Thursday, March 29, 2007

Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab

Apabila penulis Melayu menulis apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan agama, maka automatis banyak perkataan pinjaman Arab digunakan.

Dalam percakapan harian pun perkataan-perkatan itu digunakan, yakni apabila orang Melayu bercakap dengan orang Melayu.

Perkataan seperti amal, martabat, surah, juz, hadith, hafiz, kalimah, syahadah, soleh, solehah, solat, akad, talak, mukmin, muslimin, muslimat, fardhu, redha, maksiat, musibah, mungkar, sunat, ibadah dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata Bahasa Melayu umum.

Walaupun begitu, apa yang orang Melayu tahu, orang bukan Melayu belum tentu tahu. Pembaca Cina, Kadazan, Murut, Iban, Temuan, India, Sikh dan lain-lain tidak faham konsep di sebalik perkataan itu.

Jangankan orang bukan Melayu, di kalangan orang Melayu sekalipun, ramai yang tidak tahu makna perkataan-perkataan pinjaman Arab itu - kanak-kanak sudah tentu tidak tahu! Malah, jangan terkejut, di kalangan remaja dan orang dewasa Melayu pun, banyak yang tidak tahu.

Apabila menulis buku-buku agama Islam untuk pembaca beginner, perkataan-perkataan pinjaman Arab hendaklah digantikan dengan perkataan Melayu.

Sebagai contoh, judul buku 'Panduan Menjadi Isteri Solehah' sepatutnya ditulis 'Panduan Menjadi Isteri yang Baik'.

Ayat 'Martabat seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.' sepatutnya ditulis 'Status seseorang itu ditentukan oleh ilmunya.'

Sebenarnya, menulis buku agama Islam bagi bacaan pembaca beginner adalah lebih sukar daripada menulis buku untuk pembaca pakar, yakni pembaca yang sudah tahu apa itu ajaran-ajaran Islam.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapa Patut Tulis Buku Agama untuk Pembaca Beginner Previous entry: Ada-ada Sahaja: PTS akan Terbitkan Buku Panduan Hidup Bahagia Berpoligami
Web Sutera  on  03/30  at  08:39 AM

Terima kasih, Puan, atas makluman ilmu ini.

Saya setuju dengan pendekatan ini. Ya, satu tugas yang murni jika kita dapat mendekatkan Islam kepada golongan yang berminat untuk mengetahuinya, walaupun ilmu Islam padanya amat dangkal ataupun hanya tahu mengucap dua kalimah syahadah sahaja.

Penggunaan istilah Arab MESTI ditukarkan kepada Bahasa Melayu tulen dan kontemporari.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  10:01 PM

Kalau boleh dapatlah kiranya PTS menerbitkan kamus atau daftar istilah melayu-arab untuk panduan bakal-bakal penulis.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: