Buku Evergreen
Penulis buku ini sudah kenyang makan royalti. Semenjak buku ini mula diterbitkan 10 tahun lalu, setiap tahun buku ini diulangcetak.Dua edisi buku ini dijual serentak, yakni edisi kulit lembut dan edisi paperbacknya. Kedua-dua edisi itu sama-sama laku keras.
Kulit yang ini adalah edisi paperback.
Entah sampai bila agaknya buku ini akan terus memberatkan dompet penulisnya....
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati,
Didoakan agar berterusan royalti itu memberatkan dompet puan, seiringan dengan bilangan pahalanya, mudah-mudahan. Agaknya mampukah mentee puan ini mengikuti jejak langkah sifunya?
Wahai menteeku yang pendiam tetapi berbakat besar! Jangan lagi digunakan frasa “agaknya mampukah” sebab Nabi Muhammad tidak pernah menggunakan frasa itu! (Ini yang Sifu ‘hot’ nih!)
——-
Assalamualaikum Puan Sifu,
Buku inilah menjadi ‘permata’ di minda saya.
Terima kasih kerana ilmunya.
Untuk memastikan saya berusaha gigih, sekarang saya akan berjanji secara public:
Sebelum pesta buku antarabangsa tahun hadapan, akan ada 6 jibunsyi saya untuk Sifu terbitkan
Sdr FOX, jadual penerbitan jibunsyi diuruskan oleh Cik Syikin, bukan saya! Berjanjilah kepada Cik Syikin.
Oh ya, mungkin juga grafik novel. Tengah baca “manga for dummies” sekarang ini
Akhirnya graphire yang dibeli sudah lama dulu akan mempunyai fungsi
Sdr FOX,
‘tengah’ - salah (BMR)
‘sedang’ - betul (BMT)
Sebenarnya ingin juga berjanji dengan Cik Syikin, tetapi kehidupan saya terlalu ‘volatile’ sekarang ini :-(
Post a comment