Tuesday, May 02, 2006

Buku Cerita: Banyak Duit Kurang Buku

Pasaran buku-buku cerita adalah pasaran paling besar di mana-mana sahaja di merata dunia. Termasuk dalam kategori ini adalah novel dan buku-buku cerita agama.


Seorang rakan yang bertugas di sebuah rangkaian kedai buku ternama memberitahu, di beberapa outlet yang besar, setiap bulan antara 5000 hingga 6000 unit novel cinta Melayu terjual di setiap outlet, manakala jualan buku-buku novel Inggeris adalah sekitar 600 hingga 700 unit sahaja.


Setiap bulan, penerbit-penerbit tempatan menerima puluhan manuskrip novel. Yang menjadi isu adalah kualiti cerita.


“Baca satu, baca semua!” kata seorang editor di sebuah penerbit novel cinta yang terkenal. Yang dimaksudkannya adalah plot-plot dalam manuksrip-manuskrip yang diterimanya tidak jauh berbeza antara satu dengan yang lain-lain.


“Percayalah! Kalau bukan dua lelaki berebut satu perempuan, tentu dua perempuan berebut satu lelaki!” kata seorang editor lain.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lelaki Baca Buku Apa? Previous entry: Penerbit Novel Cinta Terbaru
Anonymous  on  05/04  at  09:57 AM

Betul. Saya pun notis, dua tiga tahun kebelakangan ni, novel melayu, tebalnya sahaja yang lebih, ceritanya sama sahaja. Terlalu sukakan nama-nama watak yang terlalu indah untuk disebut tidak kira watak lelaki dan perempuan. Sekarang saya mencari novel yang namanya biasa-biasa dan klasik, baru saya selak-selak dalamnya.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: