Sumbangan Penulis Berbahasa Inggeris kepada Dunia Penerbitan Buku Singapura
Buku kanak-kanak dan remaja awal yang sedang popular sekarang adalah siri hantu-mantu Mr. Midnight, karangan James Lee.
Siri ini diterbitkan oleh penerbit Singapura yang paling berjaya, iaitu Flame of The Forest, yang juga menerbitkan Singapore Ghost Stories, karangan Russell Lee.
Siri Mr. Midnight sangat popular di Lembah Kelang. Hampir setiap minggu siri ini termasuk dalam senarai bestseller MPH.
Penerbit Flame of The Forest sudah berusia 19 tahun, dan adalah penerbit tradebooks Singapura yang paling berjaya dari sudut jumlah jualan buku-buku hantu-mantu yang diterbitkannya.
Siri Mr. Midnight ini sudah mempunyai 50 siri dan sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, Indonesia, Thai, Vitenam dan Burma.
Kita sering menyangka, pengarang-pengarang Singapura yang terdidik dan seterusnya berkarya dalam bahasa Inggeris tentulah mempunyai minda yang bertaraf kelas dunia.
Kita juga menyangka mereka mempunyai daya-kreativiti yang berupaya menghasilkan karya-karya sastera besar, yang bertaraf dunia, yang setanding dengan karya bertaraf antarabangsa, yang dapat mengalahkan karya Pramoedya Anantatoer.
Rupa-rupanya bahasa Inggeris di Singapura hanya berjaya melahirkan penulis picisan bertaraf dunia.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Diharapkan puas kaji lebih dalam mengenai penulis Singapura. Jangan hasilkan tanggapan melulu sahaja. James Lee bukan satu-satunya penulis Singapura. Ada banyak lagi penulis Singapura yang lebih hebat.
Assalamualaikum Puan.
Saya bukanlah seorang peminat siri hantu-mantu seperti di atas, tetapi apabila memikirkan tentang betapa siri Mr Midnight telah berjaya mencapai 50 siri dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Asia, saya rasa tentu ada sesuatu yang istimewa dengan siri ini. Tentu ada kelainan nya walaupun intinya cuma cerita hantu-mantu.
Sekadar apa yang menjengah fikiran… apatah lagi saya belum pernah membelek mahupun menyentuh siri ini
Tuan Jamal,
Tuan kata, banyak lagi penulis Singapura yang lebih hebat.
Tolonglah senaraikan siapa penulis hebat yang dimaksudkan. Saya teringin sekali membaca karya hebat mereka. Saya tak pernah lagi terjumpa karya hebat mereka dijadikan filem, dihujah dan dibentangkan.
Tentang Pak Pram yang dibuat sebagai contoh, saya memiliki hampir semua karyanya. Allahyarham Pak Pram memang hebat, hampir-hampir beliau menerima anugerah Hadiah Nobel di dalam bidang Kesusasteraan.
Salam,
Sdr. Tokey, saya terpanggil untuk memberi respon kali ini walaupun entri Sifu ini sebenarnya tentang sumbangan penulis Singapura yang menulis dalam bahasa Inggeris.
Ada penulis Singapura yang hebat tetapi di negara kami ini,
1. kami tidak punya banyak ruang,
2. karya terhad dibincangkan dalam lingkungan negara sendiri atau hanya di laman maya.
Penulis seperti Peter Augustine Goh, misalnya, perlahan-lahan mula menembusi Dewan Sastera. Karya-karyanya semakin matang bersesuaian dengan usianya yang melepas 40-an.
Di bawah ini, saya kumpulkan buat anda laman maya penulis-penulis kreatif Singapura yang serius menulis dalam Bahasa Melayu. Kebanyakannya bergerak dalam lingkungan puisi dan cerpen. Dua daripadanya bergerak dengan lagu-lagu puisi. Seorang daripadanya karyanya difilempendekkan oleh penerbit/pengarah tempatan.
http://alhaque.multiply.com/journal (Penulis termuda - 17 tahun, tahun ini)
http://shasel.multiply.com/journal
http://mutiara75.multiply.com/journal
http://rakhshan.multiply.com/journal
http://musafirlaraselamat.multiply.com
http://noorhasnahadam.multiply.com
http://wargajagat.multiply.com
http://esasterawan.net/esasterawan/1_foto.asp?uid=123&fid=2070
http://imankreativ.blogspot.com/2008/12/singapore-literature-prize-2008.html
Masa yang bakal menentukan samada mereka mampu menjadi sehebat Pramoedya… Saya hanya mendo’akan…
Wallahu’alam.
Wassalam.
saya tersangkut ke web ini tanpa sengaja.
Hmm bagi saya, penulis ruangan ini mempunyai masalah peribadi dengan orang Singapura. hehehe ahakz.
Jelas sekali ini merupakan pandangan peribadi, pandangan cetek tanpa kajian yang menyeluruh dan mendalam. Maafkan saya. Semoga kajian lanjut akan menghasilkan dapatan yang bermutu. terima kasih kerana berminat dengan penulis Singapura.
Post a comment