Buku-Buku yang Paling Laku Dijual Secara Terus kepada Pembaca
PTS mempunyai agen-agen yang terdiri daripada usahawan kecil-kecilan yang menjual buku-buku PTS secara langsung kepada pelanggan mereka.
Mereka membeli buku-buku PTS secara tunai di Book Cafe PTS di ibu pejabat PTS, di Dolomite Business Park, Batu Caves, Kuala Lumpur. Berdasarkan jumlah pembelian mereka itu, mereka boleh menerima diskaun antara 35% - 40%.
Jualan secara langsung sangat disukai oleh pembeli perempuan, oleh itu hanya buku-buku perempuan sahaja yang sesuai.
Antara buku-buku yang paling mudah dijual adalah (a) buku-buku resipi PTS, dan (b) buku-buku agama.
Ciri-ciri yang menjadikan buku-buku itu sangat laku dijual secara langsung adalah:
(i) Harga yang murah.
(ii) Isi kandungannya disukai oleh perempuan.
Kepada tuan dan puan yang berminat mahu mencuba menjual buku-buku PTS secara langsung, hubungi Cik Diana, pengurus Book Cafe, dengan menghantar SMS pada nombor: 016 66 11 972 ataupun menulis emel di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment