Buku Cerita untuk Kanak-Kanak Perempuan
Baguskah kanak-kanak perempuan membaca "The Sleeping Beauty"?
Ada pakar psikologi Barat yang mengatakan, cerita itu mengajarkan nilai yang tidak baik kepada kanak-kanak perempuan.
Alasan yang dikemukakan oleh pakar psikologi adalah dalam cerita itu, kalau budak perempuan dilahirkan cantik, dia tidak perlu belajar dan bekerja rajin-rajin, kalau dia cuma tidur sekalipun, suatu hari nanti pasti seorang anak raja yang tampan akan datang dan jatuh cinta padanya!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Cinderella, Sleeping Beauty, Beauty and the Beast dan cerita-cerita dongeng ‘fable’ mungkin tidak lagi sesuai sekarang ini. Hampir kesemua cerita ini mempunyai matlamat dan penamat yang sama, kahwin dengan putera mahkota yang tampan dan gagah perkasa.
Agaknya sebab itulah gadis-gadis sekarang berlumba-lumba menjadi penyanyi, pengacara di TV3 atau selebriti, hidup dalam dunia yang glamour, pakaian yang di’sponsor’, wajah yang disolek oleh jurusolek ‘profesional’ - bagaikan puteri dalam buku-buku cerita. Dan, sudah tentunya ‘ranjau’ dan ‘cabaran’ tersebut akan membawa mereka untuk bertemu dengan ‘putera-putera’ idaman yang bergelar Datuk, Tan Sri atau apa saja gelaran - yang pasti mereka adalah putera dan raja dalam empayar kekayaan mereka.
——-
Sdr Norjihan,
Meskipun pakar-pakar pendidikan sudah mengatakan cerita2 lama itu mengajarkan nilai-nilai yang tidak positif kepada kanak-kanak perempuan, tetapi cerita2 itu terus diterbitkan dan diterjemahkan dan dijual ke sekolah-sekolah.
Jadi, di depan kita ada tugas dan tanggungjawab yang berat. Kita mesti mencipta dan menulis cerita-cerita baru yang indah-indah tetapi berunsurkan nilai-nilai yang positif dan Islami.
Kita tidak boleh ambil sikap mengutuk buku-buku yang ada dalam pasaran sedangkan kita tidak pula menulis buku-buku yang dapat menggantikan buku-buku itu.
Tak mungkin cita-cita mereka menjadi penyanyi dsbnya hanya kerana membaca buku-buku seperti itu! Masing-masing apabila telah dewasa boleh berfikir secara waras dan menjadi apa yang mereka mahu adalah pilihan mereka. Saya setuju dengan Puan Ainon yang kita harus menulis untuk menggantikan buku-buku tersebut. Buku-buku tersebut masih di pasaran kerana tiada buku-buku lain (tiada banyka pilihan) untuk kanak-kanak perempuan.
bagaimana sifu? bila kita nak mulakan projek melambakkan buku2 setanding atau lebih hebat dari buku2 bedtime story seperti barat tu?
Buku-buku ini selalunya mempunyai lakaran lukisan yang sungguh cantik dan hidup. Anak perempuan saya sekarang ini selalu memuji gambaran lukisan “barbie” atau “rapunzel” yang mungkin popular untuk anak-anak lain juga.
Mungkin penulis boleh mereka cerita kanak-kanak berdasarkan cerita Melayu lama, seperti Bawang Putih - Bawang Merah, Lela Manja, Dayang Senandong dan lain-lain. Namun untuk menghasilkan lukisan yang berkualiti tentunya kita memerlukan kos yang tinggi bukan?
Dapatkah masalah ini diselesaikan? Saya sendiri bimbang kerana pada masa yang sama budaya barat tetap mempengaruhi minda anak-anak. Rambutnya yang merah, baju ala penari ballet dan sebagainya.
Memang betul kata Puan Sifu itu, tanggungjawab ini berat kerana ia sudah lama dan berurat saraf dalam budaya masyarakat Islam kita. Bagai baju yang telah siap dijahit tetapi salah ukurannya. Bukan mudah memperbetulkannya..
Post a comment