Friday, January 14, 2011

Buku-Buku Terbaru untuk Kempen Promosi Gerakan Membaca Musim Maulud Rasul

Jabatan marketing PTS saat ini sedang sibuk dengan kerja-kerja persediaan bagi melancarkan kempen promosi dan jualan buku-buku agama sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad pada 16 Februari 2011.

Tuan Roslan Isa, eksekutif (media) di jabatan marketing, memberitahu kempen akan dijalankan bermula 16 Januari sehingga hujung Februari.

Dalam kempen ini PTS akan mengiklankan judul-judul terpilih melalui ruang yang dibeli dalam stesen televisyen TV9, Radio IKIM dan Radio Bernama 24, dan akhbar Harakah.

Sebanyak 15 judul terpilih akan dipromosikan, dengan promosi utama untuk Ensiklopedia Sejarah Nabi Muhammad.

Seratus (100) buah kedai di seluruh negara akan ikut serta dalam kempen promosi PTS ini.

Setiap kedai akan dibekalkan dengan:

1. Banner

2. Hanging mobile

3. Flyers

Bajet bagi kempen promosi ini adalah RM50 ribu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ain Maisarah Cover Girl Majalah Anis Previous entry: Analisis Senarai Judul yang Terjual Lebih 10 Ribu Naskhah antara 1 Jan - 31 Dis 2010

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.