Thursday, June 29, 2006

BTP dan Rempah India



Setiap tahun akan ada sekurang-kurangnya 3 ataupun 4 peraduan dan sayembara penulisan kreatif. Menganjurkan peraduan penulisan kreatif memakan belanja besar, sekurang-kurang RM150 ribu.


Kos paling tinggi adalah belanja mengadakan majlis penyampaian hadiah di hotel dengan mengundang PM, ataupun TPM, sekurang-kurangnya menteri. Apabila majlis itu besar barulah media massa menghantar krew masing-masing bagi membuat liputan, barulah penaja mendapat publisiti dalam media massa, barulah berbaloi wang yang dibelanjakan.


Kos kedua yang tinggi adalah hadiah-hadiah yang ditawarkan. Kalau campak kacang, monyetlah yang datang, kata pepatah. Bagi mengumpan penyertaan daripada kalangan penulis-penulis besar, hadiah yang ditawarkan mesti besar.


Kos ketiga yang besar adalah kos mengendalikan proses penghakiman. Panel hakim mestilah terdiri daripada nama-nama besar, antara barisan panel mesti ada profesor-profesor, jika tidak prestij hadiah itu cacat dan dianggap tidak kredibel. Orang-orang besar hanya layak mengadakan sesi mesyuarat penilaian di resort-resort mahal! Itu belum termasuk honorarium yang dibayar bagi perkhidmatan mereka.


Inilah faktor yang menyebabkan hanya korporat-korporat besar seperti DBP, bank-bank, kerajaan negeri, dan syarikat minyak yang bergabung dengan badan-badan bahasa dan sastera, yang mampu menaja peraduan seperti ini.


Apabila beberapa hari yang lalu ada pertandingan menulis cerita diiklankan dalam sebuah akhbar Melayu oleh penganjur yang tidak mahu pun menyebutkan namanya, para penulis perlu berhati-hati daripada tertipu.


Penganjur itu menghendaki supaya cerita-cerita yang ditulis itu memenuhi kriteria Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Cerita-cerita itu pula mesti dihantar ke satu alamat, di mana alamat itu tidak menyatakan siapa yang ada di alamat itu, adakah ia alamat persatuan ataupun syarikat ataupun apa.


Wakil kita sudah membuat siasatan dan didapati alamat itu adalah alamat sebuah syarikat yang antara kegiatannya adalah mengimpot dan mengedar rempah-ratus dari India.


Mengapakah agaknya sebuah syarikat rempah-ratus mengadakan pertandingan menulis cerita yang memenuhi kriteria BTP? Ada sesiapa dapat terangkan?



 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(43) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dialog yang Indah: Prinsip Surah Yusuf Previous entry: Memilih Hero: Prinsip Surah Yusuf
buku 555  on  06/29  at  07:52 AM

Kura-kura dlm perahu….
——-

annyss  on  06/29  at  07:56 AM

Puan Ainon,
Duit punya pasal, syarikat belacan pun kalau boleh nak anjurkan pertandingan juga. Asalkan nanti hasilnya lumayan.
Seperti Puan, saya juga bimbang dengan tawaran syarikat itu. Kebimbangan saya bermula dari hadiah itu sendiri. Mungkinkah hadiah itu nanti, akan bertukar menjadi satu tawaran untuk membeli hak cipta pengarang? Pengarang yang telah memenangi peraduan itu kelak akan putih mata kerana hadiah yang diterima itu akan menjadi semacam ‘tiket’ untuk membeli hasil karya penulis.

