Buku-buku PTS akan Dipromosikan dalam books.google.com
Ini berita baik untuk semua penulis PTS!
Pihak pengurusan PTS akan mempromosi buku-buku terbitan PTS dalam books.google.com
Bagi melihat bagaimana buku saudara akan dipamerkan dalam google klik di sini.
.
.
Pihak pengurusan PTS akan mempromosi buku-buku terbitan PTS dalam books.google.com
Bagi melihat bagaimana buku saudara akan dipamerkan dalam google klik di sini.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Ainon,
Syabas kepada pihak pengurusan PTS.
Teringat kata-kata guru saya, “Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya mengambil peluang”
——-
Assalamualaikum Puan,
Saya tetap yakin bahawa dasar pemerintah semata-mata tidak akan dapat membawa pembangunan sebenar, kerana kejayaan pembangunan sebenarnya adalah apa bila setiap individu memperoleh kejayaan dan terus berusaha ke arah kejayaan dengan sentiasa memperkasakan diri dengan ilmu dan sentiasa bertindak.
Langhkah PTS menerobosi Google untuk memasarkan buku-buku bahasa Melayu memberi sebahagian daripada kejayaan sebenar dasar mengantarabangsakan bahasa Melayu.
Yang pasti ia memberi isi kepada pelbagai dasar dan perencanaan yang muluk-muluk mahu mengantarabangsakan bahasa Melayu yang sekian lama belum dapat dilaksanakan secara amali dengan berkesan.
Kalau selepas ini lebih banyak penerbit buku bahasa Melayu terus mengusahakan strategi pemasaran seperti ini pasti kesannya lebih nyata.
Kesimpulannya kejayaan sebenar sesuatu bangsa dibina daripada himpunan kejayaan individu-individu menganggotai bangsa itu.
Kualiti bangsa juga sebenarnya berdasarkan kualiti individu dan warga korporat dalam bangsa itu, bukan sebaliknya.
Tahniah PTS. Anda warga korporat yang harus menjadi contoh warga bertindak praktikal.
Tahniah PTS. Satu pendekatan terkini dgn menggunakan medium Internet sbg alat pemasaran. InsyaAllah, saya cukup yakin dgn niat yang betul, kaedah terkini ini akan berjaya. Bahasa Melayu akan tetap menjadi lingua franca.
Tahniah PTS!.
Semoga satu hari nanti PTS boleh menyediakan enjin cariannya sendiri.Bahkan lebih baik dari books.google.com.
Mengapa tidak?. PTS boleh!.
SYABAS…satu cara untuk meningkatkan motivasi kepada penulis-penulis di PTS terutamanya penulis baru…
Post a comment