Macam-macam Lagi Gosip Perihal Projek Pembelian Buku oleh BTP
Cara kerja yang digunakan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bagi projek pembelian buku 2007 untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah seluruh negara memang menyebabkan banyak penerbit dan penulis buku tidak puas hati. Isunya adalah majoriti buku yang dipilih itu adalah buku-buku penerbit "cap ayam" dan penulis "cap ayam".
Bukan semua kontraktor yang masuk projek BTP puas hati dengan cara kerja bahagian itu. Berpuluh-puluh kontraktor masuk tender, masing-masing mencadangkan buku-buku masing-masing. Hanya kontraktor yang buku-bukunya terpilih sahaja yang puas hati.
Ada gosip yang dijaja oleh seorang kontraktor yang amat tidak puas hati, yang mengatakan:
(1) Dalam senarai judul yang dipilih oleh BTP itu termasuk juga judul-judul buku yang terbit hampir 30 tahun yang lalu, khususnya tahun 1981 dan 1982!
(2) Terdapat 7 judul buku cerita arnab, 5 judul buku cerita ayam!
Kata seorang kontraktor yang marah-marah, "Kalau pun betul cerita arnab itu bagus, takkan sampai 7 buku cerita arnab. Satu buku cukuplah. Carilah cerita-cerita lain juga. Entah berapa pula judul buku cerita tentang Pak Pandir dan Mak Andeh!"
Kata kontraktor itu lagi, "Orang sudah ke angkasa, tetapi budak-budak sekolah kampung masih terus disogokkan dengan cerita-cerita arnab dan ayam. Macam mana budak kampung hendak berminat pada bahasa Inggeris, matematik, sains dan teknologi!"
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam ibu,
Saya lebih merasakan kekecewaan itu memungkinkan mereka yang tidak puas hati mencari sebab-musabab lain selain dari kegagalan mereka sendiri - ini satu penyakit biasa.
Tahniah buat PTS kerana dari “info” yang saya ada, tersenarai “boleh tahan” juga jumlah judul yang terpilih. Tentunya ini bukan hasil dari penerbit dan pengarang cap ayam.
Kita perlu sentiasa positif dan berusaha dengan lebih jika gagal mahupun berjaya dalam usaha-usaha kita.
salam…
Rasa tidak puas hati memang tak dapat dipinggirkan. Saban tahun kita berusaha terbitkan buku yang bermutu tapi kes seperti ini yang berlaku! Kecewa sebenarnya! Entah bila keadaan ini akan berubah sepenuhnya. Teman di BTP pernah bercerita…mereka menilai dan mereka tahu banyak buku yang tersenarai bak melepas batuk di tangga. Dengan fakta yang salah dan berputar belit. Di samping yang sudah ketinggalan zaman seperti di era zaman batu.
Maaf, geram sebenarnya!
Salam.
Saya rasa kita perlu kembali ke asal dan ingat semula mengapa kita terbitkan buku yang bermutu. Adakah untuk disaluri ke BTP semata-mata?
Teruskan usaha. Kita perlu tabah dan tidak berputus asa. Saya ingat kata-kata ibu Ainon dan kita lihat sendiri betapa PTS menerbitkan buku-buku yang bermutu untuk pasaran terbuka. Dan kini, berdikit buku-buku PTS menembusi tembok-tembok birokrasi ini - melalui wakil-wakil dan agen jualannya.
Orang kata mata pena lebih tajam dari pedang. Saya beranggapan buku-buku yang berpena tajam ini bermutu seperti tukul yang berdikit menghentak tembok-tembok kotor ini.
Geram biasa…saya pun begitu, tetapi tidak harus membiarkan rasa itu menguasai. Marilah kita sama-sama memandaikan bangsa (dengan terbitan bermutu kita) agar perkara sebegini tidak ada lagi di masa hadapan, insyaAllah.
Post a comment