Monday, June 16, 2008

Buku Apa Paling Laku Masa Ini

Pemerhatian yang dilakukan oleh Pengurus Pemasaran PTS, Pn. Norhazizam, beliau mendapati dalam masa jualan buku-buku PTS jatuh teruk akibat kenaikan harga minyak, ramai yang masuk ke kedai buku hujung minggu lalu adalah ibu-ibu yang menemani anak-anak mereka membeli buku-buku ulangkaji.

Peperiksaan UPSR akan tiba pada bulan September. Hanya 3 bulan sahaja lagi bagi anak-anak mereka bersedia.

Saat ini seksyen buku ulangkaji sibuk dengan pelanggan. Ibu-ibu tidak menggalakkan anak-anak mereka membaca buku-buku cerita PTS ONE sehinggalah tamat musim peperiksaan.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Back-up Karya Saudara Cara Mudah Previous entry: Surat Motivasi dari Kaherah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/17  at  12:35 AM

Ibu-ibu dan bapa-bapa sibuk menemani anak-anak memilih buku rujukan dan latihan untuk peperiksaan. Tetapi buku-buku untuk persediaan ibu-ibu dan bapa-bapa yang punya anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan agak kurang. Selain itu anak-anak juga bukan sahaja perlukan persediaan daripada segi ilmu pengetahuan sahaja malah perlu bersedia mentalnya juga.

PTS mempunyai buku-buku seperti ini namun ia lebih kepada remaja. Ini boleh dipromosikan sempena musim peperiksaan yang akan datang.

Manakala buku untuk anak-anak sekolah rendah yang lebih mudah & menarik bagi persediaan mental tiada. Ibu bapa pun tidak berapa tahu cara bagaimana memberi persediaan yang lebih tersusun untuk anak-anak bagi menghadapi peperiksaan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: