Buku-buku Baru untuk Kempen Membaca Bulan Ramadan
Tuan Arief Rahmad, CEO PTS memberitahu bahawa tahun ini sekali lagi PTS akan melancarkan kempen membaca sempena bulan Ramadan. Kempen pertama dilancarkan pada tahun 2009 dengan bajet RM50 ribu sahaja. Sebahagian besar bajet itu adalah bagi membeli ruang iklan.
Menurut beliau, bajet bagi membeli ruang iklan bagi tahun 2010 ini adalah RM140 ribu.
Pada saat ini para eksekutif jualan PTS sedang bekerja keras menjelajah ke seluruh negara, berjumpa dengan para pengurus kedai buku besar dan kecil yang menjual buku-buku PTS supaya ikut serta berkempen dengan cara membuat pameran buku-buku yang bagus bagi bacaan Ramadan di dalam kedai masing-masing.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006




Assalamualaikum Puan,
PTS sememangnya di hadapan dalam meneroka pasaran Lautan Biru,terutamanya Ramadan yang menggamit datang.Macam strategi penjual kuih raya dan peniaga baju raya
Post a comment