Wednesday, December 24, 2008

Ini Satu Lagi ‘Bukti’ PPSMI Cemerlang

Assalamualaikum Puan,

Izinkan saya untuk kongsi pengalaman di sini. Jika ada mana-mana pihak yang berkaitan membaca coretan ini, ambillah sebagai makluman.

Usahlah disiasat dan dicari-cari pemberi maklumat itu.

Hari keputusan diumumkan, sekolah tempat anak saya belajar mengadakan Hari Kecemerlangan Murid.

Di akhir majlis, pihak sekolah umumkan keputusan UPSR yang baru diterima.

Tahun lepas, 5 orang pelajar sekolah luar bandar ini berjaya memperolehi 5 A. Tahun ini hanya seorang sahaja yang berjaya mendapat 5 A. Ada 4 orang yang mendapat 4 A 1 B.

Gred B yang diperolehi oleh mereka ialah masing-masing mata pelajaran sains ataupun matematik.

Berbohonglah jika saya katakan bahawa tidak ada guru yang merungut berkenaan dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris antara penyumbang kepada kemerosotan keputusan UPSR di sekolah itu.

Berlaku pula di satu sekolah, seorang guru telah diminta menggantikan kelas yang gurunya tidak hadir. Waktu itu ujian sains berlangsung di kelas itu.

Pada hari lain, gempar kerana ramai yang lulus cemerlang ujian yang diadakan sedangkan sebelum itu, tidak pernah berlaku keadaan demikian.

Guru yang menggantikan kelas itu pun ditanya samada dia memberikan jawapan kepada pelajar.

Guru berkenaan menjawab bahawa dia hanya menerangkan kepada pelajar apa maksud soalan-soalan tersebut.

Bermakna, selama ini bukanlah mereka tidak tahu jawapan kepada soalan. Mereka tidak tahu dan tidak faham apa soalan itu sebenarnya.

Mohammed Zakir Husin 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Vietnam Membangun Pesat Selepas Membuang Bahasa Cina dan Perancis Previous entry: Satu Lagi 'bukti' Kejayaan PPSMI
anuar Manshor  on  11/20  at  11:48 PM

...tetapi ada juga orang di tempat saya ini menyokong PPSMI. Macam mahu “ketuk” sahaja kepalanya!

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  11/21  at  02:17 AM

Saya merupakan Pengerusi PIBG Sek. Keb. Sungai Rokam, Ipoh, Perak.  Sejak Sistem UPSR 5A diperkenalkan pada Tahun 1997, sekolah ini tidak pernah mendapat jumlah pelajar 5A kurang dari 20 orang.  Malah sekolah ini dapat mengekalkan prestasi pelajar yang mendapat 5A melebih 30 orang dan ada sekali mencecah 50 orang.

Sejak PPMSI diperkenalkan, pencapaian pelajar yang mendapat 5A jatuh kepada 18 orang sahaja.  Peratus kelulusan juga merosot dari 80% lebih kepada 70% sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/21  at  04:22 AM

Assalamualaikum Puan dan para pengunjung UNIKA,

Mohon ribuan maaf atas kesilapan fakta pada maklumat sebelum ini.

Bilangan pelajar yang mendapat keputusan 5 A pada tahun 2007 di sekolah berkenaan ialah 3 orang. Bukan 5 orang seperti yang saya laporkan.

Saya melihat, kesan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris ini juga boleh berjangkit kepada mata pelajaran lain.

Apabila lebih tumpuan dan penekanan yang terpaksa diberikan untuk memahami bahasa yang digunakan dalam dua mata pelajaran ini, secara tidak langsung, mungkin ada pelajar yang telah mengurangkan tumpuan mereka kepada mata pelajaran lain.

Kajian bukan sahaja perlu dibuat kepada mengapa dua mata pelajaran ini sahaja. Perlu juga dikaji punca jika berlaku kemerosotan dalam lain-lain mata pelajaran.

Keadaan ini hampir-hampir menyamai peribahasa ‘Yang Dikejar Tidak Dapat, Yang Dikendong Berciciran.’

Wa Allahu A’lam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/21  at  08:15 AM

Bagi pendapat saya, mengetahui hal ini (iaitu bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda), pihak kerajaan seharusnya memberikan bajet tambahan dan mengarahkan pihak sekolah mengadakan kelas bahasa Inggeris tambahan buat anak-anak ini. Sama ada pada sebelah petang ataupun ketika cuti sekolah.

Kursus bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh institusi swasta amat mahal, dan selalunya di kampung-kampung tidak ada peluang ini.

Isunya di sini ialah masalah BAHASA, dan bukannya masalah kemampuan intelektual!

Kadang kala saya terfikir adakah orang-orang yang menerajui pemerintahan negara ini benar-benar orang yang berfikir demi masa hadapan negara ataupun demi masa hadapan poket mereka??

Saya juga tefikir, mengapakah para cendekiawan yang duduk di dalam Kementerian Pendidikan diam sahaja?

Adakah semua orang takut mengorbankan pangkat dan kedudukannya demi mencabar keputusan yang ‘KARUT’ ini?  Sedangkan fakta-faktanya jelas di hadapan mereka?

Saya mahu peringatkan di sini bahawa gaji-gaji saudara dibayar oleh pembayar cukai dan bukannya mana-mana parti politik ataupun menteri!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/23  at  03:58 AM

Kan Dwi bahasa Tuan Zakir?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.