Wednesday, April 23, 2008

Tip-tip Memilih Design Cover Buku: Bukan Buku Masakan

Di sebuah kedai buku di kompleks Subang Parade, buku nomik (novel+komik) ini diletakkan di rak buku masakan.

Kepada mentee-mentee Sifu, soalan tutorial hari ini: Apakah elemen pada cover buku ini yang menyebabkan penyusun buku di kedai itu meletakkannya di rak buku masakan?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Karya Terbaru Abd. Latip Talib Previous entry: Corat-coret Pesta Buku: Cerita Sedih
Zamri Mohamad  on  04/23  at  03:39 PM

Cerek, cawan dan dapur.

http://www.motivasimindamu.blogspot.com

xara  on  04/24  at  10:38 AM

Teori saya:
1- Rak lain penuh. Hanya rak buku masakan sahaja yang kosong.
2- Budak-budak nakal mengalihkan buku tersebut ke rak masakan.
3- Pembantu kedai itu rabun. Kalau ya pun, takkanlah tidak terbelek langsung buku tersebut. Kalau buku novel Chef diletakkan di rak masakan, mungkin logik juga.

faizul darius  on  04/25  at  03:54 PM

Bila saya pergi kedai buku. semua rak buku dipenuhi dengan buku keluaran PTS. Mungkin buku komik ini tiada tempat, so dia letak pada rak buku masakan sebab ada objek cerek kot(kelakar). Mustahil tidak nampak tajuk besarnya ORANG KUAT. Tiada langsung kene mengena dengan masakan. Ya, mungkin budak nakal yang mengalihkannya. Sabotaj?

Amiene R.ev  on  04/27  at  11:24 PM

Saya bersetuju dengan semua pandang yang dikemukakan di atas. Pemerhatian saya yang terkini.

Sebab buku-buku PTS terlalu banyak di kedai-kedai buku sehingga ada yang disusun bertingkat-tingkat macam bangunan tinggi.

Saya juga berpendapat, penyusun buku itu sudah pening kepala kerana terlalu banyak buku PTS mendapat tempat di kedai-kedai buku, sehingga akhirnya dia memilih langkah paling senang, buku ini ada peralatan dapur, dan di rak buku-buku masakan tidak ada banyak buku. Jadi letak di rak buku masakan sajalah.

Kelakar bukan? Buku ini pun kelakar juga isi kandungannya.

PST: Saya rasa saya kerap terserempak dengan penulis-penulis buku yang cuba sedaya upaya menyembunyikan identitinya sebagai penulis buku, sedang melihat reaksi para pengunjung kedai buku. Salah seorang penulis itu… ehem… ehem… agaknya dia sedar saya sudah mengenalpasti identitinya sebagai seorang penulis buku. Lalu dia berlalu sambil tersenyum-senyum dan tangan kanan di atas mulutnya, berjalan dengan agak terlompat-lompat dan tersipu-sipu malu.

Siapa agaknya dia itu? Hehe…

Jangan takut. Sudah ramai orang berkelakuan begitu bila berdepan dengan saya (tersipu-sipu malu/segan). Muka saya memang kadangkala nampak garang bagi sesiapa yang tidak mengenali saya atau baru bertemu dengan saya.

Amiene R.ev  on  04/27  at  11:34 PM

Oh. *Pandang di dalam baris pertama ditukar kepada Pandangan. (Papan kekunci ini bermasalah sedikit. Kekuncinya sudah kurang sensitif tak terpapar biarpun sudah ditekan.)

Tetapi buku Orang Kuat memang kelakar. Watak kartunnya juga kelakar. Barangkali sebab itulah ada orang berbuat kelakar dengan mengalihkan buku ini ke rak masakan.

Atau, penyusun buku itu sendiri berasa kelakar melihat buku ini, sehingga dia terlupa bahawa buku ini perlu ditempatkan di mana.

Hahaha. Kalau dijadikan animasi, tentu saya akan ketawa terbahak-bahak melihat animasi kartun buku ini. Melihat watak kartunnya saja sudah membuatkan saya mahu ketawa. Pelukisnya memang boleh mengumpul peminat.

faizul darius  on  04/28  at  10:17 AM

KOMIK INI DARI KULIT DEPAN, ISI DALAMNYA SEHINGGA KE KULIT YANG TERAKHIR, MEMANG SANGAT LUCU DAN SEMPOI.

............

Pesan Sifu:
Saudara Faizul,
Penggunaan huruf besar bagi semua teks adalah serupa dengan orang menjerit-jerit ke muka pembaca.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/06  at  05:48 PM

perkara sebegini biasa terjadi di mana2 tempat,bukan saja di kedai buku,malahan di hyper2 market,penah saya terjumpa penyangkut baju di barisan kotak minuman,apa kes?

jadi di sini,hal komik orang kuat di rak buku masakan x perlu dijadikan bahan kajian hanya kerana ada elemen cerek,i say man,tajuk punya la besar,orang kuat,minum air dari cerek yg panas la.

ni sure keje budak2 ni,emak tarik ke rak buku masakan.sementara menanti ibu belek buku masakan,anak2 belek buku orang kuat,bila nak kuar dari kedai buku,panggil anak kuar,anak pun tinggalkan buku tersebut di rak buku masakan,ibu tu pulak x reti2 nak suruh anak letak balik barang2 yg bukan diambil dari tempatnya,ibu2 sekarang ni,tolong la,kesedaran sivik anda sekarang ini sangat lemah

ilaƧlama  on  01/25  at  10:21 PM

Cerek, cawan dan dapur.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: