Wednesday, December 06, 2006

Buku Bedtime Stories

Buku-buku bedtime stories mempunyai pasaran besar di negara-negara maju disebabkan mereka sudah lama membangunkan budaya ibu-ibu membacakan cerita-cerita moral dan agama kepada anak-anak mereka, khususnya sebelum anak mereka tidur malam.

Jika kita mahu membangunkan budaya yang serupa di kalangan ibu-ibu Melayu, para penerbit terlebih dahulu perlu melambakkan buku-buku cerita bedtime stories di kedai-kedai buku.

Selepas itu barulah dilancarkan kempen menggalakkan ibu-ibu membacakan cerita-cerita bedtime stories kepada anak-anak.

Jika ini tidak dilakukan, apa yang berlaku nanti, kempen sudah dibuat, tetapi apabila orang ramai pergi ke kedai buku, buku yang dicari itu tidak ada.

Inilah yang berlaku sekarang. Setiap tahun kita mengadakan kempen membaca, tetapi buku-buku yang hendak dibaca itu amat terhad jumlah dan genre-nya. Jadi, orang sudah mahu membaca, tetapi buku yang hendak dibacanya tidak ada.

Justeru, tanggungjawab penerbit itu besar dan berat sekali!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menunggu Laporan dari Jakarta Previous entry: Laporan dari Bangkok 5
alang kelana  on  12/06  at  09:01 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Adakah ini bermakna perkara ini akan menjadi salah satu daripada agenda perbincangan pada hari Ahad, 17/12/2006 nanti?
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  10:29 AM

Assalamualaikum…

Bercakap berkenaan “Bedtime Stories”, saya setuju bahawa jumlahnya dalam Bahasa Melayu terlalu sedikit. Kalau ada pun, ianya diterbitkan oleh penerbitan bukan Melayu dan isi kandungan “Islamik"nya kadang kala meragukan.

Saya percaya dan berharap agar PTS akan menerbitkan siri buku-buku sebegini. Jangan lupa, fikirkan mengenai stail/konsep “board book” iaitu buku yang menggunakan kertas tebal dengan lamination/uv finishing.

Saifuddin.
Kemaman, Terengganu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  10:45 AM

melentur buluh biar dari rebungnya.

ferzoul qamarudeenz  on  12/06  at  01:44 PM

Suatu hari sang kancil berjalan-jalan di dalam hutan. Di dalam hutan itu terdapat banyak pokok buah-buahan. Buah yang paling digemari sang kancil ialah buah durian. Malangnya tidak ada satupun buah durian itu gugur ke tanah. Sang kancil pun berfikir sejenak. “Mustahilah aku mahu menunggu buah-buahan ini gugur.” bisik hati kecil sang kancil.

“ibu, haiwan boleh berkata-katakah?” soal si anak yang sedang berbaring di katil empiuknya. Si ibu tersenyum lalu mengusap kepala anaknya.

“Ibu pergi buat susu panas ya.” jawab si ibu lalu tergesa-gesa ke dapur. Dalam hatinya berkata “macam mana aku hendak jawab ni”

ferzoul qamarudeenz  on  12/06  at  01:54 PM

Sedang sang kancil berfikir itu, tiba-tiba dia mendapat satu idea.
‘Selalunya banyak lori yang membawa buah-buahan lalu di pinggir hutan ini” Sang kancil terus tersenyum kerana dia akan melakukan sesuatu untk mendapat buah durian secara percuma.
Esoknya sang kancil telah meletakkan akar-akar pokok berduri di jalan yang selalu lori itu lalui. Apabila lori-lori itu lalu, maka pancitlah tayar dan lori itu terbabas terlanggar pokok durian.
Sang kancil berasa sangat gembira lalu mengambil sebiji durian yang gugur akibat lori yang melanggar pokok durian itu.

“mengapakah sang kancil itu tidak mengambil durian yang terlambak dari lori itu, ibu?” soal anaknya sambil meneguk air susu suam.

Si ibu pun tersenyum mendengar soalan anaknya lalu mengusap kepala anaknya beberapa kali.

‘Ibu pergi ke dapur dulu ye.Ibu hendak ambilkan kek cokelat dalam peti ais” kata ibunya sambil tergesa-gesa keluar meuju ke dapur.

Dalam hatinya berkata “kenapa sang kancil tidak ambil buah durian yang terlambar dari lori itu”

Faizul bin kamaruddin  on  12/06  at  02:16 PM

Mujurlah pemandu lori itu semua tercedera ringan. Sangka mereka mungkin akar liar ini memang menjalar di jalan itu. Mereka pun mengemas beberapa buah biji durian lalu di masukkan semula ke dalam lori. Selepas itu mereka pun berlalu dari situ. Sang kancil tersangatlah gembira.

“akhirnya saya dapat makan buah durian ini juga” katanya sambil menjilat-jilat bibirnya sendiri. Setelah kenyang sang kancil pergi ke sebuah sungai untuk menghilangkan dahaganya. Sewaktu sedang leka menikmati air sungai, sang kancil tidak sedar yang dia telah di perhatikan oleh seekor harimau.
Sang kancil tidak sempat melarikan diri, dia telah di terkam oleh harimau yang sedang kelaparan itu.

