah tunjukkan dalam Quran.

Allah lebih mengetahui strategi dan cara kerja yang menghasilkan karya hasanah yang evergreen. Kita ikut sahaja strategi dan teknik-teknik ciptaan Allah itu.”

Puan saya ada persoalan,

1. Sekarang ada dua jenis pengukuhan branding. Satu branding penerbit dan satu lagi branding penulis. Bolehkah jika saya katakan begini.

(1) Branding penerbit yang bagus dalam pasaran pembaca. Walau siapa sahaja penulisnya, selagi mana dia dibawah brand tersebut, jualan buku bergerak. Begitulah sebaliknya.

(2) Bagaimana penulis boleh bekerjasama untuk memastikan kepercayaan pembaca timbul terhadap brand nama penulis dan penerbit serentak?

(3) Puan menyentuh tentang mengukuhkan brand penulis dan karyanya dalam perpustakaan sekolah. Bagaimana pula mengekalkan brand kita bagi pasaran kedai-kedai buku yang berubah-ubah?

(4) Berdasarkan pemerhatian puan, apakah corak yang dialami bagi kategori-kategori buku Melayu dalam pasaran. Corak permintaan pembaca terhadap buku bisnes, motivasi, perhubungan dan lain-lain. Pernahkah berlaku perubahan samada mendadak dari segi turun naiknya, konsisten, atau adakalanya turun sedikit dan naik sedikit.

Terima Kasih Puan.
smile

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  12:21 PM

Sdr Zamri,

Baik BRAND penerbit mahupun brand penulis, kedua-duanya bagus dibangunkan bersama-sama dan serentak.

Paling baik adalah penulis ada brand menulis dengan penerbit yang ada brand!

Katakanlah, PTS adalah BRAND buku-buku yang mutu bahasanya terjaga rapi, dan isi kandungan buku-bukunya mematuhi syariah. Di satu sisi lain nama ZAMRI adalah sinonim dan sudah jadi brand penulis motivasi bahagia yang tip-tipnya mujarab. Regu PTS-ZAMRI saling memperkukuh. Sesiapa yang nampak buku ZAMRI terbitan PTS tidak ragu-ragu lagi bahawa kualiti semua buku beliau berkualiti!

Tapi bayangkan kalau satu hari nanti, buku yang menggunakan nama ZAMRI diterbitkan juga oleh Penerbit T&T Sdn. Bhd. yang juga menerbitkan novel-novel asmaradana, selepas itu apakah persepsi orang tentang brand ZAMRI?

rastom  on  11/22  at  01:49 PM

Puan SifuPTS,

Hai susahnya nak memantau komen-komen yang relevan sejak berwajah baru. Saya harap sangat ciri “Komen Terkini” yang dahulu itu diaktifkan balik. Boleh?

mohamad kholid  on  11/22  at  02:02 PM

saya pernah mengikuti satu forum yang dianjurkan oleh pensyarah ask - tentang penulisan untuk perpustakaan sekolah oleh penerbitan flow.  rupanya dia beli karya tunai dan pasarkan ke perpustakaan sekolah dengan harga yang murah.  penerbit itu menjelaskan tred itulah yang berjalan di perpustakaan sekolah sekarang - sejak hampir 20 tahun lalu.  nampaknya pts perlu memecahkan monopoli penerbit seperti itu…

alang kelana  on  11/22  at  02:20 PM

Puan Sifu, Pak Rastom, Puan EZ, et al,

Bila brand sudah terkenal, ke mana pergi orang akan kenal, hendak sorok pun tak dapat.

Sepertimana Sdr Kassim Selamat tetap dikenal oleh Mamak Manager Musik apabila mendengar tiupan sexafon Sdr Kassim Selamat yang mendayu-dayu itu, walaupun Sdr Kassim telah tukar namanya kepada Osman Jailani… (petikan dari filem ‘Ibu Mertuaku’; pengarahnya Allahyarham Tan Sri P Ramlee)

alang kelana  on  11/22  at  02:32 PM

“,,,,Tulis novel jibunsyi saudara menggunakan KJ Method…”

Memang saya akan gunakan KJ Method, Puan Sifu, tetapi sebelum boleh berbuat begitu,saya mesti ikut “ABC Method” dulu grin ..iaitu cara satu episod lepas satu episod..sampai sudah tahap mahir, baru boleh melompat-lompat cara KJ itu…

Umpama Puan EZ & Pak Rastom sudah tahap pemandu F1 & Superbike 500cc, saya masih tahap lumba g—cart dan Mat Rempit di malam minggu lagi…ehehehe..kena lebih lagi dikursuskan di bengkel2 PTS…

rastom  on  11/22  at  02:45 PM

Tuan Alang,

Apa? Saya pun kelam dengan apa itu KJ? Khalid Jafri? Khalid Jaffar, Khairi James? ishhhk…..tapi kalau bab non-linear memang saya pandai, yakni lompat melompat baca buku mula dari halaman belakang grin

fudzail  on  11/22  at  06:42 PM

Saya amat berminat untuk mengikuti kursus jibunsyi, walau jibunsyi sendiri masih tersangkut disebabkan kerja yang banyak (alasan…).
Saya bersetuju dengan permulaan branding dari bangu sekolah, zaman 70han dulu saya baca banyak buku terjemahan enid blyton dan memang membawa kesan berpanjangan.

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  10:02 PM

Tuan Rastom,

Pakar IT kita, Sdr. Fauzul sibuk kot, ibunya masuk hospital Temerluh, bedah mata, tukar lensa. Malam tadi saya telefon En. Arief, beliau ada di hospital, tentu tengok ibu Sdr. Fauzul. Mereka berdua bersahabat karib sejak di UM.

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  10:20 PM

Tuan2 dan Puan2 yang bertanyakan apa itu KJ Method,

KJ itu singkatan nama Kawakitajiro, nama pencipta kaedah ini di Jepun. Di Jepun, nama Kawakitajiro serupa maqam-nya dengan nama Edward de Bono di negara2 yang menggunakan BI.

Buku2 kreativiti yang ditulis dalam bahasa Jepun tidak menyebut de Bono, tetapi tidak ada yang tidak menerangkan kaedah KJ. KJ method digunakan untuk 3 aktiviti utama, yakni mencipta idea baru, menulis dokumen panjang, dan menyelesaikan masalah.

Saya belajar KJ Method ini (bayar pakai duit sendiri) di Singapura. Yuran S$1,800. Sekarang saya ajarkan ilmu ini percuma kepada semua mentee SifuPTS.

Prinsip pokok dalam KJ Method adalah: Gunakan proses berfikir non-linear. Gunakan intuisi. Gunakan emosi. Gunakan multi-direction.

Apabila berfikir menggunakan KJ Method, kita juga menggunakan teknologi berfikir. Nama teknologi berfikir KJ Method adalah “card-and-storyline”. Ini sangat berbeda dengan cara konvensional apabila menulis novel-novel kovensional di mana penulis berfikir tetapi tidak menggunakan teknologi berfikir.

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  10:23 PM

Sheikh Alang,

Ejaan yang betul “seksafon” bukan “sexafon”. Tuan suka betul dengan 3 huruf s-e-x ya!

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  10:26 PM

Tuan Kholid,

Kalau saya cerita panjang lebar mengapa pusat sumber penuh sesak dengan buku cerita tidak berkhasiat, nanti orang kata, BPR tak buat kerjakah….

Perkara ini sudah saya tulis. KLIK sajalah pada kategori BUKU SEKOLAH dalam web ini. Di situ sudah saya bayang-bayangkan sikit-sikit.

Puan Ainon Mohd.  on  11/22  at  10:31 PM

Tuan Fudzail,

Sdr yang sedang hidup sebagai Melayu diaspora elok sangat menulis travelogue juga. Sdr banyak menulis cerpen di akhbar. Sdr perlu mula branding-kan nama sdr di pusat sumber sekolah rendah.

Bersahabatlah dengan Sheikh Alang. Tavelogue beliau sudah selesai ditulis, sedang disusun storyline-nya. Bagus buangett travelougenya itu.

rastom  on  11/23  at  10:48 AM

Puan Ainon,

Seksafon? Eh, seksa sungguh, saya ingat seksofon. Rupanya begitu kaedah KJ, macam improvisasi juga ya? Menarik! Saya suka kaedah ini sebab ada kena mengena dengan kaedah muzik jazz.

alang bidara  on  11/23  at  01:24 PM

Emm, sudah jauh bercabang-cabang cerita mengenai alat musik, yang pada mulanya saya membangkitkan branding tentang bagaimana Sdr Kassim Selamat berjaya melakukan branding terhadap tiupan alat musiknya yang begitu asyik sehingga ramai wanita yang terpikat kepadanya hanya dengan mendengar musiknya, termasuk Sabariah.

Cuma saya belum tentu akan mencapai tahap sebegitu dengan travelogue saya, sehinggakan bila peminat wanita boleh terpikat dengan Sheikh Alang Sudan hanya dengan membaca ttavelogue saya…eheheh :-:

Puan Ainon Mohd.  on  11/23  at  02:22 PM

Tuan Rastom!

Percayalah, persepsi tuan tidak pernah menjemukan saya! Seksa! (Mengapa saya tidak nampak itu, ya?)

Tuan sungguh punya kepintaran perseptif (perceptive intelligence) yang tajam. Berkali-kali komen tuan memeranjatkan saya.

alang kelana  on  11/23  at  03:11 PM

“seksa-fon” boleh digunakan oleh mereka yang merasa ter-seksa bila mendengar tiupan alat musik berkenaan.

“sekso-fon” boleh digunakan oleh mereka yang suka mendengar alat musik berkenaan…(“O…sekso-fon…..saya suka mendengarnya…!!)..eheheh

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.