Friday, August 08, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Buku Agama Buat ‘Zeila’

PTS adalah penerbit buku-buku agama buat pembaca yang mempunyai banyak persamaan dengan latar belakang kehidupan spiritual individu-individu seperti Datin Zeila Jalil.

Kumpulan sasaran buku-buku agama terbitan PTS adalah individu-individu yang disitilahkan sebagai 'dami'. Mereka tidak mempunyai banyak ilmu agama, tetapi mereka sangat ingin memperbaiki pengetahuan agama mereka dengan membaca buku-buku.

Mereka tidak bersekolah di sekolah-sekolah aliran agama, sebaliknya mereka bersekolah di sekolah-sekolah biasa. Oleh hal yang demikian pengetahuan agama mereka tidak banyak, setakat apa yang dibaca dalam buku teks sahaja, itu pun bagi tujuan lulus peperiksaan.

Ibu bapa mereka pula bukan lebai, ustaz ataupun ustazah, oleh yang demikian mereka tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam daripada ibu bapa mereka.

Disebabkan mereka tidak bersekolah aliran agama, mereka tidak faham bahasa Arab. Malah mereka mungkin tidak pandai membaca tulisan Arab. Kalau mereka tengok dalam buku itu banyak tulisan Arab, mereka tidak jadi hendak membacanya, lalu diletakkan semula di rak buku.

Individu-individu macam Datin Zeila Jalil mempunyai citarasa yang sofistikated. Mereka orang bandar. Mereka mempunyai wang. Isu harga buku bukan isu besar. Kalau mereka suka, mereka mampu membelinya, walaupun harganya mahal.

Disebabkan mereka mempunyai citarasa yang tinggi, mereka hanya mahu membeli barang-barang yang cantik designnya. Dalam memilih buku sekalipun, mereka mementingkan design kulit dan layout dalaman yang cantik.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: AHAD 24 Ogos 2008 Bengkel Bahasa Melayu Tinggi untuk Semua Bakal Penulis PTS Previous entry: Tip Survival Penerbit: Siapa Membeli Buku Kanak-kanak

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: