Thursday, November 18, 2010

Apabila Tiba Musim Krismas: Buku Melayu Bersaing dengan Buku Kristian dan Toys

Foto di atas dirakamkan pada jam 5 petang di dalam gudang PTS, 3 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Ia menunjukkan sebahagian daripada stok buku-buku PTS yang dipesan oleh kedai-kedai buku seluruh negara dan menunggu proses packing. Kru gudang PTS telah diarahkan menjalankan kerja-kerja packing sebagai overtime pada malam itu.

Jumlah stok yang dipesan oleh kedai-kedai buku melambung disebabkan faktor musim cuti sekolah hujung tahun. Sepanjang cuti sekolah, jumlah pengunjung yang masuk ke dalam kedai-kedai buku akan meningkat dengan sangat ketara. Oleh itu jualan buku-buku juga meningkat. Jualan buku kanak-kanak dan remaja juga meningkat dengan banyaknya.

Hujung tahun adalah juga musim festival, festival paling besar waktu itu adalah hari Krismas.

Adat memberi hadiah Krismas yang diamalkan oleh komuniti Kristian menyebabkan semua perniagaan berkempen supaya produk mereka dipilih sebagai hadiah Krismas.

Pada musim Krismas, 2 produk yang sangat laku adalah buku-buku Kristian dan mainan kanak-kanak (toys). Permintaan untuk 2 produk itu melambung kerana ibu bapa yang beragama Kristian perlu membelikan hadiah untuk anak-anak mereka.

Faktor itu mendorong sesetengah kedai buku yang mempunyai banyak pelanggan tetapnya yang beragama Kristian mengambil kesempatan mempromosi buku-buku Kristian dan toys lama sebelum Hari Krismas menjelang. Apabila ini berlaku, di sesetengah kedai buku, beberapa rak buku Melayu dikosongkan bagi mempamerkan buku-buku Kristian dan toys.

Bagi penerbit buku-buku Melayu, strategi bagi mengatasi saingan daripada buku-buku Kristian dan toys adalah dengan menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja yang laku keras.

KPI (key performance index) pengurusan kedai buku adalah jumlah duit yang masuk ke dalam akaun bank mereka. Kedai buku survive dengan menjual buku. Apabila buku-buku Melayu dapat dijual dengan lebih banyak daripada buku-buku Kristian dan toys, kedai buku lebih suka menjual buku-buku Melayu.

Justeru, penerbit-penerbit buku Melayu mesti menerbitkan buku-buku yang sangat laku!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku 'Indahnya Malam Pengantin' dari Perspektif Perempuan Previous entry: Buku Pengurusan Melayu Mengambil Alih Rak Buku Management di dalam Cawangan Kedai Buku Elitis
mainan surabaya  on  04/22  at  05:01 PM

Semoga makin berjaya lah bukunya ...

mainan edukatif  on  03/22  at  12:42 PM

terima kasih infonya.
Buku dan mainan edukatif anak menjadi pilihan bijak karena dengan buku akan menambah wawasan anak terhadap dunia sedangkan dengan permainan akan meningkatkan kemampuan motorik, imajinasi dan kemampuan lainnya.

terima kasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.