Tuesday, August 09, 2011

Buku-Buku PTS Sudah Mula Dijual di 27 Cawangan TESCO

Tuan Ahmad Ridza Jailani, Pengurus PTS Edar Sdn Bhd (foto) memberitahu anak syarikat itu sudah membekalkan buku-buku terpilih kepada 27 cawangan Tesco di seluruh negara.

Kerja-kerja membekalkan buku kepada cawangan lain sedang dijalankan. Tidak semua judul PTS dapat dibekalkan disebabkan jumlah rak yang terbatas.

Di bawah adalah senarai cawangan Tesco yang kini sudah menjual buku-buku PTS.

1.  Puchong
2.  Melaka
3.  Klang
4.  Mutiara Damansara
5.  Penang
6.  Ipoh
7.  Shah Alam
8.  Kajang
9.  Ampang
10.  Seri Alam (JB)
11.  Taiping
12.  Kota Bharu
13.  Mergong (Alor Setar)
14.  Tesco Xtra Plentong (JB)
15.  Setia Alam (Klang)
16.  Station 18 (Ipoh)
17.  Desa Tebrau
18.  Rawang
19.  Sg Petani Selatan
20.  Bukit Indah (Johor)
21.  Kepong (HQ)
22.  Bukit Mertajam (Prai)
23.  Setiawan (Manjung)
24.  Scott Garden (Old Klang Road)
25.  Tanjung Pinang
26.  Tesco Xtra Seremban
27.  Kulai (JB)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 8) - Berapa Nama Baru Patut Diperkenalkan Previous entry: Penulis Tegur PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/10  at  10:35 AM

Apa nasib pekedai buku yang berniaga di luar Tesco? Begitu juga pekedai di sekitar kawasannya. Yang mana mungkin sudah berjualan buku sejak puluhan atau belasan tahun sebelumnya. Malah mempunyai hubungan baik bukan saja dari segi bisnes tetapi juga persahabatannya.

Mungkin boleh diambil ikhtibar daripada apa yang telah berlaku di Amerika bagaimana tumbangnya gergasi Kedai Buku Borders dan ribuan lagi kedai buku Independent oleh tekanan pasaraya gergasi yang juga menawarkan jualan buku dengan diskaun mencecah 70% bagi setiap judul ‘new arrivals’ . Begitu juga dengan lenyapnya penerbit-penerbit yang tidak besar keluaran bukunya. Terus hilang atau menjual perniagaan di bawah payung Penguin Group sebuah Kumpulan Penerbit terbesar di dunia bermula 2011. Ini selepas jatuhnya Random House yang juga sebuah gergasi penerbitan di Amerika dan Eropah salah satu sebabnya ialah tekanan pasaraya gergasi.

Begitu juga apa yang terjadi di Eropah, 2011 menyaksikan Waterstone sebuah kedai berangkai terbesar di Britain menutup 20 cawangannya dan dijangka menutup lebih banyak lagi. Ini juga disebabkan keadaan pasaran yang semakin menekan. Salah satu tekanan adalah oleh hypermarket. Bukan sahaja Waterstone yang goyah, tetapi sejak tahun 2008 ribuan kedai buku independent sudah pupus dan menjadi ‘fosil’ yang cuma meninggalkan nama setidak-tidaknya di dalam diari mereka yang sentiasa berkunjung ke sana. Malahan penerbit & pembekal juga menjadi mangsa oleh tekanan yang diwar-warkan sebagai ‘unreasonable demands’ daripada hypermarket berkenaan.

Mungkin juga boleh berlaku di Asia merujuk kepada buku oleh Andrew Simms berjudul TESCOPOLY. “In wealthy Britain, farmers and suppliers live in fear of the power of Tesco…Across Asia there are hundreds of millions of small-scale farmers who have even fewer defences Tesco’s ability to control the market. The store is symptomatic of a wider problem in the global economy.”
Cuma berkongsi pandangan, kerana bagi saya kedai-kedai buku yang sudah lama menjalin hubungan bisnes dan persaudaraan dengan penerbit mereka hidup dengan berjualan buku dan tidak mungkin akan bertukar menjadi kedai runcit yang menjual barang keperluan harian seperti hypermarket yang besar-besar yang bila-bila masa boleh mengubah fokus jualan mereka sekiranya department atau bahagian tersebut tidak ada pulangan yang besar. Lebih kronik lagi mungkin ketika itu hubungan antara penerbit dan pekedai buku sudah putus. Di mana buku itu akan dipasarkan.

Walaupun saya bukan pekedai buku tetapi saya juga terasa kebimbangan pekedai buku. Dan sebagai pembeli buku saya lebih selesa membeli di kedai buku kerana di situ ada nilai emosinya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: