Tuesday, June 12, 2007

Buku dan Yuran Training

Apabila saudara mahu hidup dalam sektor training, saudara perlu mempunyai buku dalam bidang yang saudara train.

Jika saudara mahu train orang teknik berunding yang efektif, saudara perlu menulis buku yang menerangkan teknik-teknik perundingan efektif.

Buku saudara itu memainkan peranan penting bagi menaikkan nilai diri saudara dalam pasaran. Tanpa buku, kredibiliti saudara rendah, oleh itu harga yuran saudara juga rendah.

Trainer yang tidak mempunyai buku dibayar berdasarkan kiraan jam-jaman. Lazimnya saudara dibayar mengikut kadar rasmi kerajaan, umpamanya, RM150 sejam. Dengan kadar ini, sukar bagi saudara hendak hidup sebagai trainer sepenuh masa.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pasaran Training dan Ceramah
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat dari Profesor Kecil Saya: Bagaimana Strategi Disney Masuk Pasaran India Previous entry: Majlis Baca HIKAYAT ABDULLAH
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/12  at  11:29 AM

Puan Sifu,

Bagaimana dengan traniner yang sudah ada buku, tetapi isi kandungan buku itu tidak berkaitan sangat dengan kursus yang dikelolakan?

Contohnya, buku yang berkaitan dengan dilema seorang pekerja dengan kursus “Memburu Pekerjaan dan Menghadapi Temuduga”.

Puan, adakah ianya boleh dikatakan ada kaitan dan layak untuk memohon atau mendapat bayaran yang tidak mengikut kelayakan akademik ataupun kadar serendah RM 150 sejam?

Yang ingin kepastian.
——-

Sab2  on  06/12  at  11:44 AM

Puan Sifu,

Sememangnya itulah realitinya, jika hendak hidup senang dan selesa dengan sektor pembekal latihan sepenuh masa.

Jika sudah dibukukan ilmu dan pengalaman hebatnya, pasti akan dibayar mengikut kehebatan harga pasaran diri.

Namun begitu, kepakaran dan pengalaman dalam bidang yang tiada atau kurang pemain lain, atau konsep beserta teori baru yang terbukti memberi nilai tambah berganda kepada yang amat memerlukan perkhidmatan serupa, akan memberi imbuhan berganda.

Apatah lagi jika ianya dibukukan, bertambah-tambahlah harga dirinya dipasaran atau sektor yang difokuskannya.

Salam.

dipasaran (SALAH) = di pasaran (BETUL)

Fable Fox  on  06/12  at  01:29 PM

Hajat dihati ingin juga mulakan bidang training, tetapi tidak tahukan adakah market untuk game dev? Hmm…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: