Sunday, January 16, 2011

Jabatan Editorial PTS Membuka Unit E-Book

Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS, memberitahu bahawa sebuah unit baru telah dibuka, iaitu Unit E-Book.

Unit ini diletakkan di Bahagian Produksi dalam Jabatan Editorial.

Unit E-book menjalankan tugas-tugas:

(i) Menguruskan fail-fail back-up yang akan mempunyai server sendiri bagi memastikan tahap keselamatan yang tinggi.

(ii) Kerja-kerja konversi fail-fail semua buku PTS ke dalam format-format khusus yang diperlukan oleh masing-masing pelanggan.

Pada fasa pertama ini, PTS akan membekalkan judul-judul e-book kepada 3 buah syarikat penjual e-book terbesar di dunia iaitu:

(a) Google Editions Book Store

(b) Apple I-Store, dan

(c) Kobo e-Reader.

Setiap syarikat mewajibkan PTS membekalkan fail berdasarkan format yang mereka tentukan. Sebagai contoh, syarikat Apple i-Store mewajibkan fail-fail buku supaya disediakan menggunakan komputer Apple sahaja. Google Editions pula mahukan fail dalam bentuk PDF high-resolution sahaja.

NOTA: Foto di atas menunjukkan Cik Zarifah Zahirah bt Juanis, eksekutif di unit e-book, sedang bertugas.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Analisis TOP 100 Judul Kreatif Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Jan - 31 Dis 2010 Previous entry: Ain Maisarah Cover Girl Majalah Anis
Ome  on  01/20  at  05:03 PM

Tahniah PTS smile .. selalunya bahan dalam PDF harganya pasti rendah sedikit daripada buku biasa. Mungkin PTS boleh sediakan ‘premium’ bagi mereka yang membeli pdf PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.