Friday, May 11, 2007

Buku Agama: Ustaz Cemuh Buku Ustaz

Adakah saudara pensyarah di mana-mana fakulti Islam? Dengarlah curahan hati SifuPTS ini....

Bukan sekali dua editor PTS Islamika mendengar kata-kata daripada pensyarah muda di fakulti Islam yang, apabila diajak menulis buku-buku asas tentang Islam bagi bacaan pembaca beginner, mereka tidak mahu, disebabkan 2 faktor:

(1) Buku-buku asas tentang Islam tidak membolehkan mereka naik pangkat.

(2) Mereka takut buku mereka dicemuh oleh rakan-rakan sejawat.

Kalau bukan saudara-saudara di fakulti Islam yang mendukung usaha PTS menyampaikan Islam kepada bukan Islam, siapa lagi?

Tulislah buku-buku yang saudara yakin boleh menaikkan pangkat saudara.

Tulislah juga buku-buku yang menyampaikan Islam kepada bukan Islam, kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada saudara-saudara baru, kepada Islam keturunan yang baru hendak belajar kenal Islam.

Kalau saudara hanya mahu menulis buku untuk naik pangkat, tidak mengapa. Tetapi jangan patahkan semangat rakan-rakan sesama ustaz yang bersusah-payah menulis buku-buku bacaan untuk pembaca beginner, meskipun buku-buku itu tidak diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat mereka, sebab sememangnya mereka itu tidak menulis untuk penerbitan PTS demi mahu naik pangkat.

Kepada pensyarah-pensyarah muda di fakulti Islam, apa Tuhan kata tentang buku saudara, itulah yang penting.

Fatwa Sifu: Menulis buku adalah kerja manusia. Menaikkan pangkat adalah kerja Tuhan.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(27) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penerbit 'Main Kedai' lawan Penerbit 'Main Kontrak' Previous entry: Pasaran Buku Agama
Abang Long  on  05/11  at  05:37 PM

Wahai Puan Sifu.

Teringat anakanda dalam satu ceramah oleh Prof. Datuk Dr. Haron Din - “Kita selalu berkata apa orang itu kata, ataupun apa orang ini kata, kita tidak pernah hendak ingat APA ALLAH KATA!”
——-

Web Sutera  on  05/11  at  06:06 PM

Aik, hendak tulis buku pun ambil kira fasal naik pangkat?

Allahu akhbar! Payah betul.

Bukankah menulis buku itu satu usaha yang murni, bukan setakat untuk memandaikan bangsa, malah mencurahkan ilmu di dada.

Ustaz moden, sudah pandai, tetapi begitu pula pemikirannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  06:14 PM

Puan Sifu,

Sebagai pendokong konsep “blue ocean”, Puan harus usah gelabah dengan “realiti” bobrok sebegini.

Bukan hanya “ustaz” fakulti Islam sahaja yang boleh tulis tentang asas Islam. Banyak golongan lain yang mungkin lebih berupaya malah lebih berkesan.

Kalau Puan Sifu harus juga gelabah, maka gelabahlah ekoran mukadimmah tulisan Hisham Rais yg mutakhir:

“Pada hari ini di Malaysia, jika saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, tidak mungkin saya akan menukar agama saya untuk menjadi penganut agama Islam. Apa yang sedang saya lihat berlaku sekarang tidak meyakinkan saya bahawa agama Islam yang digunapakai di Malaysia ini adalah agama kesejahteraan, keharmonian dan agama kasih sayang.

Pandangan saya ini berlandaskan apa yang sedang saya perhatikan berlaku terhadap agama Islam di dalam dan di luar negara. Banyak pekara yang saya lihat meyakinkan saya bahawa agama Islam yang wujud di Malaysia hari ini bukan lagi satu agama yang berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim yang menjadi tunggak Islam, telah dihilangkan.

Saya melihat negara-negara yang mengakui bahawa daulah mereka adalah daulah Islamiah, kesemuanya sedang diperintah oleh regim yang ganas-ganas lagi zalim. Dari Mahgribi hingga ke Indonesia, dari apa yang saya baca, menunjukkan bahawa tidak ada satu pun daulah Islamiah ini yang dapat memberikan contoh-contoh terbaik untuk dijadikan ikutan umat manusia.”

Tuan Belalang,

Seseorang itu masuk Islam atas hidayah Tuhan, bukan kerana dia nampak negara begitu, negara begini…. Cat Stevens masuk Islam selepas dia membaca terjemahan surah Yusuf…. Saya berpatah balik kepada Islam… ermm… nantilah saya tuliskan dalam jibunsyi saya… Tuhan jualah yang maha tahu.

Riduan Khairi  on  05/11  at  06:34 PM

Sekali ini saya setuju dengan catatan Hishamudin Rais yang dikutip oleh Belalang. Itu gambaran senario yang paling tepat tentang umat Islam hari ini. Tangan umat Islam (kita juga tu!) bercabang menunding dia salah dan si anu salah.

Web Sutera  on  05/11  at  06:36 PM

Betul saudara Riduan dan Belalang.

Mabruk Fuan Sifu Ainoon!

Ana sudah satu kali kena dengan satu ustaz yanj kini sudah dafat afa yanj dia hajati yakni fangkat!

Dia sudah ada FhD. Tafi dulu ana ajak dia bikin kitab al lughah malayuwi wa ‘arabi dia ketawa seferti mengejek lalu bersabda, “Buat afa ana susah fayah tulis buku al Fasu Bunga?”

Ana terkebil kebil tidak faham.

Hehehe..baru sekaranj Ana faham.

Shukran kasiiiranlah sama Fuan Sifu bikin ana faham hehehe grin

Aini Murni  on  05/11  at  07:05 PM

Assalamualaikum Puan Sifu dan pengunjung UNIKA.

Aduhai…. gelagat manusia ini. Pangkat di dunia yang dicari kerana nampak dan cepat. Tapi pangkat di akhirat tidak nampak dan lambat. Begitulah manusia (manusia yang macam ‘ustaz-ustaz’ itulah. Bukan semua.)

Kerana syahadah, kita semua adalah pendakwah. Dakwah itu wajib ke atas semua orang Islam. Kalau buku agama ditulis dengan istilah-istilah yang hanya ustaz ustazah sahaja tahu, misi dakwah tidak akan tercapai.

Esok bila sudah mati, kalau tuhan tanya “Masa awak hidup dulu, ada ataupun tidak sesiapa yang masuk Islam kerana dorongan ataupun usaha daripada kamu?”

Apalah agaknya hendak dijawab kalau usaha dakwah kita itu cuma ustaz ustazah sahaja yang faham.

Aduhai… Ustaz-ustaz.

(nakal-nakal dalam hati: soalan bocor pun belum tentu dapat dijawab)

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Bawa  on  05/11  at  07:14 PM

Assalamu’alaikum Fuan Sifu,

Ana sanjat suka wal setuju denjan afa yang Sohibus Samaha Sayyid Rastom tafi masih mahu fenjelasan dengan itu al-Fasu Bunja??

Ente tidak tenjok ka itu blog Sohibus Samaha Sayyid Rastom sudah jadi masyam hiasan bilik fingantin-lah! Finuh bunja-bunja-lah! Ana fun minjamfah-lah! Dulu laji bajus-lah!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  07:15 PM

Kak Non dan semua yang bersuara di sini,

Hairan juga ya! Para ustaz ini lupa akan hakikat bahawa setelah kita tiada, yang akan kita tinggalkan adalah 3 perkara sahaja dan ‘naik pangkat’ tiada pun dalam tiga perkara itu.

Bersabar sajalah, Sifu.

Itulah namanya perjuangan.

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Bawa  on  05/11  at  07:25 PM

Fuan Sifu,

“...Ente tidak tenjok ka itu blog Sohibus Samaha Sayyid Rastom sudah jadi masyam hiasan bilik fingantin-lah! Finuh bunja-bunja-lah! Ana fun minjamfah-lah! Dulu laji bajus-lah!..”

Ana sudah tenjok blog Sohibus Samaha Sayyid Rastom, masya Allah, masya Allah manyak syantiq la….. ana syuka la…. syuka la… syukran.. syukran…

Ente suka? Ente ada anjan-anjan mau jadi finjantin baru satu kali laji ka?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  07:26 PM

Saya pernah dengar seorang ustaz yang memberi ceramah. Dia menceritakan tentang masalah graduan-graduan Universiti Al-Azhar dan universiti lainnya yang bila diminta menulis buku mereka mengemukakan alasan, “Ala ustaz, ana takut nanti ada kesilapan dalil-dalil yang digunakan”, “Tak naklah, takut nanti termasuk hadis maudu’ pula!”

Mungkin ini juga faktor-faktornya.

Hafiz Firdaus, seorang juruterbang yang banyak menulis buku agama, pula menjawab, “Kalaulah semua ustaz guna alasan macam itu, sampai kiamat pun dah takkan ada buku agama.”

Kita dalam Tim PTS buat apa yang termampu sedaya-upaya. Esok Tuhan tanya ada jawapan. Apa yang orang lain perlu buat tapi mereka tidak buat itu rasanya Tuhan tidak tanya kita, kot.

Apa fatwa Sifu kita?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  07:34 PM

Assalamualaikum,

Menulis buku merupakan satu usaha dakwah. Kalau kita ada kemampuan kita patut menulis buku-buku berkaitan agama untuk menjadi tatapan pelbagai lapisan masyarakat.

Saya setuju dengan Sifu, naik pangkat urusan Tuhan.

Saya yang dhoif ilmu agama ini pun ada berasa pelik lagi hairan. Kalau ustaz boleh berkata, tulis buku basic-basic tentang agama bukan dapat naik pangkat, apa, dia fikir bukukah yang berkuasa menaikkan pangkatnya?

Mbakyu Sifu,

Barangkuali (ikut fonologi Jawa), faktor takut gagasan Azree itu benar.

Universiti dari negara-negara Arab itu sudah lama diselimuti fobia takut seperti mana iklim politik jua. Di Malaysia pun apa kurangnya.

Tetapi pengalaman saya itu dengan (dulu) calon PhD itu beliau peroleh daripada Universiti negeri Barat. Yang dari Barat gila pangkat, yang dari Timur Tengah pula fobia takut itu ini.

Kini Universiti Terbuka sudah terbuka lagi membuka - berteraskan semangat zaman Web 2.0.

Ayuh! tunggu apa lagi.

Tuan Paduka Rastom,

Jangan mengata Jawa! Jawa yang ini banyak penyokong!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  07:59 PM

Cantik bunja-bunja tu ya Tuan Sayyid Rastom Al Attas Sekali. Anta banyak kreatiflah… Ana berkenanlah…

Ini Milayu syakaf Arabiah ka? Itu bunji ‘ber’ kita tak fandai sifut-lah. Kita sifut ‘bir’-lah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/11  at  08:00 PM

Asif ya Tuan Rastom, ana berkenanlah…

Mya Marja  on  05/11  at  08:30 PM

Assalamualaikum,

“Fatwa Sifu: Menulis buku adalah kerja manusia. Menaikkan pangkat adalah kerja Tuhan.

Tuhan jualah yang lebih mengetahui.”


Puan Sifu, subhanallah..

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/11  at  08:59 PM

Ya Fuan Sifu Al-Makrifatu-wal-Fatanah,

“....Ente suka? Ente ada anjan-anjan mau jadi finjantin baru satu kali laji ka?....”

Ana syuka lah, syukalah, syuma syekarang mau syari khairun-nisa untuk Khairul-Syalun la….

Nanti Kitabul-Fayung Aisyah ana laji laku lah laku lahh…..ana syukala….. smile

Amin! Amiiin! Kitabul-Fayung Aisyah laku… ana syuka-lah! Syuka-lah. Fulus! Fulus! Fulus banjak masyuk kantung ana-lah!

Satu untuk anta… dua untuk ana…

Aini Murni  on  05/11  at  09:27 PM

:D tiba-tiba ramai syeikh-syeikh bersidang di sini…

Sebab Sifu suka kitab-ul DI BAWAH PAYUNG AISHAH itu sebab sheikh-sheikh jadi-jadian ini suka bersidang di sini….

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/11  at  09:48 PM

Afa nak buat An-Nisa Aini Murni, ramai sheikh-sheikh yang minat dengan UNIKA dan menyokong Fuan Sifu yang begitu Al-Makrifatu Wal-Fatanah.. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/12  at  01:25 PM

Kalau sesetengah ustaz tak sudi menulis.Tak apalah,ramai lagi yang sudi tapi perlukan bimbingan.Tariklah mereka

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/12  at  01:38 PM

“Seseorang itu masuk Islam atas hidayah Tuhan, bukan kerana dia nampak negara begitu, negara begini…. Cat Stevens masuk Islam selepas dia membaca terjemahan surah Yusuf…. Saya berpatah balik kepada Islam… ermm… nantilah saya tuliskan dalam jibunsyi saya… Tuhan jualah yang maha tahu.” pn.sifu

Saya setuju dengan Pn. Sifu…. kalau seseorang itu jadikan alasan keadaan negara dan umat Islam untuk menganut Islam, mereka tidak akan capai hidayat ini… bukan mudah hendak baiki perkara besar itu…. tetapi Islam mesti disampaikan juga.

“Pandangan saya ini berlandaskan apa yang sedang saya perhatikan berlaku terhadap agama Islam di dalam dan di luar negara. Banyak pekara yang saya lihat meyakinkan saya bahawa agama Islam yang wujud di Malaysia hari ini bukan lagi satu agama yang berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim yang menjadi tunggak Islam, telah dihilangkan.”
Hisham Rais

Saya fikir Hisham Rais perlu tunjukkan Islam berlandaskan kasih sayang. Ya Rahman dan Ya Rahim dulu sebelum dia memerintah orang lain melakukannya. Biar tafsirannya lebih jelas…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/12  at  07:46 PM

“Seseorang itu masuk Islam atas hidayah Tuhan, bukan kerana dia nampak negara begitu, negara begini…. Cat Stevens masuk Islam selepas dia membaca terjemahan surah Yusuf…. Saya berpatah balik kepada Islam… ermm… nantilah saya tuliskan dalam jibunsyi saya… Tuhan jualah yang maha tahu.”

Pn. Sifu,
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada puan kerana mencetuskan idea untuk saya menulis.

Kawan saya ada cerita lucu tetapi benar mengenai Cat Steven dan lagunya Morning Has Broken. Kisah benar ini sedang saya susun untuk buku saya yang belum berjudul.

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/12  at  07:50 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Dilemma pengamal poligami:

“Kiri padang kanan pun padang
di tengah-tengah pohon mengkudu
kiri sayang kanan pun sayang
di tengah-tengah suami terkedu!” smile

Dengar pantun hamba ini:

Kiri kepayang, kanan kepayang,
Atas tanah pakai sepatu.
Tua sayang, muda pun sayang,
Balik rumah, tersalah pintu!

Page 1 of 2 pages  1 2 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: