Buku Boutique

Wira Bukit Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh SN Dato' A Samad Said dan Tuan Helmy Samad adalah pelopor boutique-publishing di Malaysia.
Sebagaimana butik pakaian hanya menjual pakaian mahal untuk klientel kecil, demikianlah juga dengan strategi boutique-publishing.
Inilah contoh buku novel remaja karya A Samad Said yang diterbitkan oleh Wira Bukit sebagai buku-boutique.
Buku-buku terbitan Wira Bukit dipakejkan sebagai buku cantik-lagi-mewah, khusus untuk peminat sastera yang berduit.
Di luar jangkaan, ternyata buku-buku cantik lagi mewah itu laku keras dalam pasaran. Siapa pernah menyangka antologi puisi dapat dijual sehingga belasan ribu naskhah?
Buku jenis inilah yang dibeli orang sebagai pelaburan jangka panjang sebab harga buku ini boleh meningkat sehingga ratusan ringgit pada masa depan!
Pelaburan membeli buku-boutique adalah serupa dengan membeli karya lukisan kerana buku kategori ini bertaraf limited-edition.
Buku ini terbit dan mula berjumpa peminatnya pada Pesta Buku 2008 yang lalu. Ia dicetak menggunakan kertas kualiti tinggi, berkulit tebal dan berilustrasi 4-warna.
Tidak semua buku sastera edisi mewah akan meningkat nilainya semakin lama ia disimpan. Faktor siapa nama sasterawan itu adalah sangat penting.
Nota: Foto dengan ikhsan blog Tuan Helmy Samad.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tips tambahan dari Pak Samad; beli buku kulit keras jika ada. Nilainya akan meningkat dengan lebih baik!
Saya memiliki ketiga-tiga buku ini. Masih belum dibaca. Apa tarikan pertama buku ini? Desain kulitnya!
http://themakan.blogspot.com
http://pasalbuku.blogspot.com
http://duniasutera.blogspot.com
http://booknature.blogspot.com
Post a comment