Buku Cerita Agama untuk Remaja
PTS ISLAMIKA akan terus secara konsisten dan komited menerbitkan koleksi cerita-cerita agama yang ditargetkan kepada remaja moden.Cerita-cerita itu ditulis menggunakan bahasa Melayu kontemporari supaya sesuai dengan cita rasa linguistik remaja hari ini.
Jika saudara sejak remaja dahulu sudah cuba-cuba menulis cerpen, itu adalah antara tanda-tanda saudara mempunyai bakat menulis cerita.
Kita mencari lebih banyak penulis buku-buku agama yang pandai menulis cerita. Remaja tidak suka membaca kitab-kitab agama tradisional. Mereka suka membaca cerita.
Justeru PTS mencari penulis yang pandai menyampaikan maklumat hukum-hakam agama dengan menggunakan cerita.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment