Buku-buku Panduan Haji untuk Target Pembaca “Dummy”


Bulan puasa belum bermula. Musim haji masih jauh. PTS sudah mula mencetak buku-buku panduan haji.Ini kerana orang sudah tahu jika mereka akan pergi menunaikan haji pada tahun tahun ini, oleh itu mereka sudah mula membeli bahan-bahan bacaan yang diperlukan.
Nota: PTS ISLAMIKA akan menerbitkan sebuah novel-travelouge haji berdasarkan kisah benar seorang profesor akaunting yang pada ketika itu masih layak dilabelkan sebagai seorang "dummy" dalam bab-bab agama... tiba-tiba entah bagaimana tergerak hatinya hendak naik haji! Maka beliau pun menonong naik haji.
Novel-tarvelogue beliau adalah contoh baik teknik menulis manual naik haji untuk bacaan dummies yang ditulis oleh seorang dummy.
Tungguuuu.... jeng jeng jeng (sebut dengan bunyi loghat Kelantan!)....
Ada-ada sahaja!
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Menonong naik haji? Menarik bunyinya!
Assalamualaikum Puan Sifu,
Tahniah kerana syarikat puan telah ketemu formula untuk menghurai dan membentangkan topik-topik yang sebelum ini dianggap ‘menggerunkan’seperti persoalan agama terutama amalan haji, menjadi topik menarik dan humanistik dan realistik. Ini saya yakin satu ibadah besar.
Apabila sahaja ke kedai buku saya selalu bergegas ke ruang PTS untuk melihat yang terbaru dan saya selalunya kagum dan puas hati.
Kini saya bertugas sebagai editor berita di Radio24 sebagai editor dan kami ada ruang untuk ulasan buku dan berita kegiatan seni budaya termasuk penulisan. Kami siar secara ‘live’ temuramah yang berkenaan, asal jangan terlalu bunyi iklan.
Kalau ada kegiatan PTS yang sesuai boleh sahaja hubungi saya.
Wassalam.
.
Tuan Saiee,
Terima kasih banyak-banyak! Puan Azha, pegawai promosi media PTS, akan menghubungi tuan bagi menjalin kerjasama yang berpanjangan.
Sekali lagi terima kasih banyak-banyak daripada kami semua yang berjuang memandaikan bangsa!
Terima kasih buat PTS kerana memberi peluang kepada kami; melestarikan amal dan memberi manfaat kepada orang lain.
Post a comment