Tiba-tiba terdengar beberapa das tembakan. Sang kancil dan sang harimau sangat terkejut. Sang harimau terus berlari meninggalkan sang kancil. Sang kancil pula pada waktu itu sudah lemah akibat tercedera kerana gigitan harimau tadi. Beberapa orang lelaki menghampirinya dan merawat luka pada lehernya. selepas itu, sebelum meeka pulang salah seorang dari mereka membelah sebiji durian dan di letakkan di hadapan sang kancil.

“wahai sang kancil makanlah buah durian ini.” kata lelaki itu lalu meninggalkan sang kancil. Sang kancil melihat lelaki itu menaiki lori yang penuh dengan buah durian. Depan lori itu kelihatan remuk.

Faizul bin kamaruddin  on  12/06  at  02:31 PM

Si ibu menutu buku berkulit tebal itu. Terkelip-kelip mata anaknya.

“Ibu, adif rasa macam tidak mahu tidurlah, sebab cerita dalam buku itu menarik,” kata anaknya. Si ibu tersenyum.

“Pengajaran dari cerita ini ialah, jika kita pandai macamana pun, janganlah hendak menginaya orang lain untuk mendapatkan sesuatu” kata ibunya sambil tersenyum. Adif pun turut tersenyum.

‘Suatu hari nanti mungkin orang yang kita aniaya itu akan membantu kita semula,’ sambung ibunya lagi.

Si ibu mencium dahi anaknya dan Adif pun terus terlena.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  03:26 PM

Saya pernah mendengar dari satu kajian, bahawa membacakan buku-buku kepada anak-anak sebelum tidur pernah digunakan oleh beberapa orang ulama’dalam usaha untuk memantapkan cita-cita dan melahirkan pendirian kanak-kanak yang bagus apabila mereka sudah dewasa. Namun apa yang lebih menarik perhatian saya adalah saya mendapati dari kajian itu bahawa buku-buku yang di pilih oleh golongan ulama’ ini adalah rata-ratanya kisah para sahabat dan sahabiah serta kisah-kisah srikandi dan pejuang agama tauhid dalam memperkukuhkan keimanan dan keyakinan mereka dalam beragama. Saya mendapati dari kajian itu, budaya membacakan kisah-kisah yang baik kepada kanak-kanak sebelum tidur telah lebih awal dipraktikkan oleh orang-orang islam malah sebelum zaman gelap eropah lagi.

Faizul bin kamaruddin  on  12/06  at  03:27 PM

Sang kancil menyangka dengan mengambil buah durian yang gugur itu, apa yang di makannya adalah halal kerana buah itu gugur akibat pokoknya di rempuh lori. Sang kancil terlupa bahawa cara dia untuk mendapatkan sebiji durian itu telah menganiaya orang lain. Sang kancil dalam cerita ini bahagia di atas penderitaan orang lain

Faizul bin kamaruddin  on  12/06  at  03:28 PM

sekian dari saya bedtime story,

Puan Ainon Mohd.  on  12/06  at  03:39 PM

Saudara PanahArjuna,

Saya amat teruja oleh kandungan nota saudara di atas! Baiklah, saya akan jadikan idea saudara itu projek PTS Islamika.

Faizul bin kamaruddin  on  12/06  at  03:51 PM

encik panah arjuna, saya sudah baca tegar, ermmm ermmm ermmm

Fable Fox  on  12/06  at  10:49 PM

Idea yang bernas.

* Hai… sejak komputer dicuri ini, terpaksalah guna CC. kerap pula letak komen. he..he..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  11:11 AM

Saya amat bersimpati dengan Saudara Fable Fox.  Saya tidak bayangkan kalau komputer saya dicuri.  Rasa-rasanya derita dan kesedihan itu melebihi dari derita sewaktu putus cinta dahulu.

Tahun lepas, komputer saya crash, habis semua data dalam harddisk, saya cuba minta pelanggn saya dalam industri komputer buat post morterm untuk recover harddisk saya tu, ada yang dapat diselamatkan, ada yang hanya ada file, tapi isinya tak dibenarkan buka, habis semua projek saya dalam penulisan buku pengurusan hilang, terpaksa buat dari scatch balik, ada yang hanya boleh dibuka melalui wordpad sahaja.  Nasib baik data-data dan akaun pelanggan saya ada dalam komputer yang lagi satu.

Saya beli komputer untuk menulis melalui pinjaman koperasi.  Dapat duit royalti cukup-cukup untuk langsaikan hutang komputer tu.

Moralnya, sekarang ni, saya buat partiton untuk hard disk saya, semua data dalam D, jadi bila diserang virus data tetap selamat.  Dan, saya beli external hard disk, semua data dalam kedua-dua komputer saya disimpan dalam hard disk tu, jadi kalau ada apa-apa berlaku, saya masih ada data tu.

Saya harap selepas ini, mereka yang ditimpa musibah komputer ni, akan buat begini, anggaplah belanja membeli external hard disk tu, bagai satu pelaburan.  Sediakan payung sebelum hujan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: