Saturday, June 23, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Buku Game untuk Training yang Sesuai dengan Budaya Tempatan

Di kedai buku Kinokuniya, KLCC, Kuala Lumpur, terdapat banyak buku-buku bidang training dan coaching. Rak buku-buku itu berhampiran dengan kaunter bayaran.

Salah satu buku yang banyak di situ adalah buku game dan aktiviti untuk kegunaan training. Banyak game dan aktiviti dalam buku-buku boleh kita pinjam dan gunakan, dengan syarat kita tidak boleh memfotokopi dan mengedarkan salinan fotokopi itu kepada peserta.

Di sebalik setiap satu game dan aktiviti itu, ada teori, falsafah dan nilai yang menjadi asas kepada penciptaan game-game itu. Inilah faktor yang menyebab tidak semua game yang dicipta oleh pakar-pakar Barat sesuai dipinjam dan digunakan dalam modul motivasi Islamik.

Ambil sebagai contoh, budaya Amerika adalah budaya kompetitif. Budaya Islam dan budaya Asia adalah budaya kooperatif.

Pakar-pakar motivasi Amerika mencipta game-game yang objektif di sebaliknya adalah bagi mendorong motivasi semangat bersaing, semangat saling kalah mengalahkan sesama sendiri.

Banyak pengendali kem-kem motivasi Islamik meminjam aktiviti ciptaan pakar Amerika yang fungsinya adalah mendorong semangat saling kalah mengalahkan sesama sendiri.

Falsafah di sebalik game-game Amerika itu bertentangan dengan falsafah Islam, berdasarkan maksud: "Apabila kamu meringankan beban saudara kamu, Allah akan meringankan beban kamu."

Perbezaan akidah dan nilai budaya menjadikan trainer Islamik sebaiknya mencipta sendiri game dan aktiviti original.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Situasi Lambakan Buku Kreatif Sedang Berlaku dalam Pasaran Previous entry: Tip Memilih Merchandise -- Pengurus AinMaisarah