Buku “HALAL”
PTS hanya menerbitkan buku-buku yang syariah-compliant.
Kita berangan-angan, suatu hari nanti PTS berjaya mendapatkan sijil dan logo "HALAL" dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi dicetak pada cover depan buku-buku PTS.
Apabila logo HALAL dapat dicetak pada cover buku-buku PTS, khususnya buku-buku novel remaja, ia dapat menambahkan lagi keyakinan pelanggan terhadap darjah keselamatan buku-buku itu apabila dibaca oleh remaja. Ini akan menjadikan buku-buku PTS amat dipercayai oleh guru-guru dan ibu bapa.
Tetapi PTS terkejut apabila mendapat tahu bahawa kerajaan telah menyerahkan hak pensijilan halal yang selama ini dikendalikan oleh JAKIM kepada sebuah syarikat yang bernama Halal Development Corportion (HDC).

Tengok wajah-wajah anggota lembaga pengarah HDC klik di sini.
Tengok lagi wajah-wajah orang penting HDC klik di sini.
Wah! Hebatnya syarikat HDC ini, sehinggakan berjaya mendapat hak pensijilan halal daripada kerajaan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Apa ada dengan HCD, sila tanya KJ. Jika bukan sebab menantu PM mana mungkin badan pensijilan seperti ini difaraidkan kepada mereka.
Awal 90an dahulu pensijilan halal diberikan kepada Ilham Daya Sdn. Bhd. Berlaku kekecohan pada syarikat-syarikat yang mendapat sijil kerana yuran yang dikenakan tidak berpatutan. Y.B Rafidah mengamuk semasa dialog MITI sebab pihak industri merungut. JAKIM ambil balik sejak itu.
Tiba-tiba dengar pula HCD. Jangan lupa pada Kaseh Dia yang membuat promosi halal bagi pihak HCD. Semuanya bisnes kawan-kawan.
Kurang pasti dengan panel syariah yang akan menentukan status halal bagi produk dan premis yang telah diaudit. Mengikut praktik perlu ada panel berkecuali yang akan menentukan keputusan pensijilan.
Dari website HCD, nampak seperti mereka memberi latihan dan runding cara dan dalam masa yang sama membuat audit ke atas syarikat yang meminta pensijilan halal.
Analogi mudah seolah-olah seorang guru memeriksa kertas ujian anak kandungnya sendiri. Sudah tentu akan ada pertikaian dari pihak luar kerana ada “conflict of interest” di sini. Nilai sijil halal dari HCD akan dipandang rendah kerana pertindihan perkhidmatan ini.
Sepatutnya HCD menumpukan kepada latihan dan runding cara sahaja. Pensijilan tetap pada JAKIM.
Alamak! :-(
Masyaallah ya ustazah! Jameelah wa halal jiddan!
Assalam,ualaikum Puan Sifu,
Bagaimanakah Puan melihat kewajaran untuk mengusahakan agar dihentikan pendominasian para penguasa di dalam setiap wadah yang seharusnya tidak menjadi medan untuk terus mengekalkan pengaruh keluarga?
Adakah orientasi menyakinkan pelabur dan pengguna perlu digarap bersama untuk penafsiran adil dan saksama misal yang ingin dimaksudkan adalah bagaimanakah masalah perubahan lemak dari khinzir dan daging dari haiwan yang tidak disempurnakan penyembelihannya yang diolah menjadi bahan-bahan makanan lain, juga dari bahagian kulit khinzir yang tidak disamak/disuci bersihkan dari najis mugholazah digunakan dalam proses pembuatan barangan?
Misal yang lain amat terasa terlalu banyak ditemui ‘komponen inflamasi’ penyakit pada masa ini.Lalu bagaimanakah penguraian lemak binatang yang telah mati diolah semula untuk tujuan dagangan apabila konsep halal hanya didokumentasikan pada pasaran bukan mentaliti?
Pensijilan logo HALAL berkaitan dengan syariat hukum-hukum fekah yang bukan semua upaya memahaminya tidakkah perlu diasingkan dari diperdagangkan kerana ia menjadi tuntutan kewajipan agama yang memelihara hati untuk jasad lebih bercahaya kerana bersabit dengan pemakbulan doa adalah dari makanan yang halal.Nilai mukmin adalah pada pemakbulan doa yang perlu dikonsepkan sebagai ilmu dalam pendidikan.Konsep makanan halal bagaimanakah perkaitannya membina ummah?
Ummah yang mahu dilahirkan itu haruskah sama seperti ummah yang wujud ketika ini?
Assalamualaikum,
Saya gusar untuk melihat kesannya pada generasi akan datang.
Saya petik artikel untuk sebaran di blog saya - http://abahfateh.blogspot.com
mereka yang berfikrah Islam perlu berfikir utk buat bisnes. perjuangan bukan sekadar medan politik. jadi usahawan juga perjuangan lebih-lebih dalam isu halal haram hari ini yang semakin menjadi-jadi.
hasilkan produk / servis halal dan management team syarikat yang diisi dengan ruh Islam.
hari ini produk sudah halal, tetapi orang dibelakangnya tidak ada ruh islam apatah lagi bangsa / agama lain yang mempelopori produk tersebut.
Mak Ainon and the geng, buat la business bukan utk kutuk org. Ingat PTS naik pun sebab kuasa membeli kami sebagai pengguna dan rezeki dari Allah. Jangan riak tuduh org tak betul, kuman seberang laut nampak, anak sendiri pun nampak tempang.
Astaghfirullah… Dulu, Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak sekarang dan Naib Presiden PAS) menerajui bahagian pensijilan halal. Tengok wajah sahaja kita sudah rasa ‘thiqah’.
Salah seorang staf perempuan yang pernah bertugas di bawah seliaan beliau juga rasa aman dan tenang menurut arahannya. Kemudian, jawatan itu bertukar tangan. Staf perempuan itu mula merasakan perbezaan antara bos baru dan bos lama. Bos baru lebih ‘santai’ dalam memilih produk-produk halal untuk dimakan.
Staf tersebut tidak lagi rasa aman dan tenteram seperti sebelumnya telah mengambil tindakan berpindah jabatan. Dia rasa sungguh tidak enak terlibat dengan sesuatu yang melibatkan kepentingan ramai. Lebih-lebih lagi ia bukan soal wang semata-mata. Bahkan pahala dosa yang bakal dituai di akhirat kelak.
Itu baru bertukar bos yang berwajah ‘thiqah’ dan ‘tidak thiqah’. Kalau bertukar institusi yang tiada kepentingan perniagaan kepada sebuah syarikat niaga, ditambah pula dengan wajah-wajah pentadbiran yang diragui ‘kethiqahannya’ ...entahlah apa lagi yang mahu dikatakan…
Ya Allah… selamatkanlah ummah dari fitnah-fitnah dunia yang semakin menggila…
Kepada Allah diharapkan segala kebaikan dan kebajikan.
Assalamualaikum…
Tentu ‘melayu’ tersebut telah panas punggungnya.
saya terkejut
jantung bdebar2
erk..
Assalamualaikum,
Saya juga sedikit gusar untuk melihat kesannya pada generasi akan datang sependapat dengan abahfateh.
Post a comment