Thursday, September 30, 2010

Budaya Kerja PTS: Pengurus Duduk Sama Rendah

Jabatan Editorial di PTS mengamalkan gaya pengurusan Islamik dalam perkara tempat duduk pegawai-pegawainya. (Nabi Muhammad tidak menggunakan bilik pejabat.)

Pejabat editorial mengamalkan konsep 'open office' yang benar-benar open. Semua pengurus anak syarikat menggunakan meja dan kerusi yang serupa dengan pegawai-pegawai.

Malah pengurus-pengurus di jabatan editorial tidak mempunyai ruang private. Jangankan bilik, dinding pemisah pun tidak ada di antara ruang pejabat pengurus dengan ruang semua staf.

Foto di atas menunjukkan sebahagian ruang pejabat PTS Millenia Sdn. Bhd.. Lelaki yang duduk di tepi dinding itu adalah Tn. Ikram Nor Wazir, pengurus anak syarikat itu. Lelaki berkaca mata itu adalah Tn. Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M. Yang duduk di tengah-tengah itu adalah pelajar praktikum dari UiTM.

Manfaat ruang kerja yang Islamik adalah:

(i) Proses free-low informasi yang efisien, yakni informasi dapat beredar dengan sangat mudah.

(ii) Meningkatkan kualiti kerjasama, saling faham memahami, dan saling bantu membantu.

(iii) Meningkatkan ketelusan proses membuat keputusan.

(iv) Meninggikan produktiviti.

(v) Mengurangkan kesilapan.

Foto di bawah menunjukkan sebahagian pejabat terbuka PTS. Lelaki di hadapan itu adalah Tn. Mohd. Yusry, editor pendidikan di PTS Professional Sdn. Bhd.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: TOP 30 September 2010 Previous entry: Datuk Seri Idris Jala Menolak Pendapat bahawa Bahasa Inggeris adalah Syarat Wajib Kemajuan Negara

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.