Buku Bacaan Sains
Ini adalah buku terbaru dalam siri "Dunia Sains Aiman". Siri ini mendapat sambutan baik dalam pasaran. Semua buku dalam siri ini diulangcetak.
Dalam siri ini maklumat sains disampaikan menggunakan gaya kreatif. Inilah yang menjadi siri ini digemari oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Objektif siri ini adalah mendorong kanak-kanak meminati sains sejak kecil lagi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

salam sejahtera kepada Puan Ainon,
Terima kasih untuk kepercayaan PTS bagi menerbitkan siri sains kanak-kanak DSA ini.
Saya berbesar hati dapat bernaung di bawah payung PTS untuk bercerita tentang sains kepada kanak-kanak.
Sekian terima kasih.
Umi Kauthar Abdul Razak
Salam sejahtera Puan Ainon,
Memberi galakkan kanak-kanak didalam bidang sains amat baik didalam usaha kita untuk mencungkil bakal-bakal angkasawan , doktor , kejuruteraan dan sebagainya.
Saya boleh memberi idea kepada mereka yang ingin menulis, kekangan masa menghantui saya untuk menulis. Cadangan untuk menulis telah lama meletus didalam sanubari tetapi sayangnya terlalu banyak masa untuk menyelesaikan tugasan di masa ini. Telah menghadiri kursus Puan tahun lepas , telah menjadi anak buah Tuan Zamri dimasa silam , insyaalah Allah memberi saya masa lebihan untuk menulis di masa hadapan.
Contoh tajuk DSA yang saya cadangkan :
kereta - pembuatan dan pemasangan
besi - dari biji menjadi pejal kemudian menjadi barangan
plastik - dari minyak menjadi “resin” , dari resin menjadi cawan plastik.
ceramik - dari tanah liat jadi….
sekian.
wasalam
Post a comment