Tuesday, September 29, 2009

Bukti Buku-buku Inggeris Tidak Laku

Foto inimenunjukkan rak-rak buku di dalam kedai buku terbesar di kompleks membeli-belah Mahkota Parade, Melaka, kompleks paling elitis di bandar itu.

Rak-rak dalam foto ini dahulu mempamerkan buku-buku pengurusan dan perniagaan dalam bahasa Inggeris.

Kini tempat itu diisi oleh buku-buku pengurusan dan perniagaan dalam Bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, pengurusan kedai itu sedang mengadakan jualan murah besar-besaran stok buku-buku Inggerisnya, dengan menawarkan harga durian runtuh.

Nota: Foto dan maklumat ini dilaporkan oleh Tn. Zamri Mohamad di Facebook beliau.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Belajar Membuka Kedai Buku dari Pustaka Munirah di Taman Cukai Utama Kemaman Previous entry: Perkataan Mempunyai Nilai Komersial
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/30  at  02:41 AM

Moga-moga isi yang ada dalam buku Inggeris yang tidak laku itu ada dalam buku Melayu yang laku.

Ilman92  on  09/30  at  12:10 PM

Assalamualaikum. Perlukah wujud kebencian terhadap bahasa Inggeris dan buku-buku yang ditulis dalam bahasa tersebut? Pada saya, menyokong bahasa Melayu sudah cukup; tidak perlu kita memburuk-burukkan bahasa lain. Semua bahasa yang wujud di dunia ini merupakan ketentuan Allah sahaja. Saudara seislam kita ramai yang bertutur dalam bahasa Inggeris, ramai yang menulis dalam bahasa Inggeris. Sikap kemelayuan amat bertentangan dengan Islam. Islam membenarkan kita mengamalkan kebudayaan kita, tetapi ingat, umat Islam di Amerika dan Britain bertutur dalam bahasa Inggeris - maka jangan direndah-rendahkan bahasa Inggeris. Semua bahasa di dunia ini sama saja tarafnya, baik BM mahupun BI. Yang tertinggi cuma bahasa Arab kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Wallahua’lam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/30  at  01:53 PM

Tuan Ilman92 ,

Cuba tunjukkan kepada saya perkataan dan ayat yang menghina buku berbahasa Inggeris dalam posting di atas? Kenapa timbul persepsi begitu dari benak Tuan Tuan Ilman92?

Cuba fahami betul-betul apa yang dimaksudkan dalam posting di atas.  Hanya orang yang kurang ilmu dan kurang waras sahaja yang akan membenci ilmu walaupun dalam bahasa apapun diturunkan.

Tolong bezakan penguasaan bahasa seseorang dan tujuan memandaikan bangsa dengan bahasa ibunda. Isu yang ditimbulkan di sini permintaan buku bahasa kebangsaan adalah tinggi berbanding buku BI, bukannya menghina bahasa lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.