Tuesday, February 26, 2008

Buku Comel ‘Side-Story’

Semua penulis PTS menikmati diskaun 35% apabila membeli buku-buku PTS secara langsung daripada PTS. Diskaun itu adalah serupa dengan diskaun yang diberikan kepada pengedar PTS.

Tiru apa yang penulis novel remaja Puan Ain Maisarah lakukan. 

Beliau membeli buku-buku beliau daripada PTS supaya dapat dijual terus kepada peminat-peminat beliau yang masuk membaca blog http://www.ainmaisarah.com

Apa kelebihannya membeli terus daripada Puan Ain, sedangkan harganya lebih mahal kerana pembeli perlu membayar RM5 untuk kos poslaju? Tidakkah lebih baik membeli di kedai buku sahaja?

Pertama, Puan Ain menandatangani dan mengecop logo pada semua buku yang dibeli daripada beliau.

Kedua, Puan Ain menghadiahkan secara percuma senaskhah "Novel Comel" yang mengandungi apa yang disebut "side story" kepada novel induk. Hanya mereka yang membeli daripada http://www.ainmaisarah.com sahaja yang menerima novel comel itu. 

Buku novel comel ini diterbitkan oleh Puan Ain sendiri. Ia setebal 32 halaman sahaja.

Cerita dalam novel comel itu adalah 'anak cerita' atau side-story kepada cerita dalam novel induk.

Sebagai contoh, watak utama dalam novel induk menerima hukuman daripada guru disiplin. Hukuman itu adalah mereka dikehendaki mencuci tandas sekolah selama 3 bulan.

Jadi, dalam novel comel "The Toiletbabes" diceritakanlah epsiod-episod yang mereka alami sewaktu mencuci tandas. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Amaran Buat Tuan Sinaganaga Previous entry: Iklan! Editor Freelance Dicari
AinMaisarah  on  02/26  at  07:27 AM

Salam buat Puan Ainon. Semoga sihat sejahtera sentiasa.

Terima kasih saya ucapkan kerana Puan sudi mengulas tentang ‘Novel Comel’ ini.

Sebenarnya, idea membuat novel comel datang kerana niat mahu memberi lebih lagi kepada pembaca. Para pembaca telah sudi membeli buku saya. Jadi apa salahnya saya berhabis sedikit sebagai tanda penghargaan cenderahati kepada mereka pula.
Saya letakkan bajet RM1 mencari cenderahati yang sesuai. Pusing punya pusing, rupanya nilai RM1 terlalu kecil jika ditukarkan dengan barang. Nak beli key chain pun harganya RM1.50!

Difikir-fikirkan, sebenarnya pembaca suka membaca. Jadi saya perlu berikan sesuatu yang mereka boleh baca. Suatu nilai tambah kepada novel sedia ada.

Maka lahirlah novel comel yang dicetak sendiri. Cerita dalam novel comel adalah berkenaan di sebalik tabir plot novel sedia ada. Panjang novel comel lazimnya 15ms -20ms A4 langkau dua baris. Apabila dicetak pada kertas saiz A5, ianya menjangkau 25ms-36ms.
Rekabentuk kulit novel comel semuanya adalah hasil kerja tangan suami saya (Tuan Syaizul Amal yang baik hati)

Novel comel juga kami cetak sendiri, stapler sendiri dan potong kertas sendiri (hanya pada waktu awal-awal pembikinan tetapi sekarang Alhamdulillah sudah jumpa kertas bersaiz A5 yang dijual di Bangi)
Kosnya hampir RM1 setiap novel comel. Novel comel ini bolehlah dianggap sebagai pelaburan dan cara promosi mahu menarik remaja membeli buku saya.

Pihak PTS ada menyatakan mahu membantu mencetak novel comel dan kosnya adalah 80sen. Kami sedang mempertimbangkan cadangan ini kerana sekarang sudah tak menang tangan nak cetak sendiri.

Alhamdulillah sambutan terhadap Novel Comel sangat menggalakkan. Sehingga kini, hampir 50 Novel Comel sudah dihantar kepada remaja di luar sana. Target kami adalah menambah lagi tajuk sedia ada. Dengan itu harapnya hati pembaca lebih dekat lagi dengan siri buku ‘AKU MAHU’ karya AinMaisarah.

Terima kasih sekali lagi atas sokongan Puan.

Wassalam,
AinMaisarah

AinMaisarah  on  02/26  at  07:49 AM

Maaf, bagi mengelakkan kekeliruan saya ingin menambah sedikit info.

Pihak PTS menawarkan mahu memperkenalkan khidmat kilang percetakan kepada kami. Kos sebanyak 80sen sekeping itu bajetnya akan kami keluarkan sendiri.

Terima kasih kepada PTS,
AinMaisarah

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  09:18 AM

hye
saya sudah membaca semua buku ciptaan awak.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.