Khutbah Jumaat PTS: Buku Agama dan Kedudukan Malaysia sebagai Pengimpot Terbesar Harta Intelek Curi
Nabi Muhammad (salam dan selawat buat beliau, anggota keluarga beliau, dan sahabat-sahabat beliau) pernah berkata bahawa sekiranya anak bongsu kesayangannya, Fatimah, mencuri, maka beliau sendiri akan memotong tangannya.
Pada suatu masa dahulu, semua penerbit buku-buku agama di Indonesia tidak peduli hendak mendapatkan lesen menterjemah dan menerbitkan buku-buku agama dalam bahasa Arab yang diterbitkan di Timur Tengah. Jelas sekali perbuatan itu melanggar undang-undang harta intelek, dan apa yang dilakukan itu adalah jenayah pencurian.
Tetapi sejak Indonesia ikut menandatangani dokumen Konvensyen Berne di Bangsa-Bangsa Bersatu, kesedaran tentang undang-undang harta intelek di kalangan penerbit buku di Indonesia mulai bertambah baik.
Pada masa ini penerbit-penerbit yang besar dan sudah berpuluh tahun bertapak, seperti MIZAN dan Gramedia, mereka itu mematuhi undang-undang hakcipta.
Namun banyak penerbit di negara itu masih dengan cara lama mereka. Malah banyak penerbit yang baru muncul di Jakarta, yang kualiti fizikal buku-bukunya amat tinggi, masih tidak mengamalkan etika bisnes penerbitan yang betul. Mereka melakukan cetakrompak, tetapi disebabkan buku terbitan mereka begitu elok dan cantik penampilannya, maka kita sangka buku-buku itu diterbitkan dengan mendapatkan lesen, rupa-rupanya tidak.
Buku-buku curi cetakrompak itu banyak diimpot ke Malaysia oleh pengedar buku-buku agama dan dijual di merata kedai buku. Perbuatan membeli, mengimpot dan menjual buku-buku yang dicetakrompak oleh penerbit di Indonesia tetap salah, dan ia adalah jenayah perdagangan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam UNIKA,
Pilihanraya umum kini membawa perang media, kain rentang dan poster. Orang-orang muda, tua, korporat dan buruh, semuanya turun padang untuk menjayakannya. Malah, ahli akademik turut menulis dan menjawab soalan bagi menjangka kemenangan satu-satu parti, hasil dari kajian mereka.
Maka, Universiti Terbuka PTS, sebagai institusi swasta yang berkecimpung dalam bidang penulisan secara khusus, perlu membuat kajian ke atas keberkesanan copy pada poster, iklan dan kain rentang dan bagaimana ia mempengaruhi pendapat pengundi.
Saya dapati pihak Barisan Nasional sering menggunakan khidmat agensi pengiklanan professional bagi merangka iklan cetak dan televisyen mereka. Mereka pula sudah tentu mengamalkan prinsip pemujukan yang khusus dalam bidang pengiklanan.
Pihak pembangkang pula, seringkali menggunakan khidmat penulisan persendirian yang kebanyakannya tidak professional. Pendapat saya, ini mungkin mengakibatkan kekalahan dari segi imej.
Kajian ini juga satu peluang baik menguji prinsip penulisan PTS silang-bidang, penerbitan dan politik.
Antara yang boleh diselami: Kain rentang pembangkang sering mengamalkan prinsip ‘I am Right, You Are Wrong’ secara lantang, sambil menyebut ‘BN’ atau nama lawan mereka dengan jelas, manakala media BN hanya menyerlahkan jasa-jasa mereka dan hanya menyindir pihak pembangkang.
Juga, prinsip penulisan yang mengatakan ‘Jangan adakan kata-kata marah-marah kerana pembaca akan terasa diri mereka dimarahi’, turut banyak digunakan pihak pembangkang.
Menarik dikaji, jika selama ini, pihak pembangkang tidak kalah disebabkan kualiti diri dan perjuangan, tetapi banyak dipengaruhi luahan mesej mereka kepada rakyat.
Salam persilatan,
Faktor mutu copy atau ayat kempen boleh digunapakai dalam persekitaran ruang penerbitan yang demokratis.
Kebebasan meletak poster sepanjang berkempen hanyalah kebebasan meletakkan kulit buku yakni poster dan sebagainya, bagaimana dengan isi kandungannya?
Kalah menang dan kreativiti sesuatu pihak itu perlu dilihat dalam ruanglingkup yang lebih luas - kesan pengaruh media massa seperti akhbar harian dan media elektronik juga berperanan.
Ruang untuk berwacana secara bebas dan kreatif hanya wujud jika sekatan sekatan dalam bentuk undang undang (bad laws) percetakan dan penerbitan yang tidak sihat dalam demokrasi dikaji semula.
Setakat ini hanya yang berkuasa dan berwang sahaja yang menikmati kebebasan demokrasi.
Tuan Nadzrin,
Saya tertarik sekali membaca komen tuan itu. Saya setuju banyak perkara yang tuan sentuh tentang content banner-banner BN dan BA itu memang betul.