Bukan kita mengatakan bahawa syarikat itu memang sah hendak menipu, tetapi, hati-hatilah…

mesin taip burok  on  06/29  at  08:25 AM

Kpd Anyss, kalau tak ada niat nak tipu, kenapa penganjur pertandingan tu takut nak letak nama syarikat? rupa-rupanya ada juga penjual rempah bertopeng penerbit dapat supply buku utk BTP…

rozilawati  on  06/29  at  08:33 AM

BTP mesti buat lawatan ke alamat pajabat semua yg masuk tender utk memastikan syarikat yg betul2 penerbit sahaja yg dapat kontrak. Tapi jangan hantar pegawai BTP sendiri, nanti disogok dengan hadiah rempah bergoni2… mesti ada wakil BPR dlm rombongan tu.

mmk pineng  on  06/29  at  08:43 AM

Kaskas ada?

ex-bbt  on  06/29  at  09:08 AM

Utk pengetahuan Rozilawati idea hantar ahli2 rombongan pemeriksa ke pejabat2 penerbit sudah dijalankan oleh BBT, dlm rombongan itu ada konsultan2 luar yg dibayar mahal, lepas lawatan laporan rasmi disediakan tapi sampai masa pemilihan, laporan itu tak laku, penerbit Melayu yg kuat tak dapat kontrak, penerbit syarikat belacan yang tak ada pejabat pulak dapat kontrak juta2. Abih ‘cam nor???

Roslili  on  06/29  at  09:20 AM

Puan Ainon, syarikat rempah India anjurkan pertandingan utk buku2 BTP sebab BTP suka kari kot!

Anonymous  on  06/29  at  09:43 AM

Mamak! Kapla ikan satu! Taruh kaskas lebih sikit!!! BTP mauu….

aci pineng  on  06/29  at  10:30 AM

Apa pasal 1 kapla ikan saja? Dey! Saya 1 tongkang pon boleh kasi…. asal dapat kontrek la!

mamak kitol  on  06/29  at  11:22 AM

Menteri Pelajaran hendak memperkasakan sistem pendidikan dalam aliran kebangsaan, tetapi jika syarikat pengimpot rempah India pun dapat kontrak membekalkan buku-buku utk bacaan pelajar2 di sekolah kebangsaan, cuma poket mamak2 itulah yang semakin perkasa. Bolehkah pekerja2 yang cuma kenal bau serbuk kunyit dan bau kaskas menerbitkan buku2 pendidikan berkualiti taraf dunia?! Fikirkanlah…..

melayu pineng  on  06/29  at  12:11 PM

Dey! Aci Pineng! Ooo… Awak lawan mmk pineng sapa bole kasi lebe ah? Ini misti awak sudah biasa kasi lebe… patut la awak satu orang slalu kontrek dapat… Awak print buku Indian Edition di sini, komdian awak charge kemnetrian harga import dr UK ha? Ini macam kaluuu, banyak baik punya bisnes! Cittt!!!

aci pineng  on  06/29  at  02:14 PM

Dey! Melayu Pineng! Bukan saya satu orang bikin ini kerja. Kontrektor lain pun bikin jugaaa. Kita ikut saja. Semua kontrektor sudah lama tau ini trick! Sapa bodoh mau impot buku ori dari UK?! Beli satu, cetak semula di Cheras laaa…. lagi morah. Kualiti pon sama juga! Lagi mau morah, bole print di India laaa… Cittt!!!

Anonymous  on  06/29  at  04:18 PM

Betullah! Di mana ada bangkai di situ langau banyak menghurung! Bagaimanakah langau-langau ini diharapkan dapat membantu kerajaan membangunkan sistem pendidikan kebangsaan bertaraf dunia…. dunia langau bolehlah!

Norziati  on  06/29  at  06:22 PM

saya pun perasan iklan tu dan bercita-cita mahu beritahu Puan, mujurlah Puan sudah ambil lagkah awal mewar-warkan kedurjanaan mereka.
Bagi yang tahu seperti kita, selamatlah kita dari di tipu. Bagi yang tidak, entah lah. Tanggungjawab kita untuk memberitahu mereka….

lutfi  on  06/29  at  11:08 PM

ya zaman sekarang banyak topengnya, politiknya. namun, ada juga badan penerbit yang sudah besar buat lawak. contoh terbaru: nama faisal tehrani digugurkan daripada dijadikan pembimbing mastera dan digantikan dengan ahadiat akashah oleh dbp. samalah tu dengan penjual rempah…..apa dah jadi….

peminat buku cabul  on  06/30  at  06:50 AM

Apa? DBP melantik Ahadiat Akashah, seorang penulis sastera cabul menjadi pembimbing penulisan di Majlis Sasterawan Nusantara (Mastera)?!!! Penulis2 buku cabul Indonesia jauh lebih hebat drpd wakil DBP tu!!! Dah nyanyuk Dr. Firdaus Abdullah kot….. itulah… korang amek profesor pencen yg tak minat buku cabul… inilah jadinya. Dia tak tau Ahadiat Akashah tu penulis cabul!!

pemerhati DBP  on  06/30  at  08:10 AM

Siapa Ahadiat Akashah? Sastera cabul Indonesia punya Ayu Utami (240 posting dlm blog!) penerima anugerah sastera tertinggi di Belanda. Dia bangkit menentang usaha kerajaan Indonesia meluluskan akta anti-pornografi, katanya akta itu tidak ada kena-mengena dengan usaha mengekang pornografi, tetapi adalah usaha golongan penguasa politik mengontrol kebebasan rakyat. Dalam dunia sastera cabul Malaysia, apa perjuangan Ahadiat Akashah? Tidak terfikir bagaimana DBP boleh memilih si penulis cabul kelas kurapan membawa nama negara ke Mastera. Selepas 50 tahun, ini yang dilakukan oleh DBP ke atas maruwah sastera Melayu!

Anonymous  on  06/30  at  08:15 AM

Gila betul DBP… itulah pilih orang tak betul dok kat atas. Kesian… nyanyuk agaknya firdaus tu

aci pineng  on  06/30  at  09:19 AM

Dey! Firdaus tu PHDnya ekonomi la beb, bukan sastera, pasai tu dia tak kenai mana buku cabui mana sastera. Cittt!

Roslili  on  06/30  at  10:03 AM

Puan Ainon, berkenaan penulis buku-buku cabul dilantik mewakili Malaysia di Mastera, tidakkah puan boleh hubungi Dato’ Johan Jaaffar Pengerusi DBP yg baru dan kemukakan bantahan kpd beliau? Perkara ini amat serius dan mengaibkan negara.

spy satu mato  on  06/30  at  10:35 AM

Puan Ainon, ini ada gosip yg belum dpt disahkan. Syarikat rempah ratus tu dulu ada anak syarikat yg terbit buku2 cerita utk sekolah. Satu masa dulu dia pernah tipu kontrak, dia reprint buku2 lama, tukar cover saja. Kemudian pecah tembelangnya. Kena blacklist, tapi dia dah buat untung banyak. Dia buka anak syarikat baru pulak. Pakai nama syrkt baru dia dapat masuk tender lagi. Bukan susah nak tipu gomen. Sekarang penipu ni nak tipu penulis2 pulak dgn menganjurkan pertandingan tapi tak mahu letak namanya. Kalau dah penipu, mcm anjing, dah biasa makan taik, kalau tak makan dihidunya juga. Penipu2 ni tentu ada org dlm bantu dia menipu, sama2 suka makan taik…..

spy satu mato  on  06/30  at  10:35 AM

This post has been removed by a blog administrator.

Puteri Daluwarsa  on  06/30  at  03:29 PM

agaknya hasil penulisan pertandingan itu akan dibukukan untuk dijual ke BTP.

dugong  on  06/30  at  05:05 PM

Melaka jatuh oleh Si Kitol! Sistem pendidikan aliran kebangsaan lingkup oleh…

spy satu mato  on  07/01  at  10:59 AM

Ini gosip terbaru! Kononnya ada pegawai dlm BTP yg hendak mengumpul modal bisnes selepas pencen sebanyak 2.4j. Dia dah kong-kali-kong dgn penerbit yg bukunya dipilih walaupun buku2 itu taraf belachan….

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: