Buku Apa Sesuai Diaudiokan Bagi Orang Buta
Dalam perbincangan dengan wakil Persatuan Orang Buta Islam Malaysia (POBIM), buku yang sesuai diaudiokan adalah buku-buku cerita, termasuk novel.
Buku audio mempunyai beberapa kekurangan:
(a) Buku audio memerlukan banyak tape. Sebagai contoh, buku "Memahami Psikologi Berfikir" sudah mereka audiokan menggunakan 8 tape. Buku "Mendorong Diri Sendiri" menggunakan 3 tape. (2 buah buku itu karya ehem ehem, siapa lagi...)
(b) Buku audio-CD pula kurang fleksibel bagi orang buta, sebab kebanyakan mereka cuma mampu membeli radio dengan pemain kaset sahaja.
(c) Sukar mencari maklumat dalam buku audio.
Apabila buku sudah dibraillekan, mereka sendiri dapat merakamkannya menjadi buku audio.
.
.
Buku audio mempunyai beberapa kekurangan:
(a) Buku audio memerlukan banyak tape. Sebagai contoh, buku "Memahami Psikologi Berfikir" sudah mereka audiokan menggunakan 8 tape. Buku "Mendorong Diri Sendiri" menggunakan 3 tape. (2 buah buku itu karya ehem ehem, siapa lagi...)
(b) Buku audio-CD pula kurang fleksibel bagi orang buta, sebab kebanyakan mereka cuma mampu membeli radio dengan pemain kaset sahaja.
(c) Sukar mencari maklumat dalam buku audio.
Apabila buku sudah dibraillekan, mereka sendiri dapat merakamkannya menjadi buku audio.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu Yang Amat Daku Hormati dan Sanjungi:
Saya bersedia membacakan buku cerita/novel terbitan PTS bagi tujuan rakaman untuk didengar oleh sahabat dan saudara kita yang kurang upaya di segi penglihatan. Soal peralanan dan urusan rakaman diuruskan oleh PTS dan saya selaku pembaca cuma mohon sedikit saguhati yang sekedarnya.
Wassalam.
KSI
——-
Kalau boleh biarlah buku/novel audio PTS itu dibuat dalam bentuk drama radio.
Bukankah novel PTS itu sendiri mudah diterjemahkan ke bentuk skrip. Sekarang sudah sampai masanya untuk membuktikan apa rancangkan.
Yang penting, adalah mesejnya…
Teknik dan gaya motivator terkenal seperti H.M Tuah Iskandar dan Dato’ Fadzilah Kamsah sesuai untuk digunakan bagi buku audio ini, bagi buku-buku berbentuk kaunseling, pemikiran dan psikologi.
Sdr KSI,
Saguhati sebagai mengganti ongkos perjalanan, bayaran menginap di hotel Gapena, dan makan minum selagi membacakan buku-buku itu… ngak apa-apa, bisa aja! Kira tanggung bereslah!
Sdr REV, ya memang benar, novel PTS paling sesuai dibacakan sebagai ala-ala drama radio.
Puan, jika benar novel sesuai diaudiokan, saya rela jibunsyi yang sudah siap itu diaudiokan. Maksud saya seperti yang puan pernah tulis sebelum ini (untuk orang2 buta itu).
Puan Ainon,
Baguslah kalau begitu. Saya juga berminat untuk menjadi salah satu pembaca audio untuk buku novel, berikan saya watak untuk dipegang dan dihayati. Sebenarnya, saya pun pernah juga terfikir untuk menjadi aktor suara (untuk animasi atau siri alih suara drama).
Bulan 5 hingga akhir bulan 6 (sekitar 2 bulan) ini, jika tidak ada subjek yang boleh diambil untuk semester pendek, saya bersedia untuk berbakti kepada OKU… tak perlu bayar apa-apa. Cuma saya perlukan penginapan, pengangkutan dan bahan api yang sesuai. (er… bimbang ibubapa tidak izinkan kalau tidak ada perkara ini).
Ini pasti akan jadi pengalaman yang menarik dalam hidup saya.
Puan Sifu Yang Dihormati: Bisa deh. Tanggung beres.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,
Pn. Ainon,
Saya pernah jadi pembaca sukarela untuk projek Majalah Bersuara di MAB Brickfields pada hujung minggu di era 80an dulu. Saya merakamkan suara di studio MAB yang dikendalikan oleh kalau tidak silap saya, Sdr. Jason.
Pengalaman saya, apabila membaca terlalu lama ‘pitching’ suara kita akan berubah-berubah (mungkin kerana letih) dan ini akan membosankan mereka yang mendengar.
Pembaca sukarela selain saya ketika itu adalah terdiri dari juruhebah RTM. Mereka itu semuanya profesional, saya amatur sahaja.
Sekian sedikit pengalaman yang mungkin boleh menjadi panduan.
Post a comment