Tentang apakah BA ‘kalah’ disebabkan konten pada banner-banner mereka, ini suatu perkara yang menarik dibincangkan.
Banyak faktor yang semuanya secara kait-mengait dan secara bersama, menyebabkan BA ‘kalah’.
1. Peranan SPR yang tidak nonpartisan adalah faktor paling utama menyebabkan BA kalah.
2. Peranan media massa yang tidak nonpartisan.
3. Peranan jentera kerajaan yang tidak nonpartisan.
4. Peranan polis dan tentera yang tidak nonpartisan.
5. Peranan mahkamah yang juga tidak benar-benar nonpartisan.
Dibandingkan dengan 5 faktor di atas, apalah peranan banner, sepanduk dan poster....
Salam UNIKA Sifu,
Selepas membaca balik komen saya, saya sedar, mungkin ia terlalu simplistik kerana bagai berbincang dalam vakum semata.
Izinkan saya pasang kembali persoalan saya. Apakah ada cara yang lebih baik bagi pihak pembangkang mengolah kembali strategi pendekatan media yang mereka kawal (internet, akhbar, sepanduk, dll.) supaya menjadikan mereka ‘alternatif’.
Sebaliknya sekarang, copy mereka hanya bersifat ‘membangkang’, dan hati saya mengatakan manusia yang nonpartisan tidak selesa melihat ‘bangkangan’, suara yang keras, petanda kegilaan kuasa, biarlah ia datang dari pemerintah mahupun pembangkang.
Kita hendak dibakar semangat, dan bukan diapi-apikan. Melihat kepada ucapan-ucapan Datuk Seri Najib kini, api-api yang muncul pada diri saya sama seperti api yang membakar ketika mendengar Datuk Seri Anwar berucap pada 1998 dahulu. Tiada beza pada intensitinya. Datuk Seri Anwar pula apinya membakar dengan istiqamah, tetapi tidak menghangus pendengarnya.
Selepas api-api Datuk Hishamuddin, Tun (sic) Khairy dan Datuk Seri Najib, UMNO sudah mengamalkan api sebagai alat politik. Apakah sudah tiba masa pembangkang tidak lagi menggunakan api juga sebagai senjata?
Salam persilatan,
Tuan Nadzrin,
Sekali lagi saya setuju dengan pandangan tuan.
Tuan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, banyak membaca, luas pergaulan, analitikal dan kritikal, tentulah tuan tidak selesa dengan ucapan-ucapan yang tidak mengandungi fakta dan maklumat, yang cuma semburan lidah-lidah api sahaja.
Tetapi kita bukan pakar bidang sains public-opinion, agenda-setting, indoktrinasi, brainwashing dan yang seperti itu. Jadi kita tidak dapat menganalisis keberkesanan strategi ucapan berapi-api di depan khalayak politik dalam konteks ceramah pilihanraya.
Saya ada perkara yang saya terfikir-fikir....
Dato’ Najib sebagai TPM, dan salah seorang pewaris Genting Bhd yang kayaraya itu, beliau mampu menggunakan perkhidmatan konsultan-konsultan asing dalam kempen ini.
Cuba tuan fikirkan, tidakkah kita nampak bayangan kepakaran konsultan pencipta imej dalam kempen Najib… Apabila Pak Lah mendakwa beliau bekerja bertungkus-lumus, kemudian media perdana menyiarkan gambar Najib sampai terpaksa ambil masa tidur dalam kapal terbang, dalam rangka bekerja! Imej siapakah yang lebih kuat bekerja?
Dan mengapakah gambar Najib tidur dengan anak perempuannya? Ia mencipta imej Najib sebagai ‘family-man’, ‘devoted-father’ therefore ‘loyal husband’.... Tersiarnya foto itu adalah kempen media hasil sentuhan konsultan pencipta imej yang datang dari luar (baca, Amerika) bagi mengurangkan persepsi yang sebelum ini iaitu Najib yang dikaitkan dengan skandal artis.
Konsultan itu tidak mungkin dari Cairo, sebab dalam Islam perbuatan seorang lelaki tidur dengan anak perempuannya yang sudah akil baligh adalah tidak diizinkan!
Salam UNIKA Sifu,
Tertawa kecil membaca catatan Sifu. Setuju, setuju dan setuju.
Sememangnya jelas pengaruh consultan-consultan (a conman living like a sultan) di sebalik setiap tindak-tanduk ahli politik berwawasan tinggi. Pada saya, tidak salah dipimpin orang yang lebih berpengetahuan. Serupa dengan penulis PTS dipimpin garis panduan berdasarkan kajian.
Namun, masyarakat bandaraya, lagi-lagi berpendidikan tinggi, mereka sebenarnya lebih cerdik daripada ahli politik yang tidak pernah menjejak kaki ke menara gading, sebaliknya, menara gedik dijadikan pijakan.
Cairo? Mungkin saja, tidak mustahil di dunia serba mungkin
P.S. Baru saja kelik dari ngundi.
Salam persilatan,
Post a